Doha: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (Bot: Menukar mr:दोहा (शहर) kepada mr:दोहा; perubahan kosmetik
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot membuang: diq:Dewhe
Baris 180: Baris 180:
[[war:Doha]]
[[war:Doha]]
[[yo:Doha]]
[[yo:Doha]]
[[diq:Dewhe]]
[[bat-smg:Duoha]]
[[bat-smg:Duoha]]
[[zh:多哈]]
[[zh:多哈]]

Semakan pada 19:02, 7 Disember 2012

Doha
الدوحةad-Dawḥa
City and Municipality
From top: Qatar University, Museum of Islamic Art, Doha Skyline, Souq Waqif, The Pearl
Location of the municipality of Doha within Qatar.
Location of the municipality of Doha within Qatar.
Country Qatar
MunicipalityAd Dawhah
Established1850
Keluasan
 • City132 km2 (51 batu persegi)
Penduduk
 (2009)
 • City998,651
 • Kepadatan7,600/km2 (20,000/batu persegi)
 • Metro
1 723 064
Zon waktuUTC+03 (East Africa Time)

Doha (Arab: الدوحة, ditransliterasikan sebagai Ad-Dawḥah atau Ad-Dōḥah), populasi seramai 400,051 (2005), merupakan ibu negara bagi Qatar dan terletak 25.3° N 51.5333° E, di Gurun Parsi. Doha terletak di kawasan perbandaran Ad Dawhah. Ia merupakan bandar terbesar di Qatar, dimana lebih daripada 80% populasi penduduknya tinggal di wilayah tersebut, dan ia juga merupakan pusat ekonomi yang penting bagi negara Qatar. Doha merupakan rumah kepada Bandar Pendidikan, sebuah kawasan yang di khususkan untuk pembangunan penyelidikan dan pendidikan. Doha merupakan hos untuk Sukan Asia 2006.

Sejarah

Pada tahun 1850, Doha di asaskan dengan nama Al-Bida. Pada 1882, al Rayyan telah membina kubu Al Wajbah, di barat daya Doha. Pada tahun yang sama, Sheikh Qassim telah memimpin tentera Qatar untuk mengalahkan Empayar Turki Uthmaniyyah.

Bandar tersebut telah dijadikan sebagai ibu negara naungan British di Qatar pada 1916, dan apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1971, Doha terus dijadikan sebagai ibu negara Qatar. Pada tahun 1917, Kubu Al Kout, yang mana terletak di tengah bandar tersebut, telah di bina oleh Sheikh Abdulla Bin Qassim Al-Thani. Pada tahun 1949, ekplorasi minyak telah dijalankan di Qatar. Pada masa kini, Qatar telah menghasilkan lebih 800 000 tong minyak sehari. Pada tahun 1969, sebuah Rumah Kerajaan telah dibuka.

Pada tahun 1973, Universiti Qatar telah ditubuhkan, dan pada tahun 1975, Muzium Negara Qatar telah dibuka di kawasan yang pada asalnya merupakan Istana Pemimpin pada tahun 1912. Stesyen televisyen satelit Al Jazeera Bahasa Arab saluran berita telah mula dipancarkan pada tahun 1996, dengan ibu pejabat dan pusat penyiaran yang terletak di Doha. Kini, bandar yang dikatakan antara yang tercantik di Qatar telah dipimpin oleh Sheikh Hamad Bin Khalifa Al-Thani.

Demografik

Demografik Doha adalah agak menarik jika dibandingkan dengan kebanyakkan penduduk di ibu negara lain kerana majoriti penduduk bandarnya merupakan ekspatriat, dan warganegara Qatar hanya merupakan minoriti dikawasan tersebut. Populasi ekspatriat terbesar di Qatar datang dari negara Selatan Asia, diikuti kawasan negara-negara Arab Selatan dan Timur Asia. Doha juga merupakan rumah bagi ekspatriat dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Norway, dan banyak lagi negara lain.

