Lingkungan suara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Baris 43: Baris 43:


(Penggunaan falseto boleh melanjutkan lingkungan suara [[penyanyi]] [[lelaki]] untuk naik satu oktaf keatas dan juga boleh melanjutkan lingkungan suara [[penyanyi]] [[perempuan|wanita]] untuk naik menghampiri satu oktaf kebawah)
(Penggunaan falseto boleh melanjutkan lingkungan suara [[penyanyi]] [[lelaki]] untuk naik satu oktaf keatas dan juga boleh melanjutkan lingkungan suara [[penyanyi]] [[perempuan|wanita]] untuk naik menghampiri satu oktaf kebawah)

Lingkungan empat yang pertama kebiasaannya dinyanyikan oleh [[penyanyi]] [[perempuan|wanita]] dan tiga yang terakhir adalah untuk [[penyanyi]] [[lelaki]]. [[Lelaki]] yang memiliki suara yang tinggi dirujukkan sebagai [[Tenor|kauntertenor]] dan ketinggian suara [[Tenor|kauntertenor]] diletakkan bersamaan dengan senarai empat yang pertama. [[Penyanyi]] [[soprano]] [[lelaki]] dikenali sebagai [[sopranis]] dan kebiasaannya menpunyai suara yang lebih tinggi daripada [[penyanyi]] [[soprano]] [[perempuan|wanita]]. [[Kontralto]] dahulunya dikenali sebagai [[penyanyi]] [[tenor]] tetapi kini tidak lagi digunakan dan digalakkan penggunaanya. Amat jarang untuk [[penyanyi]] [[lelaki]] kini memiliki atau menyanyikan bahagian lingkungan suara [[penyanyi]] [[perempuan|wanita]].


===Pengaruhan lingkungan suara===
===Pengaruhan lingkungan suara===

Semakan pada 09:50, 9 April 2007

Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Suara manusia boleh diklasifikasikan mengikut lingkungan suara individu menerusi pic atau nada yang tertinggi dan terendah yang boleh dibuat

Kejituan lingkungan suara

Lingkungan suara atau vokal adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperjelaskan kejituannya begitu juga bukanlah senang untuk membandingkan lingkungan suara penyanyi-penyanyi untuk genre-genre yang berlainan. Kualiti tonal suara untuk menentukan jenis-jenis suara adalah juga sepenting lingkungan nota muzik.

Definasi di atas adalah sebuah penjelasan yang terlalu umum untuk lingkungan suara. Ianya bermaksud sebagai perbandingan untuk nota tertinggi dan terendah yang boleh dihasilkan oleh suara. Penjelasan umum ini walau bagaimanapun, selalunya tidak boleh dimaksudkan sebagai penjelasan untuk erti sebenar “lingkungan suara” secara amnya. Ini adalah kerana sesetengah nota yang boleh dihasilkan oleh suara, tidak dianggap sebagai “kegunaan untuk muzik” untuk beberapa sebab tertentu. Seperti contohnya, apabila kita berbincang mengenai lingkungan suara seorang penyanyi opera lelaki, penggunaan pic falseto tidak boleh diambil kira kerana ianya tidak digunakan di dalam nyanyian opera. Penyanyi “doo-wop” lelaki dan juga penyanyi koir lelaki pula menggunakan banyak pic falseto, oleh itu penggunaan nada tinggi melalui falseto ini dikira di dalam definasi lingkungan suara mereka.

Oleh sebab ini, apabila perbincangan mengenai lingkungan suara dibuat, penjelasan dan penggunaan yang tepat amat penting untuk menentukan lingkungan suara perlu ditekankan. Sebagai contohnya, kita boleh berkata bahawa seorang penyanyi lelaki mempunyai dua dan satu setengah oktaf di dalam suara penuh dan tambahan satu setengah oktaf di dalam falseto.

Untuk penyanyi wanita pula, kita boleh berkata bahawa penyanyi tersebut mempunyai lingkungan penuh dua oktaf ditambahkan dengan tiga major di bawah dua yang hanya senang didengari dengan tambahan amplifikasi. Walau bagaimanapun, sehingga kini kita masih tidak ada satu piawaian untuk klasifikasi diluar dari bidang muzik klasikal, begitu juga dengan jenis nyanyian bukan amplifikasi.

Lingkungan suara dalam muzik klasikal

Lingkungan suara adalah sesuatu yang amat penting di dalam muzik klasikal (opera). Di dalam opera, dua pertimbangan yang dianggap sebagai prinsip pemilihan adalah; kualiti suara di dalam lingkungan suara yang konsisten dan mempunyai kebolehan untuk menyebut sebutan nyanyian yang jelas dalam pic yang tinggi melebihi bunyi muzik orkestra (Tidak semestinya nada yang tinggi sahaja tetapi kekerapannya agak tinggi untuk pemegang watak utama lelaki dan wanita). Oleh sebab ini, lingkungan suara penyanyi lelaki opera ditimbang dengan nada pic yang dihasilkan di dalam suara penuh tanpa penggunaan falseto, yang menghasilkan nada suara yang keras berbanding dengan nota rendah penyanyi-penyanyi lelaki genre lain.

