Peribahasa bermula dengan huruf "P dan Q": Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 2001869 oleh Baharnoryat (Perbincangan)
Adikhebat (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 60: Baris 60:


[[Kategori:Peribahasa|PI|Q]]
[[Kategori:Peribahasa|PI|Q]]
{{Senarai peribahasa}}

Semakan pada 13:53, 4 Disember 2012

Berikut ialah senarai peribahasa yang bermula dengan huruf "P dan Q".

Peribahasa Maknanya
Pacat ingin menjadi ular. Orang yang miskin atau hina berlagak menjadi orang kaya.
Pahit di luar manis di dalam. Perkataan yang kasar dan keras tetapi maksudnya baik dan menguntungkan.
Patah tumbuh hilang berganti Pemimpin yang berundur sudah ada penggantinya.
Payah-payah dilambung ombak akhirnya sampai ke tepi Matlamat atau cita-cita yang diidamkan akhirnya menjelma dengan rintangan dan dugaan dapat ditempuhi dengan bersusah payah.
Pipih boleh dilayang, bulat boleh diguling. Perkara yang sudah mendapat kata sepakat.
Pelanduk dua serupa. Dua orang yang seakan-akan rupanya.
Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk. Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam.
Pinang pulang ketampuk. Sudah secocok atau bersesuaian.
Pipit sama pipit enggang sama enggang. Pengelasan orang mengikut pangkat dan darjat.
Pipit pekak makan berhujan. Orang yang sangat rajin dan tekun melakukan sesuatu perkerjaan.
Pipit meminang anak enggang. Orang yang miskin ingin beristerikan orang kaya.

Rujukan

  • Kamus perdana peribahasa Melayu (Penulis A. Aida dan Siti Nursakinah) Terbitan Al-Hidayah

Pautan luar

Senarai peribahasa mengikut huruf
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z .