Kitab Kejadian: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2+) (bot menambah: cdo:Cháung-sié-gé
Baris 81: Baris 81:
[[ml:ഉൽപ്പത്തിപ്പുസ്തകം]]
[[ml:ഉൽപ്പത്തിപ്പുസ്തകം]]
[[arz:سفر التكوين]]
[[arz:سفر التكوين]]
[[cdo:Cháung-sié-gé]]
[[mn:Эхлэл]]
[[mn:Эхлэл]]
[[fj:Ai matai ni vloa i Mosese sa vakatokai nai Vakatekivu]]
[[fj:Ai matai ni vloa i Mosese sa vakatokai nai Vakatekivu]]

Semakan pada 10:47, 19 Ogos 2012

Kitab Kejadian adalah buku pertama di dalam Alkitab agama Yahudi dan Kristian. Ia juga adalah buku pertama di dalam Taurat Musa. Ia dikenali di dalam bahasa Ibrani sebagai B'reshit [1] (בראשית) manakala di dalam bahasa-bahasa Eropah, ia lazimnya dikenali dengan nama yang diperolehi daripada nama bahasa Yunani, Genesis (Γένεσις) yang membawa maksud "kelahiran", "penciptaan", "permulaan", "sumber" ataupun "asal-usul" [2].

Kitab Kejadian mengisahkan penciptaan alam semesta, asal usul manusia, permulaan dosa dan penderitaan di dunia, serta cara Allah [3] berhubung dengan manusia [4]. Secara amnya, para cendekiawan berpendapat bahawa Kitab Kejadian dibahagikan kepada dua bahagian utama; iaitu Sejarah Purbakala yang direkodkan dari Kejadian 1-11 dan Kitaran Asal-Usul yang direkodkan dari Kejadian 12-50 [5]. Kitab Kejadian besar kemungkinan telah ditetapkan susunannya menjelang kurun ke-5 sebelum Masehi dengan sejarah penulisan yang mungkin telah bermula sejak kurun ke-10 sebelum Masehi. Umat Yahudi, Kristian dan Islam yang alim mempercayai bahawa sumber asal isi Kitab Kejadian berpunca terus daripada wahyu Tuhan.

Struktur dan isi

Sejarah Purbakala

Kejadian 1-11 mengisahkan penciptaan alam semesta dan asal-usul manusia. Bahagian ini juga menceritakan kisah Adam dan Hawa, Kain dan Habel, Nuh dan air bah, serta Menara Babel.

Kitaran Asal-Usul

Kejadian 12-50 mengisahkan asal-usul nenek moyang orang Israel. Nenek moyang yang pertama ialah Abram, kemudian dikenali sebagai Abraham. Kisah ini diikuti riwayat Ishak anak Abraham, dan Yakub anak Ishak yang juga dinamakan Israel. Yakub mempunyai 12 orang anak lelaki dan masing-masing kemudiannya telah menjadi bapa kepada 12 suku Israel. Perhatian utama ditujukan kepada anak Yakub yang bernama Yusuf, dan peristiwa yang menyebabkan Yusuf serta saudara-saudaranya berpindah ke Mesir.

Rujukan

  1. ^ Perkataan Ibrani #7225: Leksikon Ibrani Strongs
  2. ^ Perkataan Yunani #1078: Leksikon Yunani Strongs
  3. ^ Istilah "Allah" yang digunakan oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia menjadi perkara kontroversi pada masa kini. Penggunaan istilah "Allah" di artikel ini cuma mencerminkan penggunaan masyarakat Kristian Malaysia sendiri dan tidak bertujuan untuk membuat apa jua pendirian di dalam kontroversi tersebut
  4. ^ Kata Pengantar bagi Kitab Kejadian: Alkitab Berita Baik, Petaling Jaya: Bible Society of Malaysia, 2001, ISBN 9830300129
  5. ^ Rendtorff, Rolf (1991), The Old Testament, Philadelphia: Fortress Press, ISBN 0800607503



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik. Templat:Link GA Templat:Link FA