SpongeBob SquarePants: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MastiBot (bincang | sumb.)
HiW-Bot (bincang | sumb.)
k r2.7.2) (bot menambah: zea:SpongeBob SquarePants
Baris 220: Baris 220:
[[tr:SüngerBob KareŞort]]
[[tr:SüngerBob KareŞort]]
[[uk:Губка Боб Квадратні Штани]]
[[uk:Губка Боб Квадратні Штани]]
[[zea:SpongeBob SquarePants]]
[[zh:海綿寶寶]]
[[zh:海綿寶寶]]

Semakan pada 20:04, 17 Oktober 2012

SpongeBob SquarePants
Logo baru SpongBob SquarePants
FormatKomedi animasi
PenciptaStephen Hillenburg
Dibintangi oleh
Tom Kenny
Bill Fagerbakke
Rodger Bumpass
Carolyn Lawrence
Clancy Brown
Lori Alan
Mary Jo Catlett
Doug Lawrence
Dee Bradley Baker
Sirena Irwin
Jill Talley
Negara asal Amerika Syarikat
Bilangan musim7
Bilangan episod292 (total) 152 (penuh) ([[Senarai episod SpongeBob SquarePants|Senarai episod]])
Penerbitan
Tempoh siaranKebiasaannya 11 minit setiap kartun (kadang-kadang panjang atau pendek)
Penyiaran
Saluran asalNickelodeon
Siaran asalAmerika Syarikat 1 Mei 1999 – kini
Pautan luar
Laman sesawang

SpongeBob SquarePants merupakan siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Syarikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu.

Di Indonesia siri ini dipopularkan oleh LaTiVi, kemudian hak tayang acara-acara yang diterbitkan oleh Nickelodeon dibeli oleh Global TV. Kartun ini dicipta oleh seorang ahli biologi laut dan animator Stephen Hillenburg dan lalu diterbitkan melalui syarikatnya United Plankton Pictures Inc. Siri ini ditetapkan berada di Laut Pasifik di kota "Bikini Bottom" (ertinya bawah bikini) dan sekitarnya.

Latar

SpongeBob SquarePants ialah sekeping span yang tinggal dalam sebiji nenas dalam laut, manakala jirannya Squidward Tentacles ialah seekor sotong yang tinggal dalam sebuah kepala Pulau Easter. Jiran SpongeBob yang lain dan kawan karibnya, Patrick Star si tapak sulaiman merah jambu, tinggal di bawah seketul batu. Rumah Squidward terletak di antara rumah Spongebob dan rumah Patrick, dan inilah yang merimaskan Squidward.

SpongeBob dan kawan-kawannya tinggal di kota Bikini Bottom dalam lautan Pasifik. Bikini Bottom dilihatkan sebagai sebuah bandar biasa dengan pusat bandar, pinggir bandar, kawasan pantai, lapangan terbang, rangkaian bas dan taman hiburan sendirinya. Stephen Hillenburg pernah berkata bahawa Bikini Bottom direka lebih kurang berasaskan bandaraya Seattle, Washington.

Haiwan peliharaan SpongeBob ialah seekor siput babi bernama Gary, yang "mengiau" seperti kucing. Meskipun tidak boleh bercakap (kecuali dalam beberapa episod), watak-watak lain kelihatan mampu memahaminya. Tambahan pula, cacing lautan menyalak seperti anjing dan dirantai. Obor-obor disamakan dengan lebah; bunyi desas-desus, sengatan bisa (tetapi kelihatan seperti kejutan elektrik), dan menghasilkan "jeli" yang lazat, memperolok-olok nama "jellyfish" sambil membandingkan jeli dengan madu lebah. Ikan berperanan sebagai warga kota tetapi tidak dijadikan watak penting.

SpongeBob yang penyerap, kuning, dan berliang ini, bekerja sebagai tukang masak di Krusty Krab, sebuah restoran makanan segera, iaitu berkongsi tempat kerja dengan Squidward yang menjadi juruwang. Krusty Krab dimiliki Eugene H. Krabs (Mr. Krabs). Sheldon J. Plankton ialah musuh ketat Krabs yang memiliki sebuah restoran makanan segera bertaraf rendah bernama The Chum Bucket yang terletak berhadapan Krusty Krab. The Chum Bucket seolah-olah langsung tidak dikunjungi pelanggan, dan Plankton meluangkan kebanyakan masanya untuk merancang mencuri resipi burger Krabby Patty milik En. Krabs. Plankton hanya berjaya mencuri resipi itu dalam filem; formulanya tidak pernah didedahkan kepada penonton. Isteri komputer Plankton, Karen, kadang-kala membantunya dalam rancangan jahatnya atau bertengkar dengannya.

