Kancil: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: nl:Kleine kantjil
Robbot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot menambah: it:Tragulus kanchil
Baris 42: Baris 42:
[[en:Lesser mouse-deer]]
[[en:Lesser mouse-deer]]
[[eu:Tragulus kanchil]]
[[eu:Tragulus kanchil]]
[[it:Tragulus kanchil]]
[[nl:Kleine kantjil]]
[[nl:Kleine kantjil]]
[[vi:Cheo cheo nhỏ]]
[[vi:Cheo cheo nhỏ]]

Semakan pada 12:58, 1 September 2012

Kancil
A Lesser Mouse Deer in a Spanish zoo.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
T. kanchil
Nama binomial
Tragulus kanchil
Raffles, 1821

Kancil (bahasa Inggeris: Lesser Mousedeer) atau juga dikenali sebagai Pelanduk (dalam kebanyakan masyarakat di Malaysia dan Indonesia), ianya merupakan spesies yang paling kecil antara hanya empat spesies yang masih wujud dalam famili Tragulidae serta infraorder Tragulina. Panjangnya yang hanya berukuran 45 sentimeter, dengan berat sebanyak dua kilogram, menyebabkannya merupakan salah satu ungulat yang paling kecil. Kancil suka akan hutan yang berbatu-batan dan terdapat di hutan tropika Asia Tenggara. Nama saintifiknya Tragulus javatticus.

Famili Tragulidae amat meluas antara Epok Oligosen (34 juta tahun dahulu) hingga Epok Miosen (kira-kira 5 juta tahun dahulu) tetapi hampir tidak bertukar sejak masa itu dan oleh itu, merupakan satu famili haiwan ruminan yang primitif. Famili ini mempunyai perut empat kebuk untuk menapaikan makanan tumbuhan yang susah cerna, tetapi keluk ketiga tidak berkembang dengan sempurna. Serupa dengan spesies-spesies lain dalam famili Tragulidae, kancil tidak mempunyai tanduk, dan kakinya pendek dan kurus.

Legenda Melayu

Kancil merupakan sejenis haiwan yang termasyhur di Malaysia disebabkan legenda Melayu. Cerita rakyat "Sang Kancil dan Sang Buaya" mengisahkan tentang kecerdikan Sang Kancil memperdayakan sekumpulan buaya untuk menyeberangi sungai untuk menikmati buah rambutan yang sedang masak ranum.

Dalam sejarah penubuhan negeri Melaka pula, kancil dilihat sebagai maskod haiwan pada jata negeri Melaka. Mengikut sejarah, negeri Melaka mula mendapat nama dari "kisah Kancil menendang Anjing". Pada catatan aliran sejarahnya dikisahkan bahawa, pada suatu ketika dahulu, (selepas baginda dan para bangsawan Palembang berjaya menyelamatkan diri dari ditangkap oleh tentera (Siam)(Thailand) dan kemudiannya diselamatkan oleh penduduk orang laut@ nelayan yang menetap disekitar pesisir laut Muar, Johor. Paduka (Parameswara) telah berkenan untuk pergi memburu kedalam hutan(kini disekitar hutan negeri Melaka). Ketika baginda pergi memburu bersama-sama hulubalangnya, baginda berasa penat dan berkenan berehat sebentar di bawah pokok yang terletak dihadapan sebatang anak sungai.Tiba-tiba, sewaktu baginda berehat, baginda dikejutkan dengan suatu peristiwa yang aneh bahawa seekor kancil yang kecil yang berdiri diatas batang pokok tumbang yang merentasi anak sungai telah menendang anjing buruan baginda dengan kuat kedalam sungai.Melihat peristiwa tersebut, baginda merasakan bahawa kawasan ini kelak mampu dibangunkan dengan sempurna dan sekaligus mampu melahirkan rakyat yang kuat dan handal dalam semua perkara. Maka dengan itu, baginda telah menanyakan nama pokok tempat baginda bersandar pada ketika itu, tuan bendahara yang bersama baginda telah memberitahu bahawa pokok itu adalah pokok Melaka. Oleh yang demikian, Parameswara telah berkenan menjadikan seluruh kawasan tersebut sebagai sebuah negeri baru yang aman dan kuat dikenali sebagai Melaka pada ketika ini.

Nama lain

Kancil turut digunakan sebagai nama kereta Perodua Kancil, Malaysia.

Rujukan

  1. ^ Timmins, R.J., Duckworth, J.W. & Semiadi, G. (2008). Tragulus kanchil. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 6 November 2009. Database entry includes a brief justification of why this species is of least concern.

Lihat juga