Hang Tuah (filem 1956): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ikerdil (bincang | sumb.)
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Ikerdil (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addihockey10
Baris 25: Baris 25:




[[Hang Tuah]] dan empat orang kawannya: [[Hang Jebat]], Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di [[Gunung Ledang]]. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota [[Melaka]]. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya. Apabila Sultan mendapat tahu berita tersebut, baginda berminat menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana sahaja. Semasa rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit. Kerana ketangkasannya berlawan, Hang Tuah berjaya mendapatkan keris Taming Sari.
HANG TUAH bersama empat orang teman karibnya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, ketika masih remaja telah menunjukkan keperwiraan masing-masing menewaskan beberapa orang lanun di laut. Dan apabila dewasa, atas cadangan Hang Tuah, mereka pergi ke Gunung Ledang untuk menuntut ilmu bermain senjata dengan Tok Guru Adi Putera.


Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke [[Pahang]] bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang Tuah, tetapi Hang Jebat yang masih kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah telah mengamok dan menghuru-harakan Melaka.
Semasa menuntut itu, Hang Tuah telah bertemu dengan gadis orang darat (Melor). Sebenarnya Melor diculik orang darat sejak kecil lagi dari kalangan penduduk kota Melaka. Dalam pertemuannya dengan Hang Tuah, Melor telah menunjukkan cinta dan sayangnya terhadap Hang Tuah dan begitu juga sebaliknya.

Tamat berguru dan cukup ilmu di dada, Hang Tuah dan empat temannya itu kembali semula ke Melaka dan dengan perpisahan yang sangat berat dilakukan, Hang Tuah berjanji akan menunggu Melor jika dia datang mencarinya di Melaka nanti.

Di Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu telah menyelamatkan nyawa Datuk Bendahara Tun Perak daripada serangan orang mengamuk ketika dia sedang dalam perjalanan menuju ke balai untuk mengadap Sultan Mansur Shah – Sultan Melaka.

Berikutan dengan keberanian yang diperlihatkan di depan mata Datuk Bendahara sendiri, Hang Tuah dan empat temannya telah dilantik oleh Sultan Melaka sebagai Hulubalang Melaka yang mana ini telah menimbulkan perasaan irihati beberapa orang pembesar negeri termasuklah Tun Ali.

Tidak lama selepas perlantikan tersebut, Sultan Melaka mahu pergi ke Majapahit untuk berkahwin dengan Raden Mas Ayu dan turut mengiringi baginda Hang Tuah dan empat teman karibnya itu.

Ketika berada di Majapahit, dalam satu upacara, Hulubalang Melaka telah dicabar kehandalan mereka oleh Pahlawan Majapahit yang termashyur dan terhandal (Taming Sari) untuk beradu kekuatan beradu senjata yang mana telah di sambut baik oleh Hang Tuah.

Setelah bertarung hebat dan bermati-matian di mana Taming Sari dan Hang Tuah telah menunjukkan kepakaran masing-masing bermain senjata akhirnya Hang Tuah dapat juga menewaskan Taming Sari apabila Hang Tuah mengetahui kekuatan Taming Sari terletak pada kerisnya dan dia seberapa daya mencari helah untuk membolehkannya memiliki keris tersebut dan menukar pula dengan kerisnya sendiri.

Dengan terbunuhnya Taming Sari, kerisnya yang sakti itu telah dihadiahkan pula kepada Hang Tuah yang mana ini menambahkan lagi kekuatan dan kehandalan Hang Tuah.

Selang beberapa lama kemudian, Sultan Mansur Shah telah menyatakan kekecewaan baginda untuk memperisterikan Tun Tijah kerana dia sudah bertunang dengan Megat Panji Alam. Dan demi untuk berbakti terhadap Sultan Melaka, Hang Tuah dengan secara rahsia pergi ke Pahang dengan tujuan mahu melarikan Tun Tijah supaya dapat diperisterikan oleh Baginda Sultan.

Sepeninggalan Hang Tuah, Melor pula datang ke Melaka mencari Hang Tuah. Tetapi Melor terperangkap apabila dia bertemu dengan Tun Ali dan Pateh Karma Wijaya dengan memperdayakannya hingga Melor dijadikan dayang istana supaya dapat dia bertemu dengan Hang Tuah. Dengan itu bolehlah mereka melakukan sesuatu untuk menjadikan Sultan Mansur Shah murka.

