Oksigen: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JYBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot mengubah: gd:Ogsaidean
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: ckb:ئۆکسجین
Baris 204: Baris 204:
[[sl:Kisik]]
[[sl:Kisik]]
[[so:Oxygen]]
[[so:Oxygen]]
[[ckb:ئۆکسجین]]
[[sr:Кисеоник]]
[[sr:Кисеоник]]
[[sh:Kiseonik]]
[[sh:Kiseonik]]

Semakan pada 02:54, 28 Oktober 2012

8 nitrogenoksigenfluorin
-

O

S
Umum
Nama, Simbol, Nombor oksigen, O, 8
Siri kimia Kalkogen
Kumpulan, Kala, Blok 16, 2, p
Rupa tak berwarna
Jisim atom 15.9994(3) g/mol
Konfigurasi elektron 1s2 2s2 2p4
Bilangan elektron per petala 2, 6
Fakta sampingan
Tarikh penemuan 1774
Penemu Joseph Priestly
Asal nama Perkataan Yunani:
oxus (asid) dan
gennan (menghasilkan)
Sumber cairan udara
Kegunaan kebergantungan hidup
Sifat fizikal
Keadaan gas
Ketumpatan (0 °C; 101,325 kPa)
1.429 g/L
Takat lebur 54.36 K
(-218.79 °C, -361.82 °F)
Takat didih 90.20 K

(-182.95 °C, -297.31 °F)

Haba pelakuran (O2) 0.444 kJ/mol
Haba pengewapan (O2) 6.82 kJ/mol
Muatan haba (25 °C) (O2)
29.378 J/(mol·K)
Tekanan wap
P/Pa 1 10 100 1 k 10 k 100 k
pada T/K       61 73 90
Sifat atom
Struktur hablur kubus
Keadaan pengoksidaan 2, −1
(oksida neutral)
Keelektronegatifan 3.44 (skala Pauling)
Tenaga pengionan pertama: 1313.9 kJ/mol
kedua: 3388.3 kJ/mol
ketiga: 5300.5 kJ/mol
Jejari atom 60 pm
Jejari atom (kiraan) 48 pm
Jejari kovalen 73 pm
Jejari Van der Waals 152 pm
Lain-lain
Sifat kemagnetan paramagnetik
Keberkonduktan haba (300 K) 26.58 mW/(m·K)
Kelajuan bunyi (gas, 27 °C) 330 m/s
Nombor CAS 7782-44-7
Isotop
iso NA separuh hayat DM DE (MeV) DP
16O 99.762% O stabil dengan 8 neutron
17O 0.038% O stabil dengan 9 neutron
18O 0.205% O stabil dengan 10 neutron
Rujukan


Ciri-ciri khusus

Pada suhu dan tekanan biasa, oksigen didapati sebagai dua atom oksigen dengan formula kimia O2. Oksigen merupakan gas yang dibebaskan oleh tumbuhan ketika proses fotosintesis, dan diperlukan oleh haiwan untuk pernafasan. Perkataan oksigen terdiri daripada dua perkataan Greek, oxus (asid) dan gennan (menghasilkan). Oksigen cair dan pepejal mempunyai warna biru lembut dan mempunyai sifat paramagnet (mudah menjadi magnet). Oksigen cair biasanya dihasilkan dengan proses perbezaan suhu dari udara cair (disejukkan sehingga menjadi cecair).

Penggunaan

Oksigen biasanya digunakan sebagai pengoksida, hanya fluorin mempunyai negatif elektron yang lebih tinggi. Oksigen juga digunakan sebagai bahan pengoksida dalam bahan api roket. Oksigen juga penting untuk pernafasan dan digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan. Oksigen juga digunakan dengan meluas di kawasan yang kurang oksigen seperti pendaki gunung, juruterbang yang membawa bekalan oksigen tambahan. Oksigen juga digunakan untuk pengimpalan dan dalam proses pembuatan besi dan metanol.

Oksigen mempunyai pengkhayalan sederhana dan digunakan sebagai bahan perangsang semenjak abad ke-19 lagi sehingga sekarang. Pada abad ke-19, oksigen bercampur dengan nitrus oksida dan digunakan sebagai ubat bius.

Oksigen merupakan satu unsur penting tubuh manusia, bersama-sama dengan hidrogen, karbon dan nitrogen. Tetapi, oksigen merupakan satu-satunya unsur yang diperlu setiap minit. Kesemua proses penting, seperti pernafasan, peredaran, fungsi otak, penghadaman, penyingkiran bahan buangan, pertumbuhan sel dan tisu, serta pembiakan hanya berlaku apabila terdapat banyak oksigen. Oksigen merupakan sumber tenaga yang segera bagi kebanyakan proses metabolisme dalam sel dan tisu.

Sejarah

Oksigen dijumpai oleh pakar pharmasis Sweden yang bernama Karl Wilhelm Scheele pada tahun 1771, tetapi jumpaan ini tidak diketahui ramai. Oksigen kemudiannya diketengahkan kembali oleh Joseph Priestley. Oksigen diberi nama oleh Antoine Laurent Lavoisier pada tahun 1774.

Kehadiran oksigen

Oksigen merupakan unsur terbanyak dalam kerak bumi, dianggarkan sebanyak 46.7% daripada mengikut berat. Oksigen merangkumi 87% daripada lautan (sebagai H2O, dan 1% daripada udara Bumi (sebagai O2, molekul oksigen, atau O3, ozon). Sebatian oksigen, terutama dalam logam, silika (SiO44-) and karbonat (CO32-), mudah didapati dalam batu dan tanah. Air beku merupakan pepejal biasa di planet lain dan komet. Ais di Marikh terdiri daripada karbon dioksida beku. Sebatian oksigen didapati di merata Alam dan spektrum oksigen diperhatikan dalam cahaya bintang. Malah bintang tidak mampu menghasilkan cahaya tanpa oksigen.

Sebatian

Dioksigen, O2, merupakan gas dan terdiri dari 2 atom oksigen. Paling biasa ditemui, kerana ia membentuk 21% atmosfera.
Ozon, O3, juga gas dan terdiri dari 3 atom oksigen

Disebabkan keelektronegatifannya, oksigen membentuk ikatan kimia dengan hampir semua unsur lain, dan dari sinilah datangnya takrifan pengoksidaan. Cuma gas adi sahaja yang kebal dari pengoksidaan.

Templat:Link FA Templat:Link GA