Resolusi Perhimpunan Agung PBB 67/19: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Makecat-bot (bincang | sumb.)
EmausBot (bincang | sumb.)
Baris 38: Baris 38:
[[es:Resolución 67/19 de la Asamblea General de las Naciones Unidas]]
[[es:Resolución 67/19 de la Asamblea General de las Naciones Unidas]]
[[fr:Résolution 67/19 de l'Assemblée générale des Nations unies]]
[[fr:Résolution 67/19 de l'Assemblée générale des Nations unies]]
[[gl:Resolución 67/19 da Asemblea Xeral das Nacións Unidas]]
[[it:Risoluzione 67/19 dell'Assemblea generale delle Nazioni Unite]]
[[it:Risoluzione 67/19 dell'Assemblea generale delle Nazioni Unite]]
[[he:החלטה 67/19 של העצרת הכללית של האו"ם]]
[[he:החלטה 67/19 של העצרת הכללית של האו"ם]]

Semakan pada 22:22, 23 Disember 2012

PBB Perhimpunan Umum
Resolusi 67/19
Tarikh: 29 November 2012
Bil. mesyuarat: Pleno ke-44
Kod: A/RES/67/19 (Document)

Undian: Set.: 138 Kec.: 41 Ttg.: 9
Perkara: Persoalan Palestin
Keputusan: Palestin diberikan status negara pemerhati bukan anggota.

Resolusi Perhimpunan Agung PBB 67/19 ialah satu resolusi berkenaan kemasukan Palestin sebagai negara bukan anggota PBB. Ia diterima sesi ke-67 Perhimpunan Agung PBB pada 29 November 2012, hari Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Rakyat Palestin (ulang tahun tarikh Perhimpunan Agung menerima Resolusi 181(II)[1] mengenai kerajaan masa hadapan Palestin), dengan itu menaik taraf keanggotaannya daripada entiti bukan-anggota kepada negara bukan-anggota. Ia dicadangkan oleh wakil Palestin di PBB.[2] Walaupun dianggap meluas sebagai simbolik, usul ini diluluskan.[2] Status baharu ini menyamakan Palestin dengan Kota Vatican.[3]

Status baharu tersebut merupakan pengiktirafan tidak langsung tuntutan Palestin terhadap kenegaraan di Tebing Barat, Baitul Muqaddis Timur dan Genting Gaza. Ia membolehkan mereka menyertai beberapa agensi PBB, serta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).[4]

Undian

Keputusan undian:
  Menyokong   Menentang   Berkecuali   Tidak hadir   Bukan-anggota

Usul ini dibawah oleh wakil Palestin di PBB.[2]

138 negara anggota menyokong manakala 9 menentang. 41 negara berkecuali dan 5 anggota tidak hadir.[5]

Rujukan

  1. ^ "PM Utus Ucapan Selamat Menyambut Hari Perpaduan Antarabangsa Kepada Palestin". mStar Online. 30 November 2009. Dicapai pada 30 November 2012.
  2. ^ a b c "Palestine poised for symbolic but historic victory at UN". Zee News. Dicapai pada 29 November 2012.
  3. ^ Karl Vick (22 November 2012). "Why Palestine Will Win Big at the UN". Time. Dicapai pada 29 November 2012.
  4. ^ "Undi PBB: Palestin naik taraf negara bukan ahli". HarakahDaily. 30 November 2009. Dicapai pada 30 November 2012.
  5. ^ GENERAL ASSEMBLY VOTES OVERWHELMINGLY TO ACCORD PALESTINE. Capaian 4 Disember 2012