Satu lagi kawan SpongeBob ialah Sandy Cheeks, seekor tupai yang berasal daripada Texas dan tinggal di dalam underwater dome di Bikini Bottom. Dia dihantar ke dalam lautan oleh majikannya yang berupa cimpanzi. Ketika di luar kubahnya, dia memakai sut seakan-akan angkasawan.

Penduduk Bikini Bottom memandu bot seolah-olah kereta. SpongeBob masih belajar dalam sekolah memandu setelah gagal dalam ujian memandu banyak kali. Setiap pergerakan menghasilkan buih untuk mengingkatkan penonton bahawa cereka ini berlatarkan lautan. Namun begitu, terdapat babak-babak di mana terdapat selapisan air yang berasingan daripada air lautan (seperti tasik pantai) dan api boleh dinyalakan dalam air lautan.

Watak

Watak utama Spongebob adalah sekeping span laut berwarna kuning yang hidup bersama haiwan peliharaannya, Garry, seekor siput laut yang berprilaku sebagai kucing.

Spongebob berjiran dengan sahabatnya Patrick, seekor tapak sulaiman. Jiran yang selalu memusuhinya: Squidward, seekor sotong kurita yang tidak suka bersosial, memiliki sifat penggerutu, dan hobi bermain Klarinet.

Kelucuan-kelucuan dalam cerita siri ini bersumber dari perilaku seharian Spongebob yang polos, optimis, selalu ceria, dan memiliki prasangka baik terhadap siapapun.

Terkadang perilaku ini membawa bencana, dimanfaatkan, atau terjadi salah faham tatkala dipadu dengan sifat-sifat makhluk lain.

Tokoh

  • SpongeBob SquarePants - watak utama dalam kartun ini yang berbentuk span berwarna kuning. Spongebob tinggal di dalam rumah berbentuk nanas di dalam laut. Dia juga membela seekor siput yang bernama Gary. Merupakan tukang masak di Krusty Krab yang terkenal dengan burger Krabby Patty.
  • Squidward Tentacles - seekor sotong yang tinggal di dalam moai Pulau Easter. Amat benci pada Spongebob dan Patrick yang suka mengganggunya. Dia mempunyai seorang rakan yang juga seekor sotong bernama Squilliam. Merupakan penjaga kaunter di Krusty Krab yang malas.
  • Patrick Star - rakan baik Spongebob yang berbentuk tapak sulaiman. Patrick tinggal di bawah batu. Patrick Star dilahirkan pada 26 Februri 1986. Patrick merupakan haiwan paling lembap di Bikini Bottom.Bapanya bernama Herb Star serta cucu kepada Bob Star dan Maw Titter. Ibunya bernama Margie Star. Patrick tinggal di bawah batu yang beralamat di 120 Conch Street, selang dua rumah dari rumah Spongebob Squarepants dan bersebelahan rumah Squiward.Patrick kebiasaannya tidur melekat pada siling dan kadang tidur di atas katil. Patrick menghabiskan masa sehariannya dengan hanya tidur.
  • Eugene H. Krabs (Encik Krabs) - pemilik restoran Krusty Krab yang hanya memikirkan soal wang (dia dikatakan sangat tamak dan kedekut akan wang). Spongebob dan Squidward pernah bekerja di restoran ini.
  • Sandy Cheeks (Sandy si Tupai) - seekor tupai yang tingal di dalam laut. Sandy menyukai karate, dikatakan suka meminum sos yang amat pedas dan juga aksi-aksi "stunt". Nama sebenar Sandy adalah Sandra "Sandy" Cheeks. Dia tinggal di dalam sebuah tempat yang mempunyai sebatang pokok besar.
  • Gary - Seekor siput peliharaan Spongebob. Berbunyi seperti kucing dan merupakan siput yang bijak. Tidak menyukai Squidward.
  • Sheldon J. Plankton - pemilik restoran Chum Bucket. Amat gemarkan Krabby Patty sehingga sanggup mencuri resipinya(tetapi sering gagal).
  • Larry Lobster - seekor udang karang yang sangat kuat dan berbadan sasa. Kerap kali dapat dilihat di Goo Lagoon.
  • Pearl Krabs - seekor ikan paus. Merupakan anak kepada Mr. Krabs. Amat menyukai hiburan dan berumur 16 tahun. Juga gadis mengada-ngada.
  • Mermaidman - merupakan salah seorang wira (yang uzur) di Bikini Bottom.
  • Barnacleboy - rakan seperjuangan Mermaidman dan kurang sukakan Spongebob (dan juga gelarannya yang mengandungi "boy").

