Orang Zapotec: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SassoBot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: simple:Zapotec people
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: sh:Zapoteci
Baris 57: Baris 57:
[[simple:Zapotec people]]
[[simple:Zapotec people]]
[[sr:Запотеци]]
[[sr:Запотеци]]
[[sh:Zapoteci]]
[[fi:Sapoteekit]]
[[fi:Sapoteekit]]
[[sv:Zapoteker]]
[[sv:Zapoteker]]

Semakan pada 06:59, 28 Disember 2012

Zapotec
Heliodoro Charis, Benito Juárez
Kawasan ramai penduduk
Mexico (Terutamanya Oaxaca, Guerrero, Jalisco dan Bandaraya Mexico),
Amerika Syarikat (Terutamanya Los Angeles, San Francisco dan San Diego)
Bahasa
Zapotec, Sepanyol, Inggeris
Agama
Katolik Rom dengan unsur-unsur kepercayaan kuno

Zapotec (Zoogocho Zapotec :Didxažoŋ) merupakan sebuah kelompok orang asli Mexico. Kaum Zapotec tertumpu di negeri Oaxaca, tetapi juga menduduki negeri-negeri jiran di Mexico. Kini, dianggarkan terdapat 800,000 hingga 1,000,000[1] orang Zapotec, kebanyakannya hanya mampu bertutur dalam satu baahsa iaitu salah satu loghat Zapotec. Pada zaman pra-Columbus, tamadun Zapotec merupakan salah satu kebudayaan yang termaju di Mesoamerika, lebih-lebih lagi memiliki sistem tulisan tersendiri. Kebanyakan mereka yang berketurunan Zapotec telah berhijrah ke Amerika Syarikat sepanjang beberapa dekad, lalu menubuhkan pertubuhan-pertubuhan sosial di kawan-kawasan Los Angeles dan Central Valley, California.

Orang Zapotec terdiri daripada empat golongan, iaitu: istmeños yang tinggal di selatan Segenting Tehuantepec,[2] serranos yang tinggal di pergunungan utara Sierra Madre de Oaxaca, Zapotec selatan yang tinggal di pergunungan selatan Sierra Sur, dan Zapotec Central Valley yang tinggal di sekitar Lembah Oaxaca.

Kebudayaan

Bahasa

Rumpun bahasa Zapotec terdiri daripada lebih 60 loghat Zapotec dan juga bahasa Chatino yang bersaudara rapat. Loghat utama ialah loghat Zapotec Segenting yang dituturi di lembah pantai Pasifik di Segenting Tehuantepec, Oaxaca Selatan.

Agama

Sungguhpun masyarakat Zapotec kini kebanyakannya memeluk agama Katolik, namun mereka masih mengekalkan sedikit sebanyak kepercayaan dan adat resam kuno seperti mengebumikan mayat dengan barang-barang berharga. Antara mubaligh yang pertama di kalangan kaum Zapotec ialah Bartolomé de Olmeda, seorang Mercedarian, dan Juan Díaz, seorang paderi sekular yang dibunuh oleh orang asli di Quechula dekat Tepeaca kerana "menggulingkan berhala-berhala mereka".[3]

Wanita Zapotec

Kaum wanita Zapotec di negeri Oaxaca memainkan pelbagai peranan sosial di peringkat keluarga dan masyarakat. Seperti dengan kebanyakan kebudayaan yang lain, wanita Zapotec dalam sejarah berlainan taraf dengan lelaki dalam masyarakat. Peranan-peranan ini melibatkan perkahwinan, penjagaan anak, dan kerjaya.

Fahaman jantina

Sebelum pihak Sepanyol tiba di Amerika Latin, fahaman jantina orang asli tidak sama seperti sekarang di Mesoamerica. "Bangsa Moor dari Sepanyol tertumpu pada kawalan kendiri yang zahid serta pengehadan saluran seks sebagai harga diri, serta menekankan sistem jantina yang amat dikotomi dan bertatatingkat, yang lebih mementingkan lelaki dan kejantanan berbanding wanita dan kebetinaan. Kebanyakan orang asli benua Amerika agak berlainan dari segi susun atur sistem jantina serta fahaman mereka tentang erti tatalaku seks yang berpatutan."[4] Berbeza dengan sistem yang mengutamakan lelaki berbanding perempuan, “peranan jantina Mixtec dan Zapotec dibentuk oleh kesalinglengkapan."[4] Wujudnya satu fahaman budaya yang mana kedua-dua jantina dan peranan jantina saling melengkapi dalam adat resam orang asli, berbanding dengan yang mana satu jantina menguasai jantina yang lain. Kaum wanita juga mampu mengambil bahagian dalam kehakiman. “Peranan kejantanan yang meletakkan lelaki dalam kedudukan dominasi berbanding dengan wanita membayangkan pengaruh sistem dwijantina penjajah Sepanyol yang menyebabkan tatatingkat jantina serta seringkali mengetepikan keseksualan wanita berbanding lelaki."

Rujukan

  1. ^ a b http://www.kpbs.org/news/2010/sep/01/zapotec-language-course-offered-sdsu/
  2. ^ e.g. see the documentary film Blossoms of Fire
  3. ^ MacEarlean, A. A. (1913). "Zapoteca Indians" . Catholic Encyclopedia.
  4. ^ a b Stephen, Lynn (2002). "Sexualities and Genders in Zapotec Oaxaca". Latin American Perspectives. Sage Publications, Inc. 29 (2): 41–59. doi:10.1177/0094582X0202900203. JSTOR 3185126.

Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)