Paku Alam VII: Perbezaan antara semakan
Laman baru: {{proses|Penunggang kuda}} '''BRMH Surarjo''' kelahiran Yogyakarta, 9 Desember 1882 adalah putra Paku Alam VI dari permaisuri. Beliau ditinggal mangkat oleh ayahnya saat ... |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
⚫ | '''BRMH Surarjo''' ([[9 Disember]] [[1882]] - [[16 Februari]] [[1937]]) adalah putera [[Paku Alam VI]] daripada [[Dinasti Kartasura]] di [[Pakualaman]]. Dilahirkan di [[Yogyakarta]], bapanya mangkat semasa beliau masih mengejar pendidikannya di HBS [[Semarang]]. Sementara menunggunya menyelesaikan pendidikan, Pemerintah [[Syarikat Hindia Timur Belanda]] mengangkat sebuah [[Dewan Perwalian Pakualaman|Dewan Perwalian]] (Raad van Beheer) untuk menyelenggarakan pemerintahan Pakualaman sehari-hari. Akhirnya pada [[16 Oktober]] [[1906]], beliau diangkat oleh Pemerintah Hindia Belanda sebagai penguasa takhta Pakualaman dengan gelaran "Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Ario Prabu Suryodilogo". Namun upacara rasmi ketakhtaan baru dijalankan pada [[17 Disember]] tahun yang sama. |
||
{{proses|Penunggang kuda}} |
|||
⚫ | '''BRMH Surarjo''' |
||
⚫ | |||
==Pencapaian pentadbiran== |
|||
⚫ | |||
⚫ | Selepas naik takha, Prabu Suryodilogo yang bekerjasama dengan Pemerintah Hindia Belanda melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang sosial dan [[pertanian]]. Beliau kemudian juga membaharui bidang pemerintahan dengan memulakan ''rijksblad'' (sejenis akhbar negara) untuk daerah [[Pakualaman]]. Sikap yang konservatif beransur-ansur digantikan dengan fikiran yang moden dan pandangan yang luas. Pada [[10 Oktober]] [[1921]], beliau menggunakan gelaran "Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Ario Paku Alam VII" dan diberikan pangkat Kolonel Titular oleh Pemerintah Hindia Belanda. Pembaharuan tidak berhenti pada tahun itu tetapi terus berlanjut, terutamanya dalam penyempurnaan pengelolaan anggaran kewangan. Pemerintahan desa pun tidak terlepas daripada pembenahan dan penyusunan semula. Status kewarganegaraan penduduk dipertegas dengan membezakan antara warganegara (kawulo kerajaan/kadipaten) dan bukan warganegara (kawulo gubermen). |
||
⚫ | Di samping menjalankan pemerintahan, perhatian Paku Alam VII juga ditujukan kepada [[kesenian]]. Persembahan wayang pentas berkembang dengan baik. Semasa menyambut tetamu-tetamu dari luar negeri, beliau seringnya menjamu mereka dengan wayang pentas serta tarian [[beksan]] (tarian klasik). Dalam bidang [[pendidikan]], beliau mendirikan sekolah-sekolah di daerah Adikarto (bahagian selatan Kabupaten [[Kulon Progo]] sekarang) serta menubuhkan sebuah lembaga biasisiwa untuk memudahkan pengejaran pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. |
||
⚫ | Pada 5 Januari 1909 Paku Alam VII |
||
⚫ | Pada [[5 Januari]] [[1909]], Paku Alam VII menikahi GBRA Retno Puwoso, puteri dari [[Pakubuwono X]], Sunan [[Surakarta]] dan dikurniakan dengan tujuh orang putera-puteri. Beliau mangkat ketika mengunjungi [[Belanda]] untuk menghadiri [[upacara perkahwinan]] [[Juliana dari Belanda|Puteri Juliana]], Puteri Mahkota [[Belanda]], dan Putera [[Bernhard dari Lippe-Biesterfeld]]. Mayatnya dihantar balik ke Indonesia pada [[16 Februari]] [[1937]] dan beliau dimakamkan di Girigondo Adikarto (sekarang bahagian selatan Kabupaten [[Kulon Progo]]) pada 18 Februari. |
||
