Bahasa Sepanyol: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: diq:İspanyolki
Xqbot (bincang | sumb.)
Baris 245: Baris 245:
[[lad:Lingua castilyana]]
[[lad:Lingua castilyana]]
[[lez:Испан чIал]]
[[lez:Испан чIал]]
[[lo:ພາສາເອັສປາໂຍນ]]
[[la:Lingua Hispanica]]
[[la:Lingua Hispanica]]
[[ltg:Spanīšu volūda]]
[[ltg:Spanīšu volūda]]

Semakan pada 06:35, 29 Oktober 2012

Bahasa Sepanyol
español, castellano
KawasanSesetengah dari Eropah, kebanyakan dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, sesetengah bahagian dari Amerika Utara dan Caribbean; dan enklaf dan kumpulan immigran pada semua benua
Penutur bahasa
550 juta, 500 juta dimana adalah penutur asli
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Costa Rica, Cuba, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Kesatuan Eropah, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Puerto Rico, Sepanyol, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Uruguay, dan Venezuela.
Dikawal selia olehAsociación de Academias de la Lengua Española (Real Academia Española dan 21 lain kebangsaan akademi bahasa Sepanyol)
Kod bahasa
ISO 639-1es
ISO 639-2spa
ISO 639-3
spa
Peta dunia Hispanofon,
dengan negara atau kawasan penutur-Sepanyol major ke minor.

Bahasa Sepanyol merupakan salah satu bahasa yang berasal daripada Bahasa Latin. Bahasa ini digunakan oleh ramai orang di dunia pada masa kini. Hal ini merupakan sebahagian dari kesan-kesan penjelajahan dan penjajahan orang Sepanyol pada masa lampau. Mereka membina banyak negara baru dan juga memulakan kerajaan baru di negara-negara yang sudah lama wujud.

Berikut merupakan beberapa contoh tempat di mana bahasa Sepanyol digunakan sebagai bahasa yang penting:

Di Amerika Utara, Amerika Tengah, dan di Kepulauan Karibia: Costa Rica, Cuba, Republik Dominika, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Puerto Rico, dan El Salvador. Walaupun lebih ramai orang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan di Amerika Syarikat, Bahasa Sepanyol merupakan bahasa kedua terbanyak dipertuturkan di negara tersebut.

Di Amerika Selatan: Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Guyana, Paraguay, Peru, Uruguay, Venezuela.

Di tempat-tempat lain di dunia: Filipina, dan Guinea Khatulistiwa.

Di Sepanyol, terdapat beberapa bahasa lain digunakan di samping bahasa Sepanyol, seperti bahasa Catalonia dan Galicia, yang berkait rapat dengan bahasa Sepanyol dari segi salasilah famili bahasa Italik. Bahasa Basque juga turut ditutur, tetapi tidak berkait rapat dengan bahasa Sepanyol. Oleh kerana itu, bahasa Sepanyol kadangkala dipanggil sebagai Castilian, dinamakan sempena Castile, satu kawasan di Sepanyol.

Perkataan Sepanyol bagi bahasa Sepanyol ialah "español", dan perkataan Sepanyol bagi Castilian ialah "castellano".

Bilangan penutur mengikut negara

Berikut adalah senarai bilangan penutur bahasa Sepanyol yang dianggarkan di pelbagai rantau di dunia di mana bahasa ini sedang atau pernah kuat berpengaruh.

Negara Bilangan penutur asli menurut Ethnologue[1],
tahun 1995 melainkan dinyatakan
1 Mexico 86,211,000
2 Sepanyol 28,173,600 (1986)
3 Colombia 34,000,000
4 Argentina 33,000,000
5 Venezuela 21,480,000
6 Peru 20,000,000
7 Chile 13,800,000
8 Cuba 10,000,000
9 Ecuador 9,500,000
10 Republik Dominica 6,886,000
11 Guatemala 4,673,000
12 Honduras 5,600,000
13 Bolivia 3,483,700
14 El Salvador 5,900,000
15 Nicaragua 4,347,000
16 Paraguay 186,880
17 Costa Rica 3,300,000
18 Puerto Rico 3,437,120 (1996)
19 Uruguay 3,000,000
20 Panama 2,100,000
21 Guinea Khatulistiwa 11,500 (1993)
22 Filipina 2,658 [2]

Berikut merupakan senarai bilangan penutur bahasa Sepanyol di tempat-tempat di dunia di mana bahasa ini merupakan bahasa minoriti.

Negara Bilangan penutur
1 Amerika Syarikat 32,200,000(b)
2 Kanada 245,000[3]
3 Belize 206,404[4]
4 Rusia 34,678[5]
5 Maghribi 57,132 [perlu rujukan](c)
6 Gibraltar 24,000 [perlu rujukan](d)
(b) hanya melibatkan penduduk berumur 5 tahun atau lebih. Selain itu, sesiapa yang menutur bahasa ini sewaktu kerja atau dalam persekitaran lain tetapi bukan di rumah tidak termasuk di sini[6]
(c) Meskipun dijadikan sebahagian empayar Sepanyol, bahasa dan budaya Arab masih merupakan hasil kebudayaan yang dominan di Sahara Barat. Bahasa Sepanyol hanya ditutur oleh expatriat berbahasa Sepanyol dan orang berketurunan Sepanyol.
(d) Kebanyakan orang Gibraltar dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol kerana kedekatan wilayah British Gibraltar kepada negara Sepanyol. Meskipun kedua-dua bahasa ini paling banyak ditutur penduduk wilayah berkenaan (bersama-sama bahasa gabungannya Llanito), bahasa Inggeris masih merupakan satu-satunya bahasa rasmi di Gibraltar.

