Buku elektronik: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orcaz (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 32: Baris 32:


Oktober 2012, [http://www.ytl.my YTL Corp] melalui perkhidmatan telekomunikasi YES memulakan inisiatif buku teks digital bersama Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui platform [http://www.frogasia.com frogasia].
Oktober 2012, [http://www.ytl.my YTL Corp] melalui perkhidmatan telekomunikasi YES memulakan inisiatif buku teks digital bersama Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui platform [http://www.frogasia.com frogasia].

Disember 2012, buat pertama kalinya di Asia Tenggara, persidangan ebuku berlangsung. Dikenali sebagai [http://www.aseanebookconference.com ASEAN eBook Conference] (AEC) di Kuala Lumpur, persidangan ini berjaya membawa pakar-pakar eBook untuk menyampaikan perbentangan berkenaan format EPUB.


Di [[Malaysia]], syarikat [[MPH]] telah menjadi pemula untuk e-buku dengan mengeluarkan e-buku yang telah tamat tempoh hak ciptanya dan diedarkan melalui laman web mereka.<ref>[http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2012/3/30/lifebookshelf/10991571&sec=lifebookshelf The e-book advantage]. The Star. Capaian 31 Mac 2012.</ref>
Di [[Malaysia]], syarikat [[MPH]] telah menjadi pemula untuk e-buku dengan mengeluarkan e-buku yang telah tamat tempoh hak ciptanya dan diedarkan melalui laman web mereka.<ref>[http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2012/3/30/lifebookshelf/10991571&sec=lifebookshelf The e-book advantage]. The Star. Capaian 31 Mac 2012.</ref>

Semakan pada 13:42, 19 November 2012

Pengguna sedang membaca laman eletronik pada peranti E-Book.

e-buku atau buku elektronik adalah sejenis medium penyampaian maklumat yang merujuk kepada penggunaan data elektronik sebagai buku yang mengandungi pelbagai maklumat. E-buku ini terdapat dalam bentuk berbayar dan juga dalam bentuk percuma. Kebanyakan e-buku ini didatangi dalam bentuk fail .pdf atau seumpamanya untuk kemudahan setiap individu untuk membacanya di komputer atau peranti khas.

E-buku boleh dikategorikan seperti buku teks. Ia merangkumi bidang pendidikan, teknologi, agama, politik, alam sekitar, kehidupan, masakan dan sebagainya. Penggunaan e-buku akan menjadi salah satu media pembelajaran pada masa kini dan masa akan datang kelak. Terdapat banyak organisasi atau individu yang menulis atau mengalihkan sumber cetakan mereka kepada e-buku untuk memudahkan pembaca dan pemasaran secara terus di internet.

Industri buku digital telah wujud secara kecil-kecilan sejak 90-an lagi, namun industri ini pada awalnya merupakan jualan petua-petua kejayaan dalam bentuk fail PDF daripada laman sesawang. Industri eBuku berstruktur hanya wujud di Malaysia empat tahun setelah revolusi eBuku bermula di Amerika Syarikat sempena perkenalan peranti Kindle oleh Amazon pada November 2007.

Sejarah eBuku Malaysia

2010

Oktober 2010, sebuah penerbit tempatan, KarnaDya Solutions Sdn Bhd menerbit eBuku dalam format EPUB dan MOBI untuk dijual dalam Amazon Kindle, Apple iBooks dan Kobo.


2011

April 2011, sebuah syarikat ICT, Xentral Methods Sdn Bhd, telah memulakan latihan pendigitalan dan mengumpul kandungan eBuku daripada penerbit-penerbit tempatan untuk projek portal digital e-Sentral.

Mei 2011, KarnaDya Solutions Sdn Bhd memperkenalkan buku interaktif Bahasa Melayu pertama, "Hingga Akhir Hayat", untuk jualan di Apple Appstore.

September 2011, Xentral Methods Sdn Bhd melancarkan e-Sentral, portal eBuku lengkap pertama di Malaysia.

Disember 2011, Kumpulan MPH memperkenalkan MPH Digital, perkhidmatan penerbitan digital dan kedai eBuku.