== Rujukan == |
== Rujukan == |
||
Baris 12: | Baris 13: | ||
==Pautan luar== |
==Pautan luar== |
||
* {{en}} [http://www.4dw.net/royalark/Indonesia/pakuala3.htm Pakualaman - |
* {{en}} [http://www.4dw.net/royalark/Indonesia/pakuala3.htm Pakualaman - Genealogi Dinasti Kartasura] |
||
{{kotak mulai}} |
{{kotak mulai}} |
Semakan pada 06:08, 7 April 2007
BRMH Surarjo (9 Disember 1882 - 16 Februari 1937) adalah putera Paku Alam VI daripada Dinasti Kartasura di Pakualaman. Dilahirkan di Yogyakarta, bapanya mangkat semasa beliau masih mengejar pendidikannya di HBS Semarang. Sementara menunggunya menyelesaikan pendidikan, Pemerintah Syarikat Hindia Timur Belanda mengangkat sebuah Dewan Perwalian (Raad van Beheer) untuk menyelenggarakan pemerintahan Pakualaman sehari-hari. Akhirnya pada 16 Oktober 1906, beliau diangkat oleh Pemerintah Hindia Belanda sebagai penguasa takhta Pakualaman dengan gelaran "Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Ario Prabu Suryodilogo". Namun upacara rasmi ketakhtaan baru dijalankan pada 17 Disember tahun yang sama.
Pencapaian pentadbiran
Selepas naik takha, Prabu Suryodilogo yang bekerjasama dengan Pemerintah Hindia Belanda melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang sosial dan pertanian. Beliau kemudian juga membaharui bidang pemerintahan dengan memulakan rijksblad (sejenis akhbar negara) untuk daerah Pakualaman. Sikap yang konservatif beransur-ansur digantikan dengan fikiran yang moden dan pandangan yang luas. Pada 10 Oktober 1921, beliau menggunakan gelaran "Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Ario Paku Alam VII" dan diberikan pangkat Kolonel Titular oleh Pemerintah Hindia Belanda. Pembaharuan tidak berhenti pada tahun itu tetapi terus berlanjut, terutamanya dalam penyempurnaan pengelolaan anggaran kewangan. Pemerintahan desa pun tidak terlepas daripada pembenahan dan penyusunan semula. Status kewarganegaraan penduduk dipertegas dengan membezakan antara warganegara (kawulo kerajaan/kadipaten) dan bukan warganegara (kawulo gubermen).
Di samping menjalankan pemerintahan, perhatian Paku Alam VII juga ditujukan kepada kesenian. Persembahan wayang pentas berkembang dengan baik. Semasa menyambut tetamu-tetamu dari luar negeri, beliau seringnya menjamu mereka dengan wayang pentas serta tarian beksan (tarian klasik). Dalam bidang pendidikan, beliau mendirikan sekolah-sekolah di daerah Adikarto (bahagian selatan Kabupaten Kulon Progo sekarang) serta menubuhkan sebuah lembaga biasisiwa untuk memudahkan pengejaran pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
Pada 5 Januari 1909, Paku Alam VII menikahi GBRA Retno Puwoso, puteri dari Pakubuwono X, Sunan Surakarta dan dikurniakan dengan tujuh orang putera-puteri. Beliau mangkat ketika mengunjungi Belanda untuk menghadiri upacara perkahwinan Puteri Juliana, Puteri Mahkota Belanda, dan Putera Bernhard dari Lippe-Biesterfeld. Mayatnya dihantar balik ke Indonesia pada 16 Februari 1937 dan beliau dimakamkan di Girigondo Adikarto (sekarang bahagian selatan Kabupaten Kulon Progo) pada 18 Februari.
Rujukan
Soedarisman Poerwokoesoemo, KPH, Mr (1985) KADIPATEN PAKUALAMAN, Yogyakarta: Percetakan Universiti Gadjah Mada.
Pautan luar
- (Inggeris) Pakualaman - Genealogi Dinasti Kartasura
Didahului oleh: Paku Alam VI |
Pangeran Paku Alam di Yogyakarta 1906-1937 |
Digantikan oleh: Paku Alam VIII |