BBC World News: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pai Walisongo (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Pai Walisongo (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
:''Untuk stasiun radio sila lihat [[BBC World Service]]''
:''Untuk stesen radio sila lihat [[BBC World Service]]''
:''Untuk program yang mengudara pukul 05.00 [[GMT]] sila lihat [[BBC World News (program)]]''.
:''Untuk program yang mengudara pukul 05.00 [[GMT]] sila lihat [[BBC World News (program)]]''.
{{Infobox TV channel
{{Infobox TV channel

Semakan pada 06:18, 29 Disember 2012

Untuk stesen radio sila lihat BBC World Service
Untuk program yang mengudara pukul 05.00 GMT sila lihat BBC World News (program).
SloganThe BBC International News Channel (1995–1999)
With news and information 24 hours a day (1999–2003)
Putting News First (2003–2008)
International News Television (2008–2010)[1]
Never Stop Asking (2010 – present)

BBC World News ialah saluran televisyen berita dan hal ehwal antarabangsa BBC yang menikmati jumlah penonton terbesar di kalangan semua saluran BBC. Dahulunya dikenali sebagai BBC World Service Television, BBC World bersiaran selama 24 jam sehari dengan rancangan-rancangan termasuk buletin BBC News, dokumentari, rancangan gaya hidup dan wawancara. Pesaing global utamanya ialah CNN International, namun banyak juga syarikat penyiaran berita utama yang turut bersaing. BBC World dianggap sebagai saluran berita yang teramai penontonnya, menewaskan CNN dan Al Jazeera English.

Saluran ini dipancarkan oleh Red Bee Media dari pusat rangkaiannya di Pusat Penyiaran, sebahagian daripada BBC Media Village di White City, London barat. Segala hasil berita dipetik dari Pusat Televisyen yang berdekatan di mana BBC World mempunyai sebuah bilik berita yang berasingan daripada bahagian-bahagian BBC News yang lain. Bilik berita ini memberi output dari 0500-0030 Waktu Britain setiap hari kerja dan dari 0600-0030 setiap hujung minggu. Output berita dari 0100-0500 berasal dari studio saluran tempatan UK iaitu BBC News 24.

Meskipun studio berita BBC World menghasilkan outputnya dalam format 16:9 SDTV seiringan dengan kandungan bahagian BBC News yang lain, BBC World dipancar dalam format 4:3. Output berita diubah kepada bingkai 14:9 untuk penyiaran digital dan analog, maka terhasilnya jalur hitam di atas dan bawah skrin.

BBC World dinamakan sebagai Saluran Berita Antarabangsa Terbaik di Anugerah AIB pada bulan November 2006.[2]

Programme BBC World News

Programme berita yang disiarkan langsung:

Programme bisnis:

Programme lain yang disiarkan langsung:

Programme yang ditayangkan ulang setiap saat:

Programme lain yang tayang setiap akhir pekan:

Pesaing berat

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Sweney, Mark (17 November 2008). "BBC World News unveils global promos". guardian.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2009. Dicapai pada 27 March 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Key Dates BBC World

Pautan luar