Tempat dalam siri SpongeBob

  • Bikini Bottomshire - Nama Bikini Bottom pada zaman dahulu, daerah ini dikuasai oleh King Krab, yang merupakan rival dari penyihir Planktonamor
  • Goo Lagoon - Sebuah pantai di Bikini Bottom kerap dikunjungi Spongebob dan rakan-rakan.
  • Rock Bottom - Sebuah tempat di luar Bikini Bottom yang didiami ikan-ikan pelik.
  • Sea Needle - Bangunan tinggi yang juga parodi dari bangunan Space Needle di Seattle
  • Shell City - Merupakan toko cenderamata yang terletak di darat. (hanya muncul dalam film Spongebob the Movie)
  • Jellyfish fields (Padang Ubur-ubur) - Tempat memancing Ubur-ubur. Spongebob seringkali datang ke tempat ini.
  • Krusty Krab - Restoran cepat saji di mana Spongebob dan Squidward berkerja. Krusty Krab menjual penganan paling diminati selautan yakni Krabby Patty yang seperti burger.
  • Shady Shoals - rumah jompo di mana yang di tinggali Mermaidman dan Barnacleboy
  • Fancy Restaurant - Restoran bintang lima , dimana Spongebob pernah bekerja disini.
  • Glove World - tempat bermain Spongebob dan Patrick sebelum ke Rock Bottom
  • Chum Bucket - Rumah makan dimana Plankton menyusun rencana jahatnya dan tinggal bersama Karen. Selalu kosong tanpa pengunjung.
  • New Kelp - Kota dimana Spongebob menjadi walikota dan namanya menjadi Chipshack Brown Pants
  • Residents' Row Tempat tinggal Patrick, Squidward & Spongebob
  • Loker Davy Jones - Tempat dimana orang yang memiliki sifat yang tidak baik, tempat yang penuh dengan kaus kaki.
  • Fast Food Coliseum - Tempat para koki untuk mengikuti kejuaraan masak tahunan.
  • Barg 'n Mart - Tempat para warga Bikini Bottom berbelanja.
  • Diner Sebuah restoran yang muncul di beberapa episode yaitu Chocolate With Nuts, Mermaidman & Barnacelboy II,& Missing Identity
  • Oyster Stadium Tempat tiram & tempat Pertandingan siput
  • Mrs. Puff Boating School Tempat Spongebob belajar mengemudi.di sekolah ini sponge bob tak pernah lulus

Produk dalam serial Spongebob

  • Krabby Patty - Makanan yang disukai oleh warga Bikini Bottom, Plankton selalu berusaha mencurinya.
  • Kelpo - Sereal yang selalu menjadi menu sarapannya Spongebob.
  • Mobil transparan- mobil yang selalu dipakai oleh Mermaidman dan Barnacleboy, yang transparan.
  • Bikini Bottom Phonebook - buku telpon yang pernah diisi oleh iklannya Plankton
  • Fancy Living Digest - majalah yang memandu cara menjadi kaya dalam waktu yang singkat
  • Kelp Shake - Minuman enak yang pernah dijual di Bikini Bottom, belakangan diketahui bahwa produk ini mengandung zat radioaktif.
  • Nachos - Kentang yang menjadi makanan preman siput pada episode Have You Seen This Snail ?
  • Ol'Reliable - Jaring ubur-ubur yang pernah dipakai Spongebob
  • Spat si Spatula - Spatula yang selalu digunakan Spongebob untuk memasak Krabby Patty.
  • Tartar Sauce - Saus tartar adalah produk saus yang berefek seperti asam yang berbahaya
  • Volcano Sauce - Saus extra pedas

Binatang yang ada di Bikini Bottom

  • Alaskan Big Worm Monster cacing raksasa dari Alaska yang senang memakan apa saja
  • Sea Bear Monster berwajah beruang dan perawakannya seperti ikan besar, monster besar yang pernah muncul di majalah-majalah fiksi Bikini Bottom
  • Sea Rhino Monster berwajah badak dan perawakannya seperti badak yang memiliki sirip
  • Nematoda Cacing kecil yang hidup berkelompok dan seperti parasit
  • Ubur-ubur Binatang yang pada umumnya berwarna pink, dan sering ditangkap oleh Spongebob, populasinya sekitar 1 juta obor-obor dan tinggal di Jellyfish Fields.