Pertimbangan untuk lingkungan suara penyanyi opera wanita pula agak berbeza dan lebih bebas. Kriteria yang sama juga digunakan untuk ini tetapi wanita yang memiliki suara yang paling tinggi (penyanyi soprano) sesekali boleh juga menbentuk daftar tingkat flageolet untuk mencapai nota tertinggi walaupun ianya sedikit sebanyak mengubah warna bunyi suara penyanyi tersebut. Walau bagaimana pun, sekiranya penyanyi tersebut tidak boleh menyampaikan pic dengan betul, suara beliau tidak dikira sebagai berada di dalam lingkungan suara tersebut.

Muzik koir (Koral) dianggap sebagai kurang tegas berbanding dengan opera. Berlawanan dengan opera, koir mengamalkan nyanyian beramai-ramai menjadikan suara individu sebagai kurang penting dan tidak jelas. Sebagai contoh, nyanyian koir boleh juga menyanyikan nota yang rendah sepertimana nota yang dibuat untuk persembahan nyanyian opera. Walaupun sebenarnya tidak ada penyanyi di dalam kumpulan koir tersebut yang mampu menyanyikan nada serendah itu, namun apabila sekumpulan penyanyi menyanyi beramai-ramai, nada serendah begitu boleh dihasilkan.

Di dalam muzik koral, lingkungan suara kebiasaannya dipecahkan tidak mengikut tiga bahagian penyanyi mengikut jantina seperti nyanyian opera, tetapi dipecahkan mengikut dua bahagian untuk lelaki dan wanita seperti – Soprano, Alto, Tenor, Bes atau empat bahagian untuk satu jantina seperti Soprano 1, Soprano 2, Alto 1, Alto 2, Tenor 1, Tenor 2, Bes 1 (atau bariton), Bes 2.

Klasifikasi lingkungan suara dalam muzik klasikal solo

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
Soprano
Alto
Tenor
Bes

Klasifikasi lingkungan suara di bawah kebiasaannya digunakan di dalam muzik klasikal untuk surara tertinggi dan terendah. Ianya lebih merupakan senarai asas kerana lingkungan suara yang sebenar berlainan dari seorang penyanyi kepada yang lain. [1]

Lingkungan asas (kebiasaannya digunakan):

Lingkungan fizikal suara (berlainan dari setiap penyanyi; tidak termasuk penggunaan falseto - teknik pemalsuan suara):

  • Soprano: C4 - C6
  • Soubret: C#4 - F#5
  • Mezzo-soprano - G3 - A5
  • Kontralto: F#3 - F#5
  • Tenor: B2 - D5
  • Bariton: F2 - G4
  • Bes: C2 - D4

(Penggunaan falseto boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi lelaki untuk naik satu oktaf keatas dan juga boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi wanita untuk naik menghampiri satu oktaf kebawah)

Lingkungan empat yang pertama kebiasaannya dinyanyikan oleh penyanyi wanita dan tiga yang terakhir adalah untuk penyanyi lelaki. Lelaki yang memiliki suara yang tinggi dirujukkan sebagai kauntertenor dan ketinggian suara kauntertenor diletakkan bersamaan dengan senarai empat yang pertama. Penyanyi soprano lelaki dikenali sebagai sopranis dan kebiasaannya menpunyai suara yang lebih tinggi daripada penyanyi soprano wanita. Kontralto dahulunya dikenali sebagai penyanyi tenor tetapi kini tidak lagi digunakan dan digalakkan penggunaanya. Amat jarang untuk penyanyi lelaki kini memiliki atau menyanyikan bahagian lingkungan suara penyanyi wanita.

Pengaruhan lingkungan suara

Jenis vokal di dalam lingkungan suara di atas selalunya boleh dicapai melalui latihan atau bakat semulajadi, namun ia juga boleh terjadi atau berubah mengikut perubahan fisiologi. Contoh yang paling ketara ialah penyanyi kastrato yang dikembirikan semasa kecil (lelaki) untuk meninggikan suara dan juga untuk merendahkan suara melalui menghisap rokok atau tembakau.

Peranan di dalam opera

Masih dalam pembinaan - Jay 08:56, 9 April 2007 (UTC)

Lingkungan suara dalam muzik popular

Masih dalam pembinaan - Jay 08:56, 9 April 2007 (UTC)

Frekuensi suara

Di dalam kiraan frekuensi, suara manusia adalah di dalam lingkungan 250Hz hingga ke 3kHz, diukur untuk suara semulajadi lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, rekod dunia melaporkan terdapat suara tertinggi dan terendah manusia yang menjangkaui di luar lingkungan ini, sehingga melebihi lingkungan pendengaran manusia.

Rekod dunia untuk lingkungan suara yang ekstrim

Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat sesetengah suara ekstrim yang jarang dimiliki oleh penyanyi – penyanyi di dunia. Pada tahun 2006, buku rekod Guiness melaporkan beberapa kategori orang yang mempunyai suara ekstrim seperti yang tersenarai di bawah:

Wanita

  • Lingkungan terbesar: Lapan oktaf G2-G10, Georgia Brown, dari Brazil (Lihat di sini)
  • Nota vokal tertinggi : G10 (25087Hz), Georgia Brown, dari Brazil

Lelaki

  • Lingkungan terbesar: Enam oktaf, Tim Storms, dari USA (Lihat di sini)
  • Nota vokal tertinggi : C#8, Adam Lopez, dari Australia (Lihat di sini)
  • Nota vokal terendah : B-2 (minus 2, 2 oktaf di bawah grand staff) (7.7Hz), Tim Storms, dari USA

Rujukan

Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris

(Untuk pemahaman lanjut)

Pautan luar