Sintar Kecil: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ZéroBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: it:Porzana pusilla
AvicBot (bincang | sumb.)
k r2.6.8) (Bot: Menukar id:Tikusan Siberia kepada id:Tikusan siberia
Baris 45: Baris 45:


[[kbd:Бгъэнджэдасмыдж]]
[[kbd:Бгъэнджэдасмыдж]]
[[id:Tikusan Siberia]]
[[id:Tikusan siberia]]
[[ba:Һыу себеше]]
[[ba:Һыу себеше]]
[[br:Rakig korr]]
[[br:Rakig korr]]

Semakan pada 02:29, 8 Disember 2012

Sintar Kecil
frames
Pengelasan saintifik

Burung Tikus Siberia (bahasa Inggeris: Baillon's Crake ) ialah sejenis burung air yang amat kecil dalam famili Rallidae. Dalam bahasa Inggeris, burung ini dinamai sempena nama ahli alamiah Perancis, Louis Antoine Francois Baillon. Nama saintifiknya Porzana pusilla.

Spesies ini ialah unggas hijrah yang menghabiskan musim sejuknya di Afrika barat serta Asia selatan. Secara menghairankan, adanya suatu catatan Amerika Utara yang tunggal mengenai spesies ini di Pulau Attu pada bulan September 2000.

Burung Tikus Siberia ialah salah satu spesies yang diliputi oleh "Persetujuan mengenai Pemuliharaan Burung-burung Air Bermigrasi Afrika-Eurasia" (AEWA).


Rupa

Burung Tikus Siberia adalah antara 16-18 sentimeter panjangnya, dengan paruh yang pendek serta lurus dan yang berwarna kuning atau hijau (tanpa pangkal merah). Bahagian atas burung dewasa terutamanya berwarna perang dengan sebilangan bintik putih, serta muka dan bahagian bawah yang berwarna perang-biru. Rusuk belakang dan bahagian bawah ekornya yang pendek mempunyai jalur-jalur hitam dan putih, manakala kakinya berwarna hijau dengan jari kaki yang panjang.

Anak Burung Tikus Siberia serupa sahaja dengan burung dewasa, tetapi mempunyai jalur-jalur yang lebih meluas di bahagian bawah. Serupa dengan semua burung dalam famili Rallidae, bulu kapas anak burung berwarna hitam.

Makanan

Burung Tikus Siberia menggunakan paruhnya untuk mencari makanan di dalam lumpur atau air cetek, serta melalui penglihatan. Makanan utama burung ini ialah serangga dan haiwan akua.

Pembiakan

Burung Tikus Siberia amat berahsia semasa musim pembiakan, dan biasanya boleh didengar tetapi tidak dapat dilihat. Semasa musim tersebut, burung-burung ini amat bising, dengan bunyi yang berdetar-detar seperti katak Rana kl. esculenta, atau mungkin juga seperti Garganey (Anas querquedula ). Burung ini lebih mudah dilihat semasa penghijrahan atau ketika menghabiskan masa musim sejuk.

Burung Tikus Siberia bersarang di tempat yang kering di rawa rumput sendayan yang lembap, dan mengeluarkan 4-8 biji telur setiap kali. Habitat pembiakan ialah dasar-dasar rumput sendayan di Eropah, khususnya di timur merentasi Asia. Ia juga merupakan pembiak tempatan di Afrika dan Australasia. Burung ini membiak di Great Britain sehingga pertengahan abad ke-19, tetapi bilangannya kemudian merosot, akibat penyaliran.

Rujukan

  • "Porzana pusilla". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk justifikasi mengapa spesies ini tidak menimbulkan banyak kebimbingan.

Pautan luar