Angkatan Tentera Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adikhebat (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 114.79.2.26 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Orcaz
Baris 167: Baris 167:
||[[Fail:‎Flag of Singapore.svg|border|25x25px]] [[Singapura]]<ref>[http://www.nationsencyclopedia.com/Asia-and-Oceania/Singapore-ARMED-FORCES.html Singapore Armed Forces, Encyclopedia of the Nations]</ref>|| 372 000* || 9 600 || 13 500 ||
||[[Fail:‎Flag of Singapore.svg|border|25x25px]] [[Singapura]]<ref>[http://www.nationsencyclopedia.com/Asia-and-Oceania/Singapore-ARMED-FORCES.html Singapore Armed Forces, Encyclopedia of the Nations]</ref>|| 372 000* || 9 600 || 13 500 ||
|-
|-
||[[Fail:Flag of Malaysia.svg|border|25x25px]] [[Malaysia]]|| 1 || 1 || 2 ||
||[[Fail:Flag of Malaysia.svg|border|25x25px]] [[Malaysia]]|| 120 000 || 18 000 || 15 000 ||
|-
|-
|}
|}
Baris 197: Baris 197:
||[[Fail:‎Flag of Singapore.svg|border|25x25px]] [[Singapura]] || 162 || 2744 || 480 ||
||[[Fail:‎Flag of Singapore.svg|border|25x25px]] [[Singapura]] || 162 || 2744 || 480 ||
|-
|-
||[[Fail:Flag of Malaysia.svg|border|25x25px]] [[Malaysia]]|| 1 || 2|| 1 || 1
||[[Fail:Flag of Malaysia.svg|border|25x25px]] [[Malaysia]]|| 6000 || 5000|| 30000 || 1500


|-
|-
Baris 214: Baris 214:
||[[Fail:‎Flag of Singapore.svg|border|25x25px]] [[Singapura]]<ref>[http://www.mindef.gov.sg/imindef/mindef_websites/atozlistings/navy/assets/vessels.html RSN Assets]</ref> || || 12 || 18 || 6 ||
||[[Fail:‎Flag of Singapore.svg|border|25x25px]] [[Singapura]]<ref>[http://www.mindef.gov.sg/imindef/mindef_websites/atozlistings/navy/assets/vessels.html RSN Assets]</ref> || || 12 || 18 || 6 ||
|-
|-
||[[Fail:Flag of Malaysia.svg|border|25x25px]] [[Malaysia]] ||0
||[[Fail:Flag of Malaysia.svg|border|25x25px]] [[Malaysia]] ||58 || 250 || 250 || 100 || 120
|| 2 || 2 || 1 || 1
|-
|-
|}
|}
Baris 233: Baris 232:
||[[Fail:‎Flag of Singapore.svg|border|25x25px]] [[Singapura]] || 143 || 14 || 78 || 8 || 40
||[[Fail:‎Flag of Singapore.svg|border|25x25px]] [[Singapura]] || 143 || 14 || 78 || 8 || 40
|-
|-
||[[Fail:Flag of Malaysia.svg|border|25x25px]] [[Malaysia]] || 2 || 0 || 0 || || 1
||[[Fail:Flag of Malaysia.svg|border|25x25px]] [[Malaysia]] || 2500 || 350 || 450 || || 150
|-
|-
|}
|}
Baris 243: Baris 242:
== Perkembangan terkini Angkatan Tentera Malaysia ==
== Perkembangan terkini Angkatan Tentera Malaysia ==
-->
-->

== Lihat juga ==
== Lihat juga ==
{{commonscat|Military of Malaysia}}
{{commonscat|Military of Malaysia}}

Semakan pada 05:58, 12 Disember 2012

Angkatan Tentera Malaysia
(ATM)
Angkatan Tentera Malaysia
Aktif1 Mac 1933
NegaraMalaysia
KesetiaanDYMM Yang Di-Pertuan Agong
JenisAngkatan Tentera
Saiz120000‡ Tentera Darat, 18000‡ Tentera Laut,15000‡ Tentera Udara.
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Malaysia
PangkalanMarkas Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan
Warna      Biru Muda
      Merah
      Biru Tua
Peringatan16 September
PertempuranPerang Dunia Kedua
Darurat
Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Komander
Panglima Angkatan TenteraJeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkefli Mohd. Zin
Ketua Staf Markas ATMLeftenan Jeneral Raja Datuk Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor
Panglima Angkatan BersamaLaksamana Madya Dato' Jamil bin Osman
Tanda kebesaran
Simbol
pengenalan
Lambang ATM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ialah pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional dengan kata lain ialah pasukan tentera profesional negara Malaysia. ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu; Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia ialah Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Zulkefli Bin Mohd. Zin TDM

Sejarah

Fail:Barisaforce.jpg
Tentera Darat Malaysia - Salah satu ikon ketenteraan yang utama dalam organisasi Angkatan Tentera Malaysia.

Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.

Fail:Ramlan6.JPG
Tentera Laut Diraja Malaysia - Cabang laut ATM

Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat (SSNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila Darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan, Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

Titik mula Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.Sejarah lengkap perkhidmatan ATM boleh dilihat di Laman Tentera Darat, TLDM dan TUDM.

Angkatan Tentera Malaysia mengalami evolusi yang berterusan daripada sekadar pasukan tambahan di dalam Tentera British kepada pasukan menentang insurgensi seterusnya dibentuk menjadi sebuah angkatan konvensional. Pun begitu, pemodenan ATM pula kadangkala dihadang oleh faktor ekonomi[1] dan faktor sumber manusia. Krisis kewangan yang melanda telah menyebabkan beberapa program masih belum melepasi fasa cadangan. Antaranya perolehan kumpulan kedua frigat TLDM, skuadron kedua pesawat tempur pelbagai fungsi TUDM, pesawat amaran awal dan rondaan maritim dan juga helikopter utiliti tambahan. Krisis tenaga manusia pula walaupun belum kritikal, mempunyai kesan yang besar di dalam unit-unit tertentu, terutama yang memerlukan anggota yang memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi[2]. Kekecewaan ini pernah disuarakan oleh bekas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ilyas Din, berikutan kesukaran mendapatkan anggota yang menepati kriteria bagi mengikuti kursus latihan kapal selam[3][4]. Tambahan pula kerjaya tentera dilihat kurang popular berbanding profesyen lain bagi golongan muda yang berpelajaran. Kekurangan minat dikalangan generasi muda terutamanya dari kaum bukan Melayu[5] [6] menyebabkan ATM mengalami sedikit kesukaran merekrut anggota, barangkali didorong kesedaran yang kurang di pihak orang awam dan pemimpin politik terhadap kepentingan ATM. Beberapa kontroversi di dalam perolehan ATM seperti kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi Su-30 MKM dan yang terbaru, helikopter Eurocopter[7] tidak membantu memberikan persepsi yang baik kepada umum.

Organisasi

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) berpangkat Jeneral, Laksamana atau Jeneral TUDM. Beliau adalah ketua profesional ATM yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Beliau memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP).

Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin
Panglima Angkatan Tentera
(PAT)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi Hussin
Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan
Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
(BSPP)
 
 
 
 
Leftenan Jeneral Raja Datuk Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor
Ketua Staf Markas ATM
Markas Angkatan Tentera Malaysia
(MK ATM)
 
Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin
Panglima Angkatan Bersama
Markas Angkatan Bersama
(MK AB)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Jeneral Datuk Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin
Panglima Tentera Darat
Markas Tentera Darat
(MK TD)
 
Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar
Panglima Tentera Laut
Markas Tentera Laut
(MK TL)
 
Jeneral Dato' Sri Rodzali Daud TUDM
Panglima Tentera Udara
Markas Tentera Udara
(MK TU)
 

Markas ATM

Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) adalah markas pemerintahan tertinggi yang diketuai oleh seorang Ketua Staf berpangkat Leftenan Jeneral, Laksamana Madya atau Leftenan Jeneral TUDM. Beliau bertindak sebagai perancang korporat, menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran ketiga-tiga perkhidmatan dan melapor terus kepada Panglima Angkatan Tentera. Struktur organisasi Markas ATM disusun mengikut kod antarabangsa seperti berikut:

  1. Sekretariat (J1)
  2. Perkhidmatan Anggota (J2)
  3. Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (J3)
  4. Bahagian Logistik Pertahanan (J4)
  5. Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)
  6. Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)
  7. Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)
  8. Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)
  9. Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)

Sekretariat (J1)

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

Bahagian Operasi & Latihan (J3)

Bahagian ini dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu Bilik Gerakan Pertahanan, Cawangan Latihan dan Cawangan Pemetaan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang, mengkoordinasi dan mengawasi latihan-latihan yang dijalankan bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain atau dengan angkatan tentera luar negeri. Setakat ini beberapa latihan dan eksesais dua hala dan berbilang hala telah berjaya dilaksanakan. Antara negara-negara yang terlibat ialah Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, United Kingdom dan negara-negara ASEAN.

Bahagian Logistik (J4)

Bahagian Logistik Pertahanan ini telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan Logistik Tiga Khidmat di dalam aspek-aspek Operasi, Latihan dan Pentadbiran. Ia memainkan peranan untuk merancang,pembangunan, penggubalan dasar, bantuan dan latihan bersama/gabungan, pergerakan dan pengangkutan bersama/gabungan, penyelarasan dan pengurusan sumber-sumber logistik di dalam ATM. Bahagian ini diketuai oleh Asisten Ketua Staf (AKS) berpangkat Brigedier Jeneral atau setaraf. Bahagian ini mempunyai tujuh Cawangan di bawahnya dan piagam bagi setiap satu adalah seperti berikut:

Cawangan Dasar Logistik

Cawangan ini bertanggungjawab untuk merancang dan menggubal dasar-dasar logistik untuk mencapai sistem logistik yang efektif dan efisien merangkumi bidang-bidang pergerakan dan pengangkutan, sumber material, kejuruteraan,bekalan, stor ordnans, peralatan pengswastaan dan perumahan ATM.

Cawangan Penyelarasan Bantuan Logistik

Cawangan ini mengendalikan segala tugas-tugas pengurusan logistik serta pengurusan kewangan bagi Markas ATM serta unit-unit 3 khidmat di bawahnya.

Cawangan Perancangan Dan Operasi Bersama

Cawangan ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan pembangunan logistik di dalam ATM. Manakala diperingkat nasional dan antarabangsa serta bantuan logistik kepada operasi dan eksesais ATM, ia dikendalikan di dalam konteks bersama.

Cawangan Perumahan Dan Pembinaan

Cawangan ini berfungsi sebagai staf dan agensi perlaksanaan bagi projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan. Peranannya adalah untuk menyediakan keperluan perumahan dan pembangunan teknikal, serta pemyediaan kemudahan ATM. Ia juga menguruskan penyelenggaraan kem-kem dan kemudahan ATM yang berkaitan.

Projek Simpanan Petroleum

Tim Projek bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Panglima-Panglima di dalam semua perkara ketenteraan dan keperluan bantuan operasi (Petroleum) dan Jawatankuasa Pemandu Petroleum ATM di dalam semua Sistem Bantuan Petroleum sehingga ke tahap akhir operasi depot.

Cawangan Penguasa Katalog ATM

Peranan utama cawangan ini adalah untuk menyelaras, mengawal dan menyatukan serta mengembangkan 'NATO CodificationSystem' di dalam pengurusan inventori ketiga-tiga perkhidmatan ATM dan mengembang ke Jabatan Kerajaan lain apabila berupaya berbuat demikian.

Cawangan Sistem Komputer Logistik

Cawangan Sistem Komputer Logistik (CSKL) berfungsi untuk menyelaras keperluan pengkomputeran dibidang logistik untuk ketiga-tiga Perkhidmatan.

Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sekretarial seperti pentadbiran, urusan protokol dan melakukan tugas-tugas koordinasi seperti menjadi anggota dalam pelbagai jawatankuasa dan lembaga ATM.

Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)

Bahagian ini yang juga dipanggil KOMLEK berperanan untuk memberi kemudahan komunikasi termasuk penghantaran persuratan/utusan ATM secara efektif dan efisien di samping menyelaraskan hal-hal elektronik, komputer, pengurusan maklumat ATM, peperangan elektronik dan informasi. KOMLEK bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut :

  1. Menyelaras semua aspek sistem komunikasi dan elektronik bantuan pemerintahan dan kawalan dalam melaksanakan operasi latihan.
  2. Menggubal dan mengemaskini dasar, doktrin dan prosedur komunikasi dan elektronik peperangan dan latihan bersama serta gabungan.
  3. Merancang dan menyelaraskan pembangunan aset serta prosedur peperangan elektronik dan informasi ATM termasuk penyediaan doktrin, pangkalan data dan penyeragaman sistem dan prosedur KESKOM (Keselamatan Komunikasi) serta kriptografi.
  4. Menentukan penyeragaman semua aspek elektronik dan teknologi alat-alat komunikasi dan elektronik termasuk alat-alat radar dan pengesan menerusi piawaian untuk mewujudkan 'inter-operability'.
  5. Mengurus semua sistem komunikasi strategik dan perhubungan trunk, termasuk sistem P4 dan telefon.
  6. Mengkoordinasi dan membangunkan sistem maklumat pengurusan ATM.
  7. Bekerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta berhubungkait dengan hal-hal komunikasi dan elektronik bagi kepentingan ATM.
  8. Menyelaraskan pengurusan dan pelaksanaan fungsi Lembaga Perhubungan Pertahanan (Defence Signal Board).
  9. Bekerjasama dengan negara-negara sahabat keatas semua aspek komunikasi dan elektronik bagi kepentingan bersama, melalui Kelompok Kerja dan Jawatankuasa Kecil.
  10. Wakil ATM dalam 'Frequency Assignment Committee Singapore, Malaysia and Brunei' (FACSMAB). #Wakil ATM dalam 'Telecommunication Coordinating Committee' (TTC).
  11. Menyelaraskan semua pembangunan dan pengurusan Sistem Komputer ATM, termasuk sebagai ahli tetap kepada Jawatankuasa Teknologi Maklumat KEMENTAH.

Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas hal ehwal perhubungan awam.

Perkhidmatan Perhubungan mempunyai peranan tiga perkhidmatan iaitu perkhidmatan Tentera Darat, Laut dan Udara.

Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)

Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8) berperanan sebagai penyelaras kepada ketiga-tiga Bahagian /Cawangan dan Jabatanarah Pasukan Simpanan ATM dalam aspek pembangunan Angkatan Sukarela dan Simpanan AngkatanTetap.

Bahagian ini bertanggungjawab:

  1. Menggubal dan mengemaskini dasar dan peraturan berkaitan dengan Angkatan Sukarela dan Simpanan Angkatan Tetap. Ini termasuk dasar berkaitan syarat-syarat Perkhidmatan, latihan, gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain.
  2. Bertindak sebagai Liason atau penghubung dengan agensi sektor awam dalam aspek keperluan sumber manusia dan logistik.
  3. Merancang dan menyelaras dasar latihan dan operasi PSAT.
  4. Sebagai Pusat Maklumat mengenai PSAT.
  5. Menyelaras aktiviti latihan bagi Pasukan Simpanan ketiga-tiga Perkhidmatan.
  6. Sebagai penasihat kepada PAT dalam hal-hal yang berkaitan PSAT.

Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)

Perkhidmatan Kesihatan mempunyai peranan memberikan perkhidmatan kesihatan kepada Tentera Darat, Laut dan Udara.

Organisasi Perkhidmatan Kesihatan terdiri daripada :

  1. Organisasi Pemerintah - Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas Medan, Markas Divisyen,Markas Briged dan Batalion dan Rejimen.
  2. Organisasi Medan.
  3. Organisasi Hospital Angkatan Tentera.
  4. Organisasi Pergigian.
  5. Organisasi Kesihatan.
  6. Organisasi Latihan.

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia

Keanggotaan

Dari segi kekuatan anggota, ATM agak kecil dibandingkan dengan tentera negara-negara jiran terdekat. Malahan, Tentera Singapura pun mengatasi Angkatan Tentera Malaysia dari segi keanggotaan keseluruhan. ATM hanya mempunya sedikit kelebihan pada jumlah anggota Tentera Laut dan Tentera Udara.

Negara Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara Tentera Marin
Indonesia[8][9] 348 000 74 000 27 800 29 000
Thailand[10] 190 000 59 500 45 000 19 700
Singapura[11] 372 000* 9 600 13 500
Malaysia 120 000 18 000 15 000

* Termasuk anggota kerahan, Singapura mempunyai pasukan kerahan yang besar

Kekuatan tempur ATM mengalami sedikit pengecilan dari segi keanggotaan berikutan berakhirnya Perang Dingin dan ancaman komunis. Belanjawan peruntukkan pertahanan negara pada tahun 2009 juga dijangka mengalami penurunan sehingga 300 juta ringgit[12] dan sehingga 20 peratus untuk 2010[13]. Tunggak kekuatan ATM ialah Tentera darat Malaysia yang berkekuatan empat divisyen infantri dibawah pemerintahan kor yang dikenali sebagai Markas Medan Tentera Darat. Di bawah empat divisyen ini, Markas Medan boleh menggerakkan kira-kira 48 000 anggota tentera. Di peringkat operasi, Tentera Laut Diraja Malaysia mempunyai tiga markas wilayah laut di bawah kelolaan Markas Armada. Kekuatan teras Tentera Udara Diraja Malaysia terletak pada Markas Operasi Udara yang memerintah tiga divisyen udara. Bagi menyepadukan operasi bersama ATM satu Markas Angkatan Bersama telah diwujudkan[14].

Anggaran 2006 meletakkan kekuatan keseluruhan ATM sekitar 105 000 anggota tetap dan sekitar 40 000 anggota simpanan[15]. Bagaimanapun dari 105 000 anggota tetap, anggota tempur dianggarkan tidak lebih dari 65 000 orang keseluruhan untuk ketiga-tiga perkhidmatan, selebihnya elemen-eleman bantuan dan logistik. Namun, pasukan simpanan akan diperbesar bagi menampung kekurangan anggota tetap sekiranya keperluan. Cadangan menubuhkan pasukan Wataniah di kesemua 222 kawasan parlimen dijangka akan melonjakkan jumlah simpanan sehingga 600 000 anggota[16].

Kelengkapan

ATM juga tidak mempunyai kelebihan yang ketara berbanding kelengkapan tentera negara-negara jiran terutama Singapura. Walaupun ketika ini, ATM menerima perolehan kelengkapan senjata baru yang agak canggih seperti kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi Su-30MKM, namun dalam tempoh tiga hingga lima tahun, kelebihan ini dijangka akan dapat diatasi oleh Indonesia dan Thailand. Disebabkan kelembapan ekonomi, beberapa program pembangunan ATM turut menerima kesan, sama ada ditangguhkan atau tidak diketahui statusnya. Sebagai contoh Program Kapal Ronda Generasi Baru, kumpulan kedua kapal-kapal ini diberitakan akan diteruskan[17], pada penghujung tahun 2010 kerajaan telah menyerahkan surat hasrat kepada syarikat BNS untuk membina kumpulan kedua kapal peronda yang lebih berupaya dan dikenali sebagai SGPV-LCS. Begitu juga perolehan kapal frigat kelas Lekiu kumpulan kedua. Di pihak TUDM pula perolehan skuadron pesawat tempur pelbagai fungsi, dan di pihak TDM perolehan kenderaan perisai baru, masih belum dapat dipastikan tahap pembangunannya. Pada masa yang sama tentera negara jiran dilaporkan, melalui program pembangunan yang proaktif, akan memperolehi aset tempur moden seperti pesawat tempur[18][19][20][21], kapal perang permukaan[22][23] dan kapal selam[24][25][26].

Perolehan aset bagi ATM juga, apabila berlaku, adalah dalam jumlah sedikit barangkali untuk tidak menggusarkan negara-negara jiran. Namun dikhuatiri jumlah perolehan yang sedikit tidak dapat membawa manfaat dari segi kemampuan beroperasi apa lagi untuk mengimbangi kekuatan negara-negara serantau. Sebagai contoh, Tentera Darat Malaysia hanya memperolehi 48 unit kereta kebal utama Bumar Łabędy PT-91M "Pendekar". Jumlah satu rejimen[27] ini mungkin cukup untuk TDM melakukan penyelidikan bagi memperkembangkan doktrin peperangan konvensional mereka, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan untuk diintegrasikan dalam rangka kerja pertahanan yang menyeluruh. Apabila kerajaan mengumumkan penggantian helikopter Nuri dengan pembelian Eurocopter EC725[28], hanya 12[29] buah akan diperolehi bagi menggantikan sejumlah 28 helikopter Nuri. Sama ada pembelian lanjutan akan dibuat atau tidak, belum lagi dapat dipastikan. Setakat ini hanya enam buah kapal akan diperolehi manakala TLDM telah kehilangan 18 buah kapal ronda kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia[30].

Perbandingan aset ATM

Angka-angka dibawah adalah angka semasa dan dijangka berubah dalam masa 3 hingga 5 tahun disebabkan program perolehan senjata yang rancak oleh negara-negara jiran Malaysia.

Tentera Darat
Negara Kereta kebal utama Kenderaan berperisai lain Artileri medan Helikopter
Indonesia 100 1815 560 87
Thailand 381 2248 680 193
Singapura 162 2744 480
Malaysia 6000 5000 30000 1500
Tentera Laut
Negara Kapal kombatan utama¹ Kapal kombatan¹ Kapal kombatan kecil¹ Kapal selam Pesawat
Indonesia[31][32][33] 34 52 2 67
Thailand[34] 1 15 32 87
Singapura[35] 12 18 6
Malaysia 58 250 250 100 120

¹Kapal kombatan utama; pengangkut pesawat, kruiser, pembinasa
Kapal kombatan; frigat, korvet
Kapal kombatan kecil; kapal ronda, OPV

Tentera Udara
Negara Pesawat tempur Pesawat pengangkut Helikopter Amaran awal UAV
Indonesia 84 69 58
Thailand 166 35 28
Singapura 143 14 78 8 40
Malaysia 2500 350 450 150

Aturgerak Angkatan Tentera Malaysia

Semenjak penubuhannya, Angkatan Tentera Malaysia telah diaturgerak dalam berbagai-bagai konflik dan pertempuran. Bermula dengan Perang Dunia Kedua, ATM seterusnya berkhidmat ketika Darurat bagi menghapuskan ancaman komunis. Darurat berakhir pada 1960 manakala insurgensi komunis tamat pada 1989. Pembentukan Malaysia pada 1963 mendapat tentangan Indonesia dan mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Konfrontasi berlarutan sehingga 1966 apabila Sukarno digulingkan. Bermula pada 1960 juga ATM telah mula menyertai misi-misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sehingga kini ATM telah menyertai tidak kurang dari 15 misi antarabangsa di bawah panji-panji PBB.

Lihat juga

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ Program Beli Kereta Perisai Baru Ditangguh, Bernama.com 7 November 2008
  2. ^ Tentera Darat Tekankan Pengambilan Anggota Berpendidikan Tinggi, Mahir Teknologi Dalam Pasukan, Berita Radio RTM, 29 Februari 2008
  3. ^ Dari Forum@navy.mil.my, dipetik dari Majalah Tempur Disember 2006
  4. ^ 60 Rakyat Malaysia Lulus Kursus Asas Kapal Selam, Bernama.com 26 Mei 2006
  5. ^ Tentera: Punca bukan Melayu kurang minat
  6. ^ Ekspo Kerjaya terbesar ATM di Dataran Merdeka, Utusan Malaysia Online, 29 Januari 2009
  7. ^ Pembelian Eurocopter: Skandal Najib didedah, Sabahdaily.com 28 september 2008
  8. ^ Dari wikipedia bahasa Inggeris, bagaimanapun data bercanggah
  9. ^ Center for Strategic and International Studies, 2008
  10. ^ Thailand National Security
  11. ^ Singapore Armed Forces, Encyclopedia of the Nations
  12. ^ Perbelanjaan operasi tentera dikurangkan 10 peratus, Utusan Malaysia Online, 7 September 2008
  13. ^ ATM menggalas amanah rakyat, Utusan Malaysia Online, 16 September 2009
  14. ^ Trend terkini angkatan tentera, Utusan Malaysia Online, 16 Julai 2008
  15. ^ Center for Strategic and International Studies, 2008
  16. ^ Penempatan Askar Wataniah Di Kawasan Parlimen Bukan Untuk Raih Undi, Bernama.com, 29 April 2009
  17. ^ Kerajaan Akan Teruskan Pembinaan Kumpulan Kedua Kapal Ronda Generasi Baru TLDM, Bernama.com 24 November 2008
  18. ^ Gripen agreement between Sweden and Thailand signed, Saab Technologies
  19. ^ Sukhoi to supply six fighters to Indonesia - company, RIA Novosti
  20. ^ Indonesia Wants F-16 Fighters, DefenceNews
  21. ^ Boeing gets F-15 order from Singapore-report, ReutersUK
  22. ^ Singapore Completes Frigate Fleet, DefenceNews
  23. ^ Indonesian Navy`s corvette arrives from Netherlands, ANTARANEWS
  24. ^ Singapore Navy Launches Its First Archer-Class Submarine, Defence Talk, 19 Jun 2009
  25. ^ Indonesia set to buy Russian submarines - news agency, RIA Novosti 19 Oktober 2006
  26. ^ Thailand's submarine ambitions back on agenda, Janes.com
  27. ^ Kor Armor Diraja - Pasukan tempur yang semakin digeruni, Utusan Malaysia Online, 30 Ogos 2003
  28. ^ Eurocopter Dapat Tender Ganti Nuri, Bernama.com, 27 September 2008
  29. ^ Parlimen Ke-12, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga
  30. ^ Maritim Malaysia Terima Sebuah Lagi Kapal TLDM, 18 Disember 2008
  31. ^ Indonesian Navy Fleet
  32. ^ Indonesia wants bigger fleet, Buzzle.com
  33. ^ Inonesia's security burden-Stanley A. Weiss, The Malaysian Insider
  34. ^ Thailand to build offshore patrol vessels, Baird Maritime, 25 Ogos 2009
  35. ^ RSN Assets