Revolusi Perindustrian: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
MerlIwBot (bincang | sumb.)
Baris 52: Baris 52:
[[fy:Yndustriële Revolúsje]]
[[fy:Yndustriële Revolúsje]]
[[ga:Réabhlóid Thionsclaíoch]]
[[ga:Réabhlóid Thionsclaíoch]]
[[gd:Tionndadh-gnìomhachais]]
[[gd:Tionndadh Gnìomhachais]]
[[gl:Revolución Industrial]]
[[gl:Revolución Industrial]]
[[gan:工業革命]]
[[gan:工業革命]]

Semakan pada 03:13, 13 September 2012

Enjin stim Watt, enjim stim yang menggerakkan Revolusi Perindustian di Britain dan juga di dunia.

Revolusi Perindustrian adalah zaman pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19 apabila perubahan besar dalam pertanian, pembuatan dan pengangkutan memberi impak yang besar kepada sosio-ekonomi dan kebudayaan di Britain. Perubahan ini seterusnya merebak ke seluruh Eropah dan Amerika Utara sehingga ke serata dunia melalui proses yang dikenali sebagai perindustrian. Revolusi Perindustrian merupakan satu titik perubahan penting dalam sejarah manusia, sama seperti penemuan perladangan atau kebangkitan negara-kota.

Pada akhir tahun 1700-an, berlaku perubahan ekonomi Great Britain yang berasaskan tenaga manual buruh kepada pembuatan berasaskan mesin. Perubahan ini dimulakan dengan industri tekstil, perkembangan teknik membuat besi dan peningkatan penggunaan arang batu. Perkembangan perdagangan pula dipermudahkan dengan pengenalan terusan, jalan yang baik dan landasan keretapi. Pengenalan enjin stim yang digerakkan oleh arang batu dengan penggunaan mesin terutamanya dalam pembuatan tekstil telah meningkatkan lagi pengeluaran secara besar-besaran[1]. Revolusi ini dirancakkan dengan perkembangan peralatan mesin yang dibuat dari besi pada dua dekad pertama kurun ke-19 yang membolehkan pengeluaran mesin-mesin untuk kegunaan industri lain. Kesannya kemudian merebak ke seluruh Eropah Barat dan Amerika Utara semasa kurun ke-19, yang kemudiannya memberi kesan menyeluruh kepada dunia. Impak perubahan ini kepada masyarakat sangat besar[2].

Faktor penyebab

Sebilangan sejarawan berpendapat Revolusi Perindustrian berlaku akibat perubahan sosial dan institusi yang berlaku dengan berakhirnya sistem feudalisme di Great Britain setelah berakhirnya Perang Saudara Inggeris pada kurun ke-17. Dan dengan pengawalan sempadan yang semakin cekap, pengawalan penyakit berjangkit dapat dipertingkatkan sekaligus mengawal epidemik yang biasa terjadi pada zaman itu. Bilangan kanak-kanak yang hidup selepas dilahirkan meningkat yang membawa kepada gunatenaga yang lebih besar. Perladangan yang lebih baik serta Revolusi Pertanian di Britain menjadikan pengeluaran makanan lebih cekap dan kurang menggunakan tenaga buruh telah memaksa penduduk yang ramai tidak lagi dapat bekerja dalam sektor pertanian tetapi ke industri kecil seperti menganyam dan ke bandar-bandar untuk bekerja di kilang-kilang yang baru dibina. Perluasan wilayah kolonial pada kurun ke-17 pula menggalakkan perkembangan kegiatan perdagangan, kewujudan pasaran kewangan dan pengumpulan modal juga disebut sebagai faktor-faktor revolusi berlaku.

Inovasi teknologi adalah ciri utama Revolusi Perindustrian dan kunci kepada teknologi ini adalah penciptaan enjin stim[3]. Enjim stim yang dicipta oleh James Watt, telah digunakan untuk menggerakkan kilang-kilang dan lombong-lombong. Ia juga digunakan sebagai enjin yang menggerakkan keretapi.

Nota kaki

  1. ^ Business and Economics. Leading Issues in Economic Development, Oxford University Press US. ISBN 0-19-511589-9 Baca
  2. ^ Russell Brown, Lester. Eco-Economy, James & James / Earthscan. ISBN 1-85383-904-3 Baca
  3. ^ Hudson, Pat. The Industrial Revolution, Oxford University Press US. ISBN 0-7131-6531-6 Baca

Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA