Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ElphiBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (Bot: Menukar fr:Ibn al Haytham kepada fr:Alhazen
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: war:Alhazen
Baris 1,332: Baris 1,332:
[[uk:Ібн ал-Хайсам]]
[[uk:Ібн ал-Хайсам]]
[[ur:ابن الہیثم]]
[[ur:ابن الہیثم]]
[[war:Alhazen]]
[[zh:海什木]]
[[zh:海什木]]

Semakan pada 20:38, 30 November 2012

Al-Haitham
Ibn al-Haitham (Alhazen)
Kelahiran(965-07-01)1 Julai 965 CE[1](354 AH)[2]
Basra di Iraq sekarang, Buyid Farsi
Meninggal dunia6 Mac 1040(1040-03-06) (umur 74)[1](430 AH)[3]
Terkenal keranaKitab Optik, Keraguan Tentang Ptolemy, Tentang Tatabentuk Dunia, The Model of the Motions, Treatis berkaitan Cahaya, Treatis berkaitan Tempat, kaedah saintifik, sains eksperimen, fizik eksperimen, psikologi eksperimen, persepsi penglihatan, geometri analitik, astronomi bukan Ptolemaic, celestial mechanics
Kerjaya saintifik
BidangAhli Fizik dan Ahli Matematik
PengaruhAristotle, Euclid, Ptolemy
Dipengaruhi olehAverroes, Witelo, Roger Bacon, Kepler


Tokoh Abū ʿAlī al-Ḥasan ibn al-Ḥasan ibn al-Haytham
(Arab: أبو علي، الحسن بن الحسن بن الهيثم, Parsi: ابن هیثم, Latin: Alhacen atau [5] Alhazen) (dilahirkan di Basra pada 965 Masihi – dan meninggal dunia pada 1040 Masihi di Kaherah). Beliau ialah seorang Muslim,[6] ahli sains Muslim dan polymath yang banyak diterangkan dalam pelbagai sumber sama ada dalam bahasa Arab mahupun Parsi.[7][8][9][10][11][12], Beliau juga terkenal sebagai Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan telah mendapat pendidikan di Basra dan Baghdad.

Ibn al-Haitham membuat sumbangan besar dalam bidang [optik]], dan juga bidang-bidang fizik, ilmu falak, matematik, oftalmologi, falsafah, persepsi penglihatan, dan kaedah saintifik. Beliau juga menulis ulasan berwawasan terhadap karya-karya Aristotle, Ptolemy, dan ahli matematik purba Yunani, Euclid.[13]

Beliau sering dikenali sebagai Ibn al-Haitham, dan kadangkala sebagai al-Basri (Arab: البصري), bersempena tempat kelahirannya di bandar Basra.[14] Beliau juga dikenali dengan nama berian Ptolemaeus Secundus ("Ptolemy Kedua")[15] atau nama ringkas "Si Ahli Fizik"[16] di Eropah Zaman Pertengahan.

Dilahirkan di Basra, Iraq, beliau tinggal di Kaherah Mesir dan meninggal dunia di sana pada umur 74 tahun.[15] Kerana terlalu meyakini kegunaan praktik ilmu matematiknya, beliau beranggapan dapat mengawal banjir sungai Nil.[17] Apabila diperintah berbuat demikian oleh Al-Hakim bi-Amr Allah, khalifah keenam Kekhalifahan Fatimiyyah, beliau dengan cepat menyedari bahawa tugas itu mustahil dilakukan, lantas bersara daripada bidang kejuruteraan. Oleh sebab takut nyawanya terancam, beliau berpura-pura gila[1][18]. Akibatnya beliau dikenakan penahanan dalam rumah. Pada waktu dan selepas itulah beliau menumpukan perhatian kepada usaha-usaha saintifik sehinggalah meninggal dunia.[15]

Abu Ali Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan. Abu Ali Hasan menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan bukan dalam mata.

Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.

Biografi

Head of a bearded man with bushy eyebrows, wearing a turban.
Satu lagi gambar Ibn al-Haitham polymath agung Islam.

Abu Ali Hasan Ibn al-Haitham dilahirkan di Basra, Iraq yang pada masa itu merupakan sebuah wilayah Empayar Buyah.[1] Tidak dapat dipastikan sama ada beliau berketurunan Arab atau Parsi.[19][20] Berkemungkinan besar beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir. Beliau dididik di Basra (sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, Basra merupakan "kunci kepada permulaan pedidikan"),[21] dan di Baghdad, ibu negeri Kekhalifahan Abbasiyyah, yang juga menjadi pusat "kemuncak tamadun Islam".[21] Sewaktu di Iran Buyah, beliau bertugas sebagai pegawai awam dan membaca banyak karya-karya teologi dan sains.[14][22]

Satu kisah kerjayanya menceritakan yang beliau dipanggil ke Mesir oleh pemerintah Kekhalifahan Fatimiyyah, Al-Hakim bi-Amr Allah, untuk mengawal pembanjiran sungai Nil, suatu usaha yang memerlukan pembinaan empangan di tempat terbinanya Empangan Aswan sekarang.[23] Selepas kerja luar menyedarkan beliau akan kemustahilan rancangannya,[15] dan takut akan kemarahan khalifah, beliau pura-pura gila. Ibn al-Haitham dikenakan hukuman penahanan dalam rumah dari tahun 1011 M sehinggalah kematian Khalifah al-Hakim dalam tahun 1021.[24] Dalam waktu penahanan itu, beliau menghasilkan sebuah kitab yang amat berpengaruh, Kitab Optik. Selepas dibebaskan daripada tahanan, beliau menerbit banyak lagi treatis berkaitan fizik ilmu falak dan matematik. Beliau kemudiannya pergi ke Al-Andalus. Dalam waktu ini, beliau terus menerus menjalankan pengajian saintifik termasuk kajian tentang optik, matematik, fizik, perubatan, dan pengembangan kaedah saintifik moden yang berlandaskan ujikaji.

Beberapa periwayat hidup mengatakan Ibn al-Haitham lari ke Syria, kemudian pergi ke Baghdad pada usia tua, atau berada di Basra semasa beliau pura-pura gila. Walau apapun, beliau berada di Kaherah menjelang tahun 1038. Semasa beliau berada di Kaherah, beliau terhubung dengan Universiti Al-Azhar, disamping "Rumah Hikmah"" bandar itu,[25] yang dikenali sebagai Dar al-`Ilm (Rumah Ilmu), yang merupakan perpustakaan "terpenting" selepas Baitul Hikmah di Baghdad.[14]

Legasi

Halaman hadapan edisi Latin buku Ibn al-Haitham bertajuk Thesaurus opticus (Kitab Optik), menunjukkan bagaimana Archimedes membakar kapal Rom dekat Syracuse dengan menggunakan cermin parabola.

Ibn al-Haitham membuat kemajuan besar dalam bidang optik, sains fizikal dan kaedah saintifik. Usaha Ibn al-Haitham berkaitan optik dianggap sebagai penyumbang kepada penitikberatan eksperimen dalam sains. Pengaruhnya terhadap sains am dan optik khususnya disanjung tinggi, dan sesungguhnya membuka tirai kepada era baharu dalam penyelidikan optik, sama ada dalam bentuk teori mahupun amali.[26]

