1Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adikhebat (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4: Baris 4:
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju [[Wawasan 2020]] serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] dan Tun [[Abdullah Ahmad Badawi]].<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu]</ref>
Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju [[Wawasan 2020]] serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr [[Mahathir Mohamad]] dan Tun [[Abdullah Ahmad Badawi]].<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu]</ref>


Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.<ref>[Elak diperdaya blog kelirukan konsep Satu Malaysia - Sapawi]</ref> Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm 1Malaysia sediakan garis permulaan yang adil]</ref>
Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm Elak diperdaya blog kelirukan konsep Satu Malaysia - Sapawi]</ref> Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm 1Malaysia sediakan garis permulaan yang adil]</ref>


Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm Satu Malaysia bukan retorik politik - PM]</ref>
Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm Satu Malaysia bukan retorik politik - PM]</ref>

Semakan pada 12:16, 27 Disember 2012

Logo rasmi 1 Malaysia

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[1]

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang.[2] Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.[3]

Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.[4]

Slogan 1Malaysia

Slogan "Satu Malaysia" pada tahun 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Slogan pada tahun 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut juga adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dan ke-53. Manakala pada tahun 2011 pula, tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" dipilih bagi mewarnai hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54.

Tahun Tema
2009 Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
2010 Menjana Transformasi
2011 Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
2012 Janji Ditepati

Logo 1Malaysia

Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Adaptasi dari One Israel

Pada 18 Mac 2010, Datuk Nazri akan membawa tuduhan Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen dipengerusikan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Tuduhan itu berhubung dakwaan Anwar bahawa firma konsultan APCO Worldwide [5] dipimpin oleh bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat yang telah mengasaskan slogan One Israel [6]. Anwar mendakwa bahawa pada 1999, APCO telah membantu Perdana Menteri Israel Ehud Barak menerusi One Israel. Sedangkan Malaysia menyokong Palestin dan menentang gerakan Zionis .[7] Dakwaan itu dinafikan oleh APCO yang menyatakan ia dilantik oleh kerajaan Malaysia selepas konsep 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. [8]. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebaliknya berkata hanya Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat yang boleh menentukan bentuk hukuman terhadap Ketua Pembangkang itu, yang biasanya merujuk kepada kes-kes lalu umpamanya yang membabitkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.[9]

Kekeliruan maksud

Terdapat dakwaan oleh pihak pembangkang bahawa maksud 1Malaysia masih tidak difahami oleh majoriti rakyat Malaysia . Pemahaman orang Melayu dan bukan Melayu sangat berbeza[perlu rujukan]. Pada 2 Ogos 2010, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pengertian slogan 1Malaysia dijelaskan dengan terperinci bagi mengelak ia disalah erti rakyat. Masing-masing mempunyai pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan kerana pemahaman setiap agama itu berbeza dan dengan ini saya berasakan ia perlu diperjelaskan dengan terperinci bagi mengelak salah tanggapan.[10][11]

Perdana Menteri Malaysia menjelaskan gagasan ini berteraskan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ia tidak seharusnya lari daripada apa yang terkandung dan semangat yang ada dalam perlembagaan. Soal hak Bumiputera, bahasa, budaya, kedudukan raja dan agama tidak harus berubah.

Bangsa Malaysia

Pada 5 Ogos 2010 , Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz mempertahankan konsep 1 Malaysia . Beliau turut mempertikaikan konsep 'Bangsa Malaysia' yang diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu. Sepatutnya biarkan konsep itu berkembang sendiri (evolusi) dan tidak ada tempoh masa tertentu. [12]

Pengharaman penggunaan logo 1 Malaysia di papan iklan di Selangor

Pada 22 Disember 2011, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu telah mengumumkan pengharaman logo 1 Malaysia di papan-papan iklan yang berada di negeri Selangor, kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.[13] Namun begitu, larangan penggunaan logo 1 Malaysia itu telah ditarik balik semula oleh Kerajaan Negeri Selangor, kerana dasar larangan tersebut telah mengenepikan nilai demokrasi yang sepatutnya diamalkan di negeri Selangor.[14]

Rujukan

Pautan luar