Marussia F1: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Keputusan terkini
Baris 123: Baris 123:
|bgcolor="#cfcfff"| 15
|bgcolor="#cfcfff"| 15
|bgcolor="#cfcfff"| 17
|bgcolor="#cfcfff"| 17
|bgcolor="#cfcfff"|12
|bgcolor="#cfcfff"| 12
|bgcolor="#cfcfff"| 16
|
|
|
|
|
Baris 145: Baris 145:
|bgcolor="#cfcfff"| 16
|bgcolor="#cfcfff"| 16
|bgcolor="#cfcfff"| 16
|bgcolor="#cfcfff"| 16
|bgcolor="#cfcfff"|16
|bgcolor="#cfcfff"| 16
|bgcolor="#EFCFFF"| Ret
|
|
|
|
|

Semakan pada 08:05, 10 Oktober 2012

Rusia Marussia-Cosworth
Nama penuhMarussia F1 Team
PangkalanBanbury, Oxfordshire, United Kingdom
Ketua pasukanJohn Booth
Pengarah teknikalNikolai Fomenko
Laman sesawangmarussiaf1team.com
Nama terdahuluMarussia Virgin Racing
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Penampilan pertamaGrand Prix Australia 2012
Perlumbaan terkiniGrand Prix Abu Dhabi 2023
Perlumbaan disertai15
Kejuaraan Pengeluar0
Kejuaraan Pemandu0
Kemenangan0
Petak pertama0
Pusingan terpantas0

Marussia F1 Team (nama perdagangan Manor Grand Prix Racing Limited[1], yang merupakan anak syarikat Marussia Motors) ialah pasukan perlumbaan Formula Satu yang berpangkalan di Banbury di United Kingdom.

Pasukan ini bertanding sebagai "Marussia" buat kali pertama untuk musim 2012, berikutan pembelian Marussia Motors pada lewat tahun 2010.[2] Pasukan tersebut bertanding sebagai "Marussia Virgin Racing" pada tahun 2011 dan "Virgin Racing" pada tahun 2010. Marussia merupakan pasukan Formula Satu yang ketiga untuk bertanding dengan lesen Rusia, selepas Midland dan Virgin (yang menggunakan lesen Rusia selepas berganding bahu dengan Marussia pada tahun 2011).[3]

Sejarah

Latar belakang

Pada tahun 2009, Manor Grand Prix telah diberi kebenaran untuk kemasukan ke Formula Satu untuk musim 2010. Sebelum akhir tahun ini, mereka telah dinamakan semula sebagai Virgin Racing. Pada bulan November 2010, Marussia membeli pegangan kawalan dalam pasukan, dan pasukan ini dikenali sebagai 'Marussia Virgin Racing' bagi musim 2011.[4] Selepas permulaan yang mengecewakan pada musim 2011, Marussia Virgin Racing berpisah dengan Wirth Research, dan mula berhubungan dengan McLaren Applied Technologies menjelang musim 2012. Pada bulan November 2011, pasukan Marussia Virgin Racing memohon kepada suruhanjaya Formula Satu untuk menukar nama pengeluar mereka bagi musim 2012 dari Virgin ke Marussia, untuk mewakili pemilikan baru mereka.[5] Kebenaran telah diberikan sebelum disahkan pada mesyuarat FIA World Motorsport Council.[6]

Musim 2012

Kereta promosi Marussia F1 di Newcastle.
Timo Glock memandu untuk Marussia di Grand Prix Malaysia 2012

Pada 31 Disember 2011, Marussia Virgin Racing mengumumkan bahawa mereka kini dikenali sebagai Marussia F1 Team.[7] Virgin, yang pernah menjadi penaja bagi pasukan itu, mengumumkan bahawa mereka masih bersama dengan pasukan itu selepas pertukaran nama tersebut, dengan adanya logo Virgin pada kereta Marussia bagi tahun 2012.[8] Marussia mengumumkan pada Julai 2011 bahawa Timo Glock telah menandatangani kontrak bersama pasukan tersebut.[9] Glock menyertai musim 2012 bersama graduan GP2 Series, Charles Pic.