Pada masa dahulu, ekspatriat di Qatar tidak dibenarkan memilik tanah; tetapi, pada masa kini mereka yang bukan merupakan penduduk Qatar boleh memiliki tanah di beberapa kawasan di Doha, termasuk Lagun Pantai Barat (West Bay Lagoon) dan Mutiara Qatar (Qatar Pearl). Pemilikan tanah oleh orang asing di Qatar melayakkan mereka untuk memperbaharui permit kediaman, yang membolehkan mereka untuk tinggal atau bekerja di Qatar.

Ekonomi

Bangunan berdekatan Doha Corniche

Kebanyakkan kekayaan hasil minyak dan gas asli Qatar dapat dilihat di Doha, sesuai dengan gelarannya sebagai pusat ekonomi Qatar. Doha merupakan pusat ibu pejabat syarikat minyak dan gas terbesar di negara tersebut, termasuk Qatar Petrolium dan RasGas. Ekonomi Doha dibina berasaskan keuntungan yang diperolehi daripada industri minyak dan gas asli, dan kerajaan Qatar sedang berusaha untuk mempelbagaikan ekonomi Qatar untuk mengelakkan dari terus bergantung pada hasil minyak. Sebagai hasilnya, Doha kini mengalami perkembangan ekonomi, dengan pembangunan bandar yang begitu pesat - kebanyankkannya hasil dari program pemodenan Sheikh Hamad bin Khalifa.

Seperti bandar berdekatan Dubai di Emiriah Arab Bersatu, ekonomi Doha sedang bergerak dari kebergantungan terhadap industri minyak dan gas asli, walau bagaimanapun tidak seperti Dubai, fokus utama Doha tidak kepada industri pelancongan. Doha sedang melihat perkembangan yang besar, dengan populasi bandar yang meningkat lebih dari 60,000 diantara 2004 dan 2006; ini kerana letusan perkembangan di sektor hartanah, dengan nilai hartanah yang meningkat dengan mendadak Templat:Citationneeded. Kadar berkembangan yang pesat ini telah mencetuskan projek-projek seperti projek Bandar Lusail, yang mana telah di bangunkan di sebelah utara Doha dan dijangka akan menjadi petempatan kepada lebih 200,000 orang. Industri pembinaan juga sedang berkembang pesat di Doha, kesan daripada pekembangan aktiviti koperat dan komersial di Doha; ini dapat dilihat dengan jelas melalui perubahan latar langit bandar itu, dengan lebih 40 menara sedang dibina di Doha, dan yang terbesar diantara menara tersebut merupakan Menara Dubai.

Pelajaran

Doha merupakan rumah kepada Universiti Qatar, diasaskan pada 1973, dan juga beberapa universiti-universiti yang berada di Bandar Pendidikan Doha. Bandar Pendidikan ini merupakan rumah kampus-kampus kepada beberapa universiti terkenal, termasuk Universiti Georgetown, Universiti Weill Cornell, Universiti Komanwel Virginia, Universiti Texas A&M dan Universiti Carnegie Mellon. [1] Doha juga merupakan rumah kepada banyak sekolah antarabangsa yang diasaskan khusus untuk komuniti ekspatriat, dengan berdozen jenis sekolah swasta beroperasi di bandar itu. Pendidikan merupakan fokus utama kerajaan Qatar yang mana telah mencetuskan perkembangan organisasi-organisasi seperti Yayasan Qatar, yang mengendalikan Bandar Pendidikan.

Iklim

Doha terletak di Semenanjung Arab, dan ia menyebabkan iklimnya adalah agak panas. Suhu purata adalah lebih kurang 40 darjah Celsius (104°F) dari Mei hingga September, dan kelembapan adalah tinggi. Ketika musim panas, purata kerpasan di bandar adalah hampir tiada, dan kurang dari seinci (2.5 cm) pada bulan-bulan yang lain.[2]

Galeri

Rujukan