Sinar ultraungu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PixelBot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (Bot: Menukar pl:Nadfiolet kepada pl:Ultrafiolet
Baris 118: Baris 118:
[[pnb:اتلیجامنی]]
[[pnb:اتلیجامنی]]
[[nds:Ultravigelettstrahlen]]
[[nds:Ultravigelettstrahlen]]
[[pl:Nadfiolet]]
[[pl:Ultrafiolet]]
[[pt:Radiação ultravioleta]]
[[pt:Radiação ultravioleta]]
[[ksh:Shwatzleesh]]
[[ksh:Shwatzleesh]]

Semakan pada 03:58, 31 Disember 2012

Gambar warna palsu korona Matahari yang dilihat pada ultraungu melampau (pada 17.1 nm) melalui Teleskop Pengimej Ultraungu Melampau

Sinaran ultraungu (atau juga ultralembayung) atau disebut ultraviolet (UV) merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Panjang gelombang untuk sinar UV adalah antara 200-400 nm, dan bertenaga dari 3 eV hingga 124 eV. Ia dinamakan sedemikian kerana spektrum terdiri dari gelombang elektromagnetik dengan frekuensi lebih tinggi berbanding apa yang manusia kenali sebagai cahaya ungu. Frekuensi ini adalah halimunan tidak kelihatan pada pandangan manusia, tetapi kelihatan pada sebilangan serangga dan burung. Ia juga kelihatan secara tidak langsung, dengan menyebabkan bahan floresen bercahaya dengan cahaya nampak.

Cahaya Sinar ultraungu UV terdapat dalam cahaya matahari dan dihasilkan melalui gerbang eletrik dan cahaya khas seperti cahaya hitam. Ia mampu menyebabkan tindak balas kimia, dan menyebabkan banyak bahan bercahaya atau floresan ("Fluorescence"). Kebanyakan Sinar ultraungu dikelaskan sebagai pancaran tidak mengion. Tenaga lebih tinggi pada spektrum sinar ultraungu dari gelombang cahaya sekitar 10 nm hingga 120 nm (Sinar ultraungu 'melampau') adalah sinaran mengion, tetapi jenis Sinar ultraungu ini pada cahaya matahari disekat oleh dioxygen normal pada udara, dan tidak sampai ke tanah.[1] Bagaimanapun, keseluruhan spektrum sinar ultraungu memiliki sebahagian ciri sinaran mengion, dari segi menyebabkan kerosakan lebih banyak pada molekul pada sistem biologi berbanding yang dilihat melalui pemanasan ringkas (sebagai contoh terbakar matahari (mengelupas)). Ciri-ciri ini terhasil akibat kuasa photon ultraungu bagi mengubah ikatan kimia pada molekul, sungguhpun ia tidak memiliki cukup tenaga bagi mengionkan atom molekul.

Tiub floresan cahaya hitam merupakan sumber utama bagi Sinar ultraungu gelombang panjang.


Ultraungu bermaksud "melebihi ungu" dan dinamakan sebegitu kerana frekuensinya melebihi cahaya ungu. Sesetengah haiwan (burung, reptilia, dan serangga seperti lebah) boleh melihat sinar UV dekat. Ini disebabkan kebanyakan buah-buahan, bunga dan bijian kelihatan lebih menyerlah dalam sinar UV berbanding sinar nampak.

Rujukan

  1. ^ 08 November 2011. "HPS.org". HPS.org. Dicapai pada 2011-11-08.

Bacaan lanjut



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.