Perbezaan antara semakan "Ruhil Amani"

Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Saiz tidak berubah ,  9 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
<big>'''2000-2003'''</big>
Melancarkan album kompilasi yang berjudul ‘Abadi’. Antara persembahan beliau di seluruh Malaysia ialah ‘Konsert Citrawarna’ di Dataran Merdeka dan ‘Konsert F1’ di Dataran Merdeka. Terlibat dalam teater ‘Opera Ayu Chendana’ yang diarah oleh Fauziah Nawi.Beliau juga turut membintangi drama 'Mentari Production' sebanyak 40 episod yang ditayangkan di RTM.
 
<big>
<big>'''2003-2012'''</big>
Melangsungkan perkahwinan dengan Jamil Wilson Abdullah atau Jamie Wilson (pemain gitar, pencipta lagu, pernerbit album dan pengubah susunan muzik). Semasa 3 bulan mengandungkan anak sulungnya, beliau masih lagi meneruskan karier sebagai penyanyi. Antara persembahan beliau ialah di Esplanade, Singapura. 5 bulan selepas melahirkan anaknya, Ruhil terlibat dalam persembahan ‘Konsert Nur’ di Istana Budaya. Setelah bekerja keras secara professional semenjak berusia 13 tahun sebagai seorang penghibur, beliau membuat keputusan untuk memberi keutamaan terhadap suami dan anaknya. Selain membesarkan anak perempuan Ruhil Ariana Wilson dan anak lelaki Raayan Alexander Wilson, beliau mengikuti suaminya yang banyak menjelajah di luar negara. Walau pun tidak seaktif dahulu, bila berkesempatan, beliau masih lagi menyanyi kerana cintanya terhadap nyanyian dan muzik tidak dapat dipisahkan. Sepanjang menyepikan diri dari dunia hiburan, Ruhil berkesempatan merakam 12 buah lagu baru dan harapan beliau untuk melancarkan lagu terbaru dalam waktu terdekat.
13

suntingan

Menu pandu arah