Di Pahang, dengan segala tipu muslihatnya Hang Tuah berjaya memikat Tun Tijah yang sememangnya tidak suka berkahwin dengan Megat Panji Alam. Dan disebabkan Hang Tuah berjaya berjaya memikat hatinya Tun Tijah sanggup mengikut Hang Tuah pergi ke Melaka. Tetapi ketika dalam pelayaran Hang Tuah menyatakan kedudukan sebenarnya yang dia datang ke Pahang semata-mata untuk melarikan Tun Tijah ke Melaka supaya dapat diperisterikan oleh Sultan Mansur Shah. Tun Tijah kecewa tetapi terpaksa berkorban apa saja. Bagi melupakan Hang Tuah, Tun Tijah terpaksa memakan sirih jampi yang diberikan oleh Hang Tuah.

Bila pulang ke Melaka Hang Tuah terperangkap antara kasih sayangnya terhadap Melor dengan kesetiaannya terhadap Sultan. Ini disebabkan Melor sudah menjadi dayang istana yang mana bererti sudah menjadi kepunyaan Sultan dan bertemu dengannya (lebih-lebih lagi secara rahsia) menjadi satu kesalahan besar.

Bagaimanapun atas pujukan Dang Rani (atas arahan Tun Ali dan Pateh Karma Wijaya) akhirnya Hang Tuah bersetuju bertemu Melor dan akibatnya, telah disaksikan sendiri oleh Sultan dan disertai pula dengan fitnah yang ditaburkan oleh Tun Ali dan Pateh Karma Wijaya, Hang Tuah telah dihukum bunuh yang mana Sultan menganggap perbuatan Hang Tuah bertemu dengan Melor sebagai menderhaka.

Bila Hang Tuah sudah tiada, keris sakti (Taming Sari) telah diserahkan Sultan Melaka kepada Hang Jebat yang kini ditugaskan mengambil alih tempat Hang Tuah. Dan kesempatan ini telah diambil Hang Jebat untuk membela kematian Hang Tuah yang dianggap Sultan telah mengambil tindakan terburu-buru, tidak usul periksa dan tidak berlaku adil.

Dalam suatu majlis menyambut hari jadi Pateh Karma Wijaya, Melor yang menjadi penari istana telah membunuh Pateh Karma Wijaya dengan kerambit yang telah disembunyikan dalam sanggul rambutnya. Bagaimanapun, Melor juga turut terbunuh akibat tikaman lembing yang dibaling oleh pengawal istana.

Hang Jebat meneruskan rancangan menuntut bela atas kematian Hang Tuah walaupun ajakannya ditolak oleh Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Hang Jebat mengamuk menyebabkan ramai yang terkorban. Akibat itu juga, Sultan Melaka terpaksa melarikan diri meninggalkan istana menumpang di rumah Datuk Bendahara Tun Perak.

Sultan Melaka murka kerana tiada siapa yang dapat membela dirinya apabila pembesar-pembesar istana tidak berani tampil ke depan menentang Hang Jebat. Oleh yang demikian tidak semena-mena nama Hang Tuah terkeluar dari mulut Sultan dan menyatakan hanya Hang Tuah saja yang boleh membela dirinya. Dengan perkataan itu menyebabkan Datuk Bendahara Tun Perak memberitahu kedudukan sebenar iaitu Hang Tuah tidak dibunuhnya tetapi telah disembunyikan dalam penjara. Sultan gembira dan menyuruh Hang Tuah dibawa mengadap Baginda dan mengharapkan hanya Hang Tuah saja yang boleh menghilangkan arang yang terconteng di muka Baginda.

Hang Tuah kemudian dibawa Datuk Bendahara Tun Perak mengadap Sultan dan Hang Tuah telah meminta semula keris sakti Taming Sari daripada Baginda tetapi Baginda menyatakan yang keris tersebut sudah diberikannya kepada Hang Jebat.

Sultan Melaka telah memberikan keris pusaka Baginda. Bagaimanapun Hang Tuah dengan perasaan kecewa menyatakan kepada Baginda dengan keris pusaka Sultan itu jangankan membunuh Hang Jebat mencederakannya pun belum tentu.

Hang Tuah pergi ke istana Sultan di mana Hang Jebat sedang bersukaria dan alangkah terperanjatnya dia bila yang datang untuk bertarung dengannya ialah Hang Tuah. Hang Jebat tidak percaya yang Hang Tuah masih hidup, tetapi itulah realitinya.

