Lingkungan suara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Baris 3: Baris 3:


==Kejituan lingkungan suara==
==Kejituan lingkungan suara==
Lingkungan suara atau vokal adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperjelaskan kejituannya begitu juga bukanlah senang untuk membandingkan lingkungan suara penyanyi-penyanyi untuk genre-genre yang berlainan. Kualiti tonal suara untuk menentukan jenis-jenis suara adalah juga sepenting lingkungan nota muzik.
Lingkungan suara atau vokal adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperjelaskan kejituannya begitu juga bukanlah senang untuk membandingkan lingkungan suara [[penyanyi]]-penyanyi untuk genre-genre yang berlainan. Kualiti tonal suara untuk menentukan jenis-jenis suara adalah juga sepenting lingkungan nota [[muzik]].


Definasi di atas adalah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ianya bermaksud sebagai perbandingan untuk nota tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh suara. Penjelasan umum ini walau bagaimanapun, selalunya tidak boleh dimaksudkan sebagai penjelasan untuk erti sebenar “lingkungan suara” secara amnya. Ini adalah kerana sesetengah nota yang boleh dihasilkan oleh suara, tidak dianggap sebagai “kegunaan untuk muzik” untuk beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila kita berbincang mengenai lingkungan suara seorang penyanyi opera lelaki, penggunaan pic falseto tidak boleh diambil kira kerana ianya tidak digunakan di dalam nyanyian opera. Penyanyi “doo-wop” lelaki dan juga penyanyi koir lelaki pula menggunakan banyak pic falseto, oleh itu penggunaan nada tinggi melalui falseto ini dikira di dalam definasi lingkungan suara mereka.
Definasi di atas adalah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ianya bermaksud sebagai perbandingan untuk nota tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh suara. Penjelasan umum ini walau bagaimanapun, selalunya tidak boleh dimaksudkan sebagai penjelasan untuk erti sebenar “lingkungan suara” secara amnya. Ini adalah kerana sesetengah nota yang boleh dihasilkan oleh suara, tidak dianggap sebagai “kegunaan untuk muzik” untuk beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila kita berbincang mengenai lingkungan suara seorang [[penyanyi]] [[opera]] [[lelaki]], penggunaan pic [[falseto]] tidak boleh diambil kira kerana ianya tidak digunakan di dalam nyanyian [[opera]]. [[Penyanyi ]] “doo-wop” [[lelaki]] dan juga [[penyanyi]] [[koir]] [[lelaki]] pula menggunakan banyak pic [[falseto]], oleh itu penggunaan nada tinggi melalui [[falseto]] ini dikira di dalam definasi lingkungan suara mereka.


Oleh sebab ini, apabila perbincangan mengenai lingkungan suara dibuat, penjelasan dan penggunaan yang tepat amat penting untuk menentukan lingkungan suara perlu ditekankan. Sebagai contohnya, kita boleh berkata bahawa seorang penyanyi lelaki mempunyai dua dan satu setengah oktaf di dalam suara penuh dan tambahan satu setengah oktaf di dalam falseto.
Oleh sebab ini, apabila perbincangan mengenai lingkungan suara dibuat, penjelasan dan penggunaan yang tepat amat penting untuk menentukan lingkungan suara perlu ditekankan. Sebagai contohnya, kita boleh berkata bahawa seorang [[penyanyi]] [[lelaki ]] mempunyai dua dan satu setengah oktaf di dalam suara penuh dan tambahan satu setengah oktaf di dalam [[falseto]].


Untuk penyanyi wanita pula, kita boleh berkata bahawa penyanyi tersebut mempunyai lingkungan penuh dua oktaf ditambahkan dengan tiga major di bawah dua yang hanya senang didengari dengan tambahan amplifikasi. Walau bagaimanapun, sehingga kini kita masih tidak ada satu piawaian untuk klasifikasi diluar dari bidang muzik klasikal, begitu juga dengan jenis nyanyian bukan amplifikasi.
Untuk [[penyanyi]] [[perempuan|wanita]]) pula, kita boleh berkata bahawa [[penyanyi]] tersebut mempunyai lingkungan penuh dua oktaf ditambahkan dengan tiga major di bawah dua yang hanya senang didengari dengan tambahan amplifikasi. Walau bagaimanapun, sehingga kini kita masih tidak ada satu piawaian untuk klasifikasi diluar dari bidang [[muzik klasikal]], begitu juga dengan jenis nyanyian bukan amplifikasi.


==Lingkungan suara dalam muzik klasikal==
==Lingkungan suara dalam muzik klasikal==

Semakan pada 08:55, 9 April 2007

Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Suara manusia boleh diklasifikasikan mengikut lingkungan suara individu menerusi pic atau nada yang tertinggi dan terendah yang boleh dibuat

Kejituan lingkungan suara

Lingkungan suara atau vokal adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperjelaskan kejituannya begitu juga bukanlah senang untuk membandingkan lingkungan suara penyanyi-penyanyi untuk genre-genre yang berlainan. Kualiti tonal suara untuk menentukan jenis-jenis suara adalah juga sepenting lingkungan nota muzik.

Definasi di atas adalah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ianya bermaksud sebagai perbandingan untuk nota tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh suara. Penjelasan umum ini walau bagaimanapun, selalunya tidak boleh dimaksudkan sebagai penjelasan untuk erti sebenar “lingkungan suara” secara amnya. Ini adalah kerana sesetengah nota yang boleh dihasilkan oleh suara, tidak dianggap sebagai “kegunaan untuk muzik” untuk beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila kita berbincang mengenai lingkungan suara seorang penyanyi opera lelaki, penggunaan pic falseto tidak boleh diambil kira kerana ianya tidak digunakan di dalam nyanyian opera. Penyanyi “doo-wop” lelaki dan juga penyanyi koir lelaki pula menggunakan banyak pic falseto, oleh itu penggunaan nada tinggi melalui falseto ini dikira di dalam definasi lingkungan suara mereka.