Populariti

SpongeBob SquarePants merupakan satu-satunya kartun untuk memasuki senarai 10 Teratas secara konsisten dalam pemeringkatan Nielsen, dan menurut pihak Nickelodeon, Nickelodeon cartoon "berbajet rendah" pertama yang menjadi amat popular. Kartun bajet rendah tidak banyak meraih penghargaan sebanyak rancangan berbajet tinggi seperti Rugrats, namun semenjak muncul di kaca TV pada tahun 1999, SpongeBob meraih bilangan penonton yang cukup dalam pemeringkatan agar dianggap popular, maka menjadi lebih popular berbanding Rugrats. SpongeBob mengikuti rancangan Nickelodeon lain yang menarik penonton lebih "matang": The Ren & Stimpy Show, Rocko's Modern Life, skit-skit Kablam!, Action League Now! dan The Angry Beavers. Rancangan-rancangan lain turut mengikuti trend ini: Invader Zim dan The Fairly OddParents meraih bilangan peminat yang serupa pada tahun 2001, dan OddPatents hanya di tempat kedua selepas SpongeBob dari segi kelarisan, manakala Zim menarik pengikutan kultus[perlu rujukan]. Rancangan ini mula pada tahun 1999, dan ketika itu, Pokémon masih menjadi kegilaan yang terbesar. SpongeBob tidak meningkatkan popularitinya sehingga tahun 2000, dan semenjak itu kekal popular sehingga ke hari ini.

Tarikan meluas

SpongeBob ialah salah satu daripada banyak siri kartun yang direka untuk menarik penonton dewasa dan kanak-kanak. ini mungkin banyak berkaitan dengan gambaran kehidupan dan keadaan dalam air yang aneh, dan penggunaan situasi, sentuhan dan istilah yang sukar difahami penonton yang lebih muda. Terdapat juga senario ironis rumit yang memerlukan perhatian teliti.

Sebahagian tarikan rancangan ini berkait rapat dengan sifat kebudak-budakan SpongeBob dan sahabat karibnya, Patrick Star, yang kedua-duanya berusia dewasa tetapi menunjukkan sifat kelurusan kanak-kanak manusia. Namun, watak-watak ini tida terkecuali daripada kegiatan yang lebih bersifat dewasa, seperti kepujanggan rock dalam persembahan stadium, atau Patrick meminta SpongeBob beranak lagi setelah mengambil seekor kapis bayi di bawah jagaan mereka.

Rancangan ini menjadi popular dengan penonton remaja dan dewasa sehingga siri ini disiarkan di MTV dan ditampilkan dalam Spike TV. The SpongeBob SquarePants Movie yang dikeluarkan pada 19 November 2004, menyaksikan penampilan istimewa oleh David Hasselhoff, dalam satu babak ajukan peranan beliau dari siri TV Baywatch.

Anugerah

Senarai berikut menyenaraikan anugerah-anugerah yang diraih siri ini:

Anugerah Annie
Terbitan Televiysen Animasi Terbaik (2005)
Pengarangan Terbaik dalam Terbitan Televisyen Animasi (2006)
Kids' Choice Awards
Kartun Terbaik (2003, 2004, 2005, 2006, 2007)
Television Critics Association Awards
Pencapaian Cemerlang dalam Rancangan Kanak-kanak (2002)

Keluaran media

Episod

Filem

Tayangan singkat

  • Astrology With Squidward
  • Patrick the Snowman
  • Plankton's Holiday Hits
  • How The You-Know-Who Stole You-Know-What!
  • 12 Days of Nickmas
  • The Endless Summer[1]
  • A Random Act of SpongeBob

Muzik

Rujukan

  1. ^ "www.stopglobalwarming.org/sgw_feature.asp?id=8". Dicapai pada 2007-01-22.

Pautan luar

SpongeBob SquarePants dalam Big Cartoon DataBase