Nota

  1. ^ a b c d (Lorch 2008)
  2. ^ Charles M. Falco (November 27–29, 2007), Ibn al-Haytham and the Origins of Computerized Image Analysis (PDF), International Conference on Computer Engineering & Systems (ICCES), dicapai pada 2010-01-30
  3. ^ Franz Rosenthal (1960–1961), "Al-Mubashshir ibn Fâtik. Prolegomena to an Abortive Edition", Oriens, Brill Publishers, 13: 132–158 [136–7], JSTOR 1580309
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan mathsong.com tidak disediakan
  5. ^ Lindberg, 1996.
  6. ^ http://www.amualumni.8m.com/Scientist3.htm
    http://www.islamic-study.org/optics.htm
  7. ^ (Child, Shuter & Taylor 1992, p. 70)
    (Dessel, Nehrich & Voran 1973, p. 164)
    (Samuelson Crookes, p. 497)
    Understanding History by John Child, Paul Shuter, David Taylor - Page 70.
  8. ^ Science and Human Destiny by Norman F. Dessel, Richard B. Nehrich, Glenn I. Voran - Page 164.
    The Journal of Science, and Annals of Astronomy, Biology, Geology by James Samuelson, William Crookes - Page 497.
  9. ^ (Smith 1992)
    (Grant 2008)
    (Vernet 2008)
    Paul Lagasse (2007), "Ibn al-Haytham", [[Columbia Encyclopedia]] (ed. Sixth), Columbia, ISBN 0-7876-5075-7, dicapai pada 2008-01-23 URL–wikilink conflict (bantuan)
  10. ^ [1]
    (Dessel, Nehrich & Voran 1973, p. 164)
    (Samuelson Crookes, p. 497)
  11. ^ Science and Human Destiny by Norman F. Dessel, Richard B. Nehrich, Glenn I. Voran - Page 164.
    The Journal of Science, and Annals of Astronomy, Biology, Geology by James Samuelson, William Crookes - Page 497.
  12. ^ Review of Ibn al-Haytham: First Scientist, Kirkus Reviews, December 1, 2006:
    a devout, brilliant polymath
    (Hamarneh 1972):
    A great man and a universal genius, long neglected even by his own people.
    (Bettany 1995):
    Ibn ai-Haytham provides us with the historical personage of a versatile universal genius.
  13. ^ "The rainbow bridge: rainbows in art, myth, and science". Raymond L. Lee, Alistair B. Fraser (2001). Penn State Press. p.142. ISBN 0-271-01977-8
  14. ^ a b c (O'Connor & Robertson 1999)
  15. ^ a b c d (Corbin 1993, p. 149)
  16. ^ (Lindberg 1967, p. 331)
  17. ^ (Sabra 2003)
  18. ^ (Grant 2008)
  19. ^ "UNESCO Natural Sciences Portal". Unesco.org. Dicapai pada 2012-05-27.
  20. ^ "Ibn al-Haytham and psychophysics". Perception. 37 (4): 636–8. 2008. doi:10.1068/p5940. PMID 18546671.
  21. ^ a b (Whitaker 2004)
  22. ^ Sajjadi, Sadegh, "Alhazen", Great Islamic Encyclopedia, Volume 1, Article No. 1917;
  23. ^ (Rashed 2002b)
  24. ^ "the Great Islamic Encyclopedia". Cgie.org.ir. Dicapai pada 2012-05-27.
  25. ^ (Van Sertima 1992, p. 382)
  26. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Deek tidak disediakan

Rujukan

Bacaan lanjut

Kepustakaan primer

Kepustakaan sekunder

  • Graham, Mark. How Islam Created the Modern World. Amana Publications, 2006.
  • Omar, Saleh Beshara (June 1975), Ibn al-Haytham and Greek optics: a comparative study in scientific methodology, PhD Dissertation, University of Chicago, Department of Near Eastern Languages and Civilizations
  • Saliba, George (2007), Islamic Science and the Making of the European Reneissance, MIT Press, ISBN 0-262-19557-7
  • Belting, Hans, Afterthoughts on Alhazen’s Visual Theory and Its Presence in the Pictorial Theory of Western Perspective, in: Variantology 4. On Deep Time Relations of Arts, Sciences and Technologies In the Arabic-Islamic World and Beyond, ed. by Siegfried Zielinski and Eckhard Fürlus in cooperation with Daniel Irrgang and Franziska Latell (Cologne: Verlag der Buchhandlung Walther König, 2010), pp. 19–42. [2]
  • Siegfried Zielinski & Franziska Latell, How One Sees, in: Variantology 4. On Deep Time Relations of Arts, Sciences and Technologies In the Arabic-Islamic World and Beyond, ed. by Siegfried Zielinski and Eckhard Fürlus in cooperation with Daniel Irrgang and Franziska Latell (Cologne: Verlag der Buchhandlung Walther König, 2010), pp. 19–42. [3]

Pautan luar


Templat:Link FA