Oleh sebab ini, apabila perbincangan mengenai lingkungan suara dibuat, penjelasan dan penggunaan yang tepat amat penting untuk menentukan lingkungan suara perlu ditekankan. Sebagai contohnya, kita boleh berkata bahawa seorang penyanyi lelaki mempunyai dua dan satu setengah oktaf di dalam suara penuh dan tambahan satu setengah oktaf di dalam falseto.

Untuk penyanyi wanita) pula, kita boleh berkata bahawa penyanyi tersebut mempunyai lingkungan penuh dua oktaf ditambahkan dengan tiga major di bawah dua yang hanya senang didengari dengan tambahan amplifikasi. Walau bagaimanapun, sehingga kini kita masih tidak ada satu piawaian untuk klasifikasi diluar dari bidang muzik klasikal, begitu juga dengan jenis nyanyian bukan amplifikasi.

Lingkungan suara dalam muzik klasikal

Lingkungan suara adalah sesuatu yang amat penting di dalam muzik klasikal (opera). Di dalam opera, dua pertimbangan yang dianggap sebagai prinsip pemilihan adalah; kualiti suara di dalam lingkungan suara yang konsisten dan mempunyai kebolehan untuk menyebut sebutan nyanyian yang jelas dalam pic yang tinggi melebihi bunyi muzik orkhestra (Tidak semestinya nada yang tinggi sahaja tetapi kekerapannya agak tinggi untuk pemegang watak utama lelaki dan wanita). Oleh sebab ini, lingkungan suara penyanyi lelaki opera ditimbang dengan nada pic yang dihasilkan di dalam suara penuh, tanpa penggunaan falseto, yang menghasilkan nada suara yang keras berbanding dengan nota rendah penyanyi-penyanyi lelaki genre lain.

Pertimbangan untuk lingkungan suara penyanyi opera wanita) pula agak berbeza dan lebih bebas. Kriteria yang sama juga digunakan untuk ini tetapi wanita) yang memiliki suara yang paling tinggi (penyanyi soprano) sesekali boleh juga menbentuk daftar tingkat flageolet untuk mencapai nota tertinggi walaupun ianya sedikit sebanyak mengubah warna bunyi suara penyanyi tersebut. Walau bagaimana pun, sekiranya penyanyi tersebut tidak boleh menyampaikan pic dengan betul, suara beliau tidak dikira sebagai berada di dalam lingkungan suara tersebut.

Klasifikasi lingkungan suara dalam muzik klasikal solo

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
Soprano
Alto
Tenor
Bes


Lingkungan asas (kebiasaannya digunakan):

Lingkungan fizikal suara (berlainan dari setiap penyanyi; tidak termasuk penggunaan falseto - teknik pemalsuan suara):

  • Soprano: C4 - C6
  • Soubret: C#4 - F#5
  • Mezzo-soprano - G3 - A5
  • Kontralto: F#3 - F#5
  • Tenor: B2 - D5
  • Bariton: F2 - G4
  • Bes: C2 - D4

(Penggunaan falseto boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi lelaki untuk naik satu oktaf keatas dan juga boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi wanita untuk naik menghampiri satu oktaf kebawah)

Pengaruhan lingkungan suara

Jenis vokal di dalam lingkungan suara di atas selalunya boleh dicapai melalui latihan atau bakat semulajadi, namun ia juga boleh terjadi atau berubah mengikut perubahan fisiologi. Contoh yang paling ketara ialah penyanyi kastrato yang dikembirikan semasa kecil (lelaki) untuk meninggikan suara dan juga untuk merendahkan suara melalui menghisap rokok atau tembakau.

Peranan di dalam opera

Keseluruhan rencana ini masih dalam pembinaan - Jay 04:17, 30 Mac 2007 (UTC)

Lingkungan suara dalam muzik popular

Keseluruhan rencana ini masih dalam pembinaan - Jay 04:17, 30 Mac 2007 (UTC)

Frekuensi suara

Di dalam kiraan frekuensi, suara manusia adalah di dalam lingkungan 250Hz hingga ke 3kHz, diukur untuk suara semulajadi lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, rekod dunia melaporkan terdapat suara tertinggi dan terendah manusia yang menjangkaui di luar lingkungan ini, sehingga melebihi lingkungan pendengaran manusia.

Rekod dunia untuk lingkungan suara yang ekstrim

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat sesetengah suara ekstrim yang jarang dimiliki oleh penyanyi – penyanyi di dunia. Pada tahun 2006, buku rekod Guiness melaporkan beberapa kategori orang yang mempunyai suara ekstrim seperti yang tersenarai di bawah:

Wanita

  • Lingkungan terbesar: Lapan oktaf G2-G10, Georgia Brown, dari Brazil (Lihat di sini)
  • Nota vokal tertinggi : G10 (25087Hz), Georgia Brown, dari Brazil

Lelaki

  • Lingkungan terbesar: Enam oktaf, Tim Storms, dari USA (Lihat di sini)
  • Nota vokal tertinggi : C#8, Adam Lopez, dari Australia (Lihat di sini)
  • Nota vokal terendah : B-2 (minus 2, 2 oktaf di bawah grand staff) (7.7Hz), Tim Storms, dari USA

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

(Untuk pemahaman lanjut)

Pautan luar