Sistem tulisan

Bahasa Sepanyol ditulis menggunakan huruf rumi, dengan penambahan aksara "ñ" (eñe) yang melambangkan fonem /ɲ/ (bersamaan bunyi hanya dalam bahasa Melayu) dan dianggap sebagai huruf yang berbeza daripada "n", meskipun dihuraikan secara tipografikal sebagai "n" dengan tanda tilde. Dwihuruf "ch" ([che] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) dan "ll" ([elle] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) juga dianggap sebagai huruf tunggal dengan nama dan kedudukan sendirinya dalam susunan huruf, kerana setiap satunya mewakili satu fonem tunggal (masing-masing /tʃ/ dan /ʎ/). Sungguhpun begitu, dwihuruf "rr" ([erre doble] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), "r" ganda, atau [erre] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) yang dibandingkan dengan [ere] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) /r/, tidak dianggap sebagai huruf tunggal. Maka, susunan abjad Sepanyol tradisi mempunyai 28 huruf (29 jika mengambil kira "w" yang hanya didapati dalam kata pinjaman dan nama asing):

a, b, c, ch, d, e, f, g, h, i, j, k, l, ll, m, n, ñ, o, p, q, r, s, t, u, v, (w), x, y, z.

Sejak tahun 1994, kedua-dua dwihuruf tersebut dianggap sebagai pasangan huruf bagi tujuan pengumpulsemakan. Mana-mama perkataan yang mengandungi "ch" kini diisih dalam susunan huruf di antara perkataan yang mengandungi "ce" dan "ci", dan bukannya menyusuli "cz" sebelum ini; begitu juga untuk "ll". Namun begitu, nama-nama che dan elle masih digunakan secara tidak formal.

Sebutan sesuatu perkataan boleh ditentukan sepenuhnya menurut ejaan, kecuali sebilangan kecil istilah geografi seperti México. Sesuatu perkataan Sepanyol yang biasa menekankan suku kata kedua terakhir (maksdunya, suku kata terlibat ditinggikan intonasinya) jika berakhir dengan huruf vokal (tidak termasuk y) atau dengan huruf konsonan n atau s; jika tidak maka suku kata terakhirlah yang ditekankan. Pengecualian kepada hukum ini ditandai dengan membubuh tanda akut pada huruf vokal yang ditekankan.

Tanda akut juga digunakan untuk membezakan antara homofon tertentu, terutamanya apabila salah satunya ditekan dan yang lain bukan: bandingkan [el] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (kata sandang tentu jantan) dengan [él] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("ia"), ataupun [te] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("kamu", kata ganti nama objek), [de] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (kata depan "dari"), dan [se] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) (kata ganti refleksif) dengan [] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("teh"), [] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("beri") dan [] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("Saya tahu", atau kata imperatif "ialah").

Kata-kata ganti tanya ([qué] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [cuál] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [dónde] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [quién] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), dsb.) juga menerima tanda bunyi sedemikian dalam soalan-soalan langsung dna tidak langsung; lebih-lebih lagi sebilangan kata penunjuk ([ése] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [éste] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), [aquél] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), dsb.) boleh ditanda apabila digunakan sebagai kata ganti nama. Kata penghubung [o] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("atau") ditulis dengan tanda akut antara angka-angka agar tidak dikelirukan dengan angka sifar: cth., [10 ó 20] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) sepatutnya disebut [diez o veinte] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) dan bukannya [diez mil veinte] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan) ("10, 020"). Tanda akut sering digugurkan dalam huruf besar (melalui amalan yang berleluasa pada zaman awal komputer apabila cuma huruf vokal kecil mempunyai tanda berkenaan), meskipun ditegah oleh pihak RAE.

Dalam kes-kes yang jarang, "u" ditulis dengan tanda diaeresis ("ü") apabila ditulis di antara "g" dan satu huruf vokal hadapan ("e" atau "i"), untuk menandakan bahawa huruf "u" itu mesti disebut, dan bukannya bisu seperti biasa (cth., cigüeña, "stork", disebut /θ̟iˈɰweɲa/; jika ditulis sebagai cigueña, maka sebutannya /θ̟iˈɰeɲa/).

Klausa pertanyaan dan seruan dimulakan dengan tanda soal (¿) dan seru (¡) yang songsang, lalu diakhiri dengan tanda soal (?) dan seru (!) yang biasa.

Rujukan

  1. ^ http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=spa
  2. ^ 2,658 penutur asli, mengikut Banci 1990. Instituto Cervantes de Manila, Majlis Pendidikan dan Kedutaan Sepanyol di Manila (Consejería de Educación de la Embajada de España en Manila) pada tahun 2006 dan Akademi Bahasa Sepanyol Filipina (Academia Filipina de Lengua Española) pada tahun 2006 menganggarkan lebih 3 juta. Namun begitu, tiadanya statistik banci yang mendukung kenyataan sebegini.
  3. ^ "Population by mother tongue". Statistics Canada.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Belizecen tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Russian tidak disediakan
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan US Spanish tidak disediakan

Pautan luar

Templat:Link FA Templat:Link FA