2012

Februari 2012, Xentral Methods Sdn Bhd memperkenalkan elemen interaktif dalam eBuku melalui HTML5 dalam EPUB untuk penerbit menghasilkan kandungan berinteraktif dalam portal eBuku e-Sentral.

Mei 2012, syarikat telekomunikasi Maxis melancarkan eBuuk, kedai eBuku Maxis.

Oktober 2012, YTL Corp melalui perkhidmatan telekomunikasi YES memulakan inisiatif buku teks digital bersama Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui platform frogasia.

Disember 2012, buat pertama kalinya di Asia Tenggara, persidangan ebuku berlangsung. Dikenali sebagai ASEAN eBook Conference (AEC) di Kuala Lumpur, persidangan ini berjaya membawa pakar-pakar eBook untuk menyampaikan perbentangan berkenaan format EPUB.

Di Malaysia, syarikat MPH telah menjadi pemula untuk e-buku dengan mengeluarkan e-buku yang telah tamat tempoh hak ciptanya dan diedarkan melalui laman web mereka.[1]

Kelebihan

E-buku mempunyai banyak kelebihan yang memberikan kemudahan kepada pembaca-pembaca untuk membawa ke merata tempat e-buku ini tanpa beban yang berat. Disebabkan ia adalah data elektronik, saiz dan berat e-buku ini adalah jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan buku-buku cetakan yang berada di pasaran. Sekiranya satu e-buku mempunyai saiz 7 MB, kira-kira 100 e-buku boleh disimpan dalam satu CD.

Teks dalam e-buku juga boleh dicari dengan mudah, atau dirujuk silang menggunakan hyperlink. Ini menjadikan e-book format yang menarik untuk kamus, buku rujukan dan sesetengah buku teks.

Kelemahan

E-Buku memerlukan perkakasan tambahan bagi dibaca, terutamanya peranti elektronik untuk memaparkannya (dan bekalan elektrik). Peranti sedemikian mungkin mahal. Tambahan lagi kebanyakan e-Buku memerlukan aturcara khas bagi memaparkannya, yang mungkin tidak tersedia secara mudah atau serasi dengan peranti komputer kini. Disebabkan e-Buku bergantung kepada perkakasan lain untuk dibaca, ia mampu terjejas disebabkan kegagalan perkakasan perkakasan atau perisian, seperti kegagalan cakera keras atau serangan virus.

Oleh kerana e-buku memerlukan elektrik, kegunaannya bererti peningkatan penggunaan elektrik bagi membekalkan kuasa kepada komputer, skrin dan cakera keras. Selain itu, bateri yang digunakan bererti lebih banyak bahan beracun berakhir ke dalam sistem pelupusan sampah. E-buku juga yang terdapat dalam pelbagai format yang mungkin tidak lagi dapat dibaca di masa akan datang apabila berlaku pertukaran format. Sebagai contoh, berapa banyak perisian masa kini yang masih mampu membaca dokumen yang ditulis dengan menggunakan perisian WordStar.

Teknik pengurusan hak digital boleh digunakan bagi menghadkan apa yang boleh dibuat oleh pengguna dengan e-Buku. Sebagai contoh, adalah tidak mungkin mengalih hak e-buku kepada orang lain, sungguhpun transaksi sedemikian biasa dengan buku fizikal. Sesetengahnya pula menghubungi pelayan asal bagi menjejak pembaca dan tabiat membaca, atau menghadkan pecetakan.

Peranti e-buku masih menawarkan pengalaman membaca yang kurang berbanding buku fizikal. Resolusi skrin dan perbezaan masih rendah berbanding kertas, dan ia tidak mungkin melihat peranti sedemikian dalam cahaya terik matahari. Kebanyakan pembaca gemarkan kertas berbanding skrin komputer.

Dari sudut pandangan penerbit, e-buku boleh dalam sesetengah kes dihack, atau dileraikan tanpa kebenaran penerbit atau pengarang. Mudahnya dokumen elektronik disalin bererti dokumen yang tidak dilindungi boleh digunakan bagi disalin sejumlah tanpa had salinan sempurna.

Rujukan

  1. ^ The e-book advantage. The Star. Capaian 31 Mac 2012.

Pautan luar