Hang Tuah dan Hang Jebat suatu ketika dulu bersahabat baik, kini bertarung hebat menentu hidup atau mati – seorang membela sahabat yang teraniaya dan seorang lagi menunjukkan kesetiaan kepada Sultan. Masing-masing menunjukkan kepakaran bermain senjata.

Oleh kerana Hang Jebat mendapati Hang Tuah beriya-iya benar mahu membunuhnya, dan selagi keris Taming Sari masih berada di tangannya Hang Tuah tidak akan dapat menewaskannya, lalu Hang Jebat menyerahkan keris sakti itu kepada Hang Tuah. Dan dengan itu barulah Hang Tuah dapat membunuh Hang Jebat.

Melaka kembali aman, Sultan Mansur Shah pun kembali semula ke istana meneruskan pemerintahan Baginda. Tetapi Hang Tuah berdukacita dan bertanya "Siapakah yang benar? Jebatkah benar atau akukah benar"


==Pelakon==
==Pelakon==

Semakan pada 15:45, 7 Januari 2013

Rencana ini berkenaan dengan sebuah filem. Untuk kisah mengenai Hang Tuah, sila lihat: Hang Tuah.


Hang Tuah
PengarahPhani Majumdar
PenulisMC ff. Sheppard (cerita)
Phani Majumdar (lakon layar)
Buyong Adil (dialog)
Jamil Sulong (dialog)
Dihasilkan olehMalay Film Productions
DibintangiP. Ramlee
Saadiah
Ahmad Mahmud
Diedarkan olehShaw Brothers Ltd.
Negara Singapura
BahasaBahasa Melayu

Filem Hang Tuah diterbitkan pada tahun 1956, dan dilakonkan oleh P. Ramlee sebagai Hang Tuah. Filem ini yang berasaskan kepada Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu ialah filem mengenai Hang Tuah yang paling berkesan dan tidak lari daripada fakta sebenar.

Ringkasan

Templat:Spoiler


Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka. Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya. Apabila Sultan mendapat tahu berita tersebut, baginda berminat menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana sahaja. Semasa rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit. Kerana ketangkasannya berlawan, Hang Tuah berjaya mendapatkan keris Taming Sari.

Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang Tuah, tetapi Hang Jebat yang masih kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah telah mengamok dan menghuru-harakan Melaka.

Pelakon

  1. P. Ramlee (Hang Tuah)
  2. Saadiah(Melor)
  3. Ahmad Mahmud (Hang Jebat)
  4. Zaiton (Tun Teja)
  5. Haji Mahadi (Sultan Melaka)
  6. Daeng Idris (Dato' Bendahara)
  7. Yusof Latiff (Tun Mat)
  8. Nordin Ahmad (Hang Kasturi)
  9. S. Shamsuddin (Hang Lekir)
  10. Aziz Satar (Hang Lekiu)
  11. Hashim Nur (Adiputra)

Pencapaian

  1. Festival Filem Asia Pasifik ke-3, 1956 (Hong Kong)
    1. Penggubah Lagu Terbaik - P. Ramlee

Dialog

  1. "Burung nuri burung helang, tidak sama terbang tinggi, sekarang puteri berangkat pulang, bila pula berjumpa lagi?" - Hang Tuah
  2. "Kain buruk tepi perigi, dibuat orang pengesat belanga, esok kita berjumpa lagi, tunggulah Teja di taman bunga" - Tun Teja
  3. "Sekarang aku akan mengacau, menghuru-harakan istana. Tuah tidak pernah derhaka, dikata derhaka. Sekarang Jebat, Jebat yang akan menderhaka!! Tuah akan ku bela, Jebat akan bermaharajalela. Jebat akan mengajar raja yang tidak adil. Suatu masa nanti kalau siapa bertanya 'kenapa Jebat derhaka?' tentu orang akan menjawab kerana rajanya yang tidak adil!!" - Hang Jebat
  4. "Sekarang saudara-saudara tinggal di sini, aku mahu menghadiri jamuan Patih Karma Vijaya. Boleh jadi dia merayakan harijadinya.. atau merayakan hari kematian Tuah" - Hang Jebat
  5. "Siapakah yang benar? Jebatkah benar, atau akukah benar?" - Hang Tuah

Lihat Juga