Menjelang 29 September 2011, Marussia sudah mempunyai skala modal 60% daripada kereta 2012 mereka untuk digunakan dalam terowong angin McLaren.[10] Menjelang Disember 2011, Marussia telah menerima bahagian pertama untuk kereta mereka.[11] Marussia juga mengumumkan bahawa kereta mereka pada tahun 2012 tidak akan mempunyai KERS.[12]

Sebelum sesi ujian yang terakhir bagi musim 2012 di Barcelona, iaitu pada 27 Februari, satu pengumuman telah dibuat di laman sesawang pasukan itu, mengisytiharkan bahawa kereta baru mereka (MR01) telah gagal dalam sebuah ujian perlanggaran.[13] Ini bermakna bahawa mereka akan terlepas dalam sesi ujian terakhir.

Pada 5 Mac 2012, Marussia mempamerkan MR01 yang baru di Silverstone.[14] Reka bentuk kereta tersebut telah diketuai oleh perunding teknikal, Pat Symonds. Ia adalah pasukan kedua terakhir untuk mempamerkan kereta bagi musim 2012. Ia diumumkan lewat kerana ujian kemalangan mereka yang gagal, bermakna kereta tersebut tidak boleh digunakan dalam acara ujian pra-musim. Ujian itu diluluskan sebelum majlis pelancaran dan sebelum perlumbaan pertama musim 2012.

Pada 3 Julai 2012, pemandu ujian, Maria de Villota, telah menguji MR01 di Duxford Airfield, apabila beliau terhempas ke pintu lif pengangkut pasukan dan mengalami kecederaan serius.[15] Beliau telah melaksanakan ujian aerodinamik garis lurus sebagai persediaan untuk Grand Prix British. Pada 4 Julai 2012, Marussia telah mengesahkan bahawa Maria de Villota telah kehilangan mata kanannya akibat kemalangan tersebut.[16] Di Spa, Charles Pic menetapkan masa pusingan terpantas semasa sesi latihan bebas kedua, dan Timo Glock di tempat keenam. Ia merupakan keputusan rasmi Formula Satu yang terbaik mereka. Bagaimanapun di Singapura, Timo Glock mendapat keputusan perlumbaan terbaik untuk Marussia, dengan mendapat tempat ke-12. Keputusan ini melonjakkan Marussia ke tangga ke-10 dalam Kejuaraan Pengeluar, disebabkan rekod penamat Marussia lebih baik dari pasukan Caterham. Glock kini menduduki tangga ke-19 dalam Kejuaraan Dunia Pemandu, manakala Pic di tempat ke-23.

Keputusan lengkap Formula Satu

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Casis Enjin Tayar Pemandu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Mata WCC
2012 Marussia MR01 Cosworth CA2012 V8 P AUS MAL CHN BHR ESP MON CAN EUR GBR GER HUN BEL ITA SIN JPN KOR IND ABU USA BRA 0* Ke-10*
Jerman Timo Glock 14 17 19 19 18 14 Ret DNS 18 22 21 15 17 12 16
Perancis Charles Pic 15 20 20 Ret Ret Ret 20 15 19 20 20 16 16 16 Ret

* Musim sedang dijalankan.
Pemandu tidak menghabiskan Grand Prix, tetapi diklasifikasikan menghabiskan 90% jarak perlumbaan.

Rujukan

  1. ^ http://www.insideview.com/directory/manor-grand-prix-racing-limited
  2. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/88125
  3. ^ "Marussia Virgin Racing akan bertanding menggunakan lesen Rusia". RIA Novosti. 3 February 2011. Dicapai pada 29 January 2012.
  4. ^ http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/motorsport/formula_one/9178539.stm
  5. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/95840
  6. ^ http://adamcooperf1.com/2011/11/03/caterham-lotus-and-marussia-name-changes-approved/
  7. ^ https://twitter.com/#!/Marussia_F1Team/status/153263404486893569
  8. ^ http://www.motorsport.com/f1/news/f1-virgin-staying-with-team-after-2012-name-change/
  9. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/93317
  10. ^ http://www.f1sa.com/index.php?option=com_content&view=article&id=31242:f1--glock-no-formula-1-kers-kit-or-big-jump-for-marussia-virgin-in-2012&catid=1:f1&Itemid=157
  11. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/96672
  12. ^ http://www.grandprix.com/ft/f12011review-virgin.html
  13. ^ http://www.marussiaf1team.com/news/536/
  14. ^ http://www.formula1.com/news/headlines/2012/3/13070.html
  15. ^ http://uk.eurosport.yahoo.com/news/female-f1-driver-hurt-smash-094023353.html
  16. ^ http://formula-one.speedtv.com/article/f1-skull-surgery-for-maria-de-villota-after-marussia-crash

Pautan luar