Windows 8: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ElphiBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: so:Windows 8
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2+) (Bot: Menukar pl:Microsoft Windows 8 kepada pl:Windows 8
Baris 237: Baris 237:
[[no:Windows 8]]
[[no:Windows 8]]
[[km:វីនដូអេច]]
[[km:វីនដូអេច]]
[[pl:Microsoft Windows 8]]
[[pl:Windows 8]]
[[pt:Windows 8]]
[[pt:Windows 8]]
[[ro:Windows 8]]
[[ro:Windows 8]]

Semakan pada 15:06, 12 Januari 2013

Windows 8
Skrin Start pada Windows 8 RTM (Binaan 9200)
PembangunMicrosoft Corporation
Keluarga OSMicrosoft Windows
Keluaran ke
pembuatan
26 Oktober 2012; 11 tahun yang lalu (2012-10-26)
Keluaran terbaru6.2.9200.16384 (RTM) / 1 Ogos 2012; 11 tahun yang lalu (2012-08-01)[1]
Kaedah kemaskiniWindows Update
PelantarIA-32, x86-64, dan ARM[2]
Jenis IntiHibrid
LesenPerisian komersian proprietari
Didahului olehWindows 7
Laman rasmiwindows.microsoft.com/en-MY/windows-8/meet
Rencana dalam siri

Windows 8 merupakan sistem pengendalian keluaran Microsoft bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer riba, tablet dan PC teater rumah. Ia adalah sebahagian daripada keluarga sistem pengendalian Windows NT serta menggantikan Windows 7.

Pembangunan sistem pengendalian ini bermula sebelum pelancaran pendahulunya pada tahun 2009. Kewujudannya pertama kali diumumkan pada Januari 2011 semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna. Semasa pembangunan dan fasa ujiannya, Microsoft melancarkan tiga versi pra-pelancaran: Previu Pembangun (September 2011), Previu Pengguna (Mac 2012), serta Previu Pelancaran (Mei 2012). Pada 1 Ogos 2012, Windows 8 sudah melepasi peringkat pembangunan dan dilancarkan untuk pengilang. Windows 8 dijangkakan boleh didapati pada 26 Oktober 2012.

Windows 8 dibina berdasarkan bahasa reka bentuk Metro serta memperkenalkan satu bentuk baharu "perisian gaya Windows 8", yang hanya boleh didapati melalui Windows Store. Windows 8 turut menampilkan skrin Start baharu, Internet Explorer 10, sokongan asli untuk USB 3.0, Windows Defender serba baharu yang menentang perisian jahat, Windows To Go, serta sokongan bagi UEFI SecureBoot, yang turut menimbulkan kontroversi.

Windows 8 boleh didapati dalam empat edisi utama: Windows 8, Windows 8 Pro, Windows 8 Enterprise, dan Windows RT. Tiga edisi terawal mempunyai keperluan perkakasan yang sama seperti Windows 7. Edisi terakhir pula dijalankan pada komputer tablet dengan seni bina ARM dan mempunyai keperluan perkakasan berbeza. Vendor perkakasan yang sudi menerima pensijilan Microsoft bagi peranti keluaran mereka perlu memenuhi beberapa keperluan pensijilan. Windows 8 Enterprise dan Windows RT tidak boleh didapati di kedai-kedai jualan biasa.

Sejarah pembangunan

Pengumuman awal

Pembangunan Windows 8 bermula sebelum Windows 7 diedarkan[3] pada tahun 2009. Pada Januari 2011, semasa Pertunjukan Elektronik Pengguna (CES), Microsoft mengumumkan bahawa Windows 8 akan menambah sokongan bagi pemproses mikro ARM sebagai tambahan kepada pemproses mikro x86 daripada Intel, AMD dan VIA.[4][5] Pada 1 Jun 2011, Microsoft secara rasminya mendedahkan antara muka pengguna baharu Windows 8 di samping ciri-ciri tambahan semasa Taipei Computex 2011 di Taipei (Taiwan) oleh Mike Angiulo serta semasa sidang D9 di California (Amerika Syarikat) oleh Julie Larson-Green dan Presiden Windows Microsoft Steven Sinofsky.[6][7] Sebulan sebelum sidang BUILD diadakan, Microsoft membuka sebuah blog baru dipanggil "Membina Windows 8" untuk pengguna dan pembangun pada 15 Ogos 2011.[8]

Previu Pembangun

Tampilan paparan Windows 8 Previu Pembangun dijalankan pada sistem berbilang monitor, menunjukkan pelbagai ciri.

Microsoft mendedahkan ciri-ciri baharu Windows 8 serta pembaharuannya pada hari pertama sidang BUILD pada 13 September 2011.[9] Microsoft juga melancarkan Windows Previu Pembangun (binaan 8102) bagi Windows 8 pada hari yang sama, yang turut menyertakan SDK dan peralatan pembangun (seperti Visual Studio Express dan Expression Blend) untuk membangunkan aplikasi bagi antara muka baharu Windows 8.[10] Menurut Microsoft, lebih daripada 500,000 muat turun bagi previu pembangun tersebut dalam masa 12 jam terawal pelancarannya.[11] Previu Pembangun turut memperkenalkan skrin Start. Butang Start pada desktop membuka skrin Start dan bukannya menu Start.

Pada 16 Februari 2012, Microsoft menangguhkan tarikh luput previu pembangun. Asalnya ditetapkan tarikh luputnya pada 11 Mac 2012, kali ini keluaran tersebut ditetapkan semula tarikh luputnya kepada 15 Januari 2013.[12]

Previu Pengguna

Antara muka baharu File Explorer dalam Windows 8.

Pada 29 Februari 2012, Microsoft melancarkan Windows 8 Previu Pengguna, versi beta bagi Windows 8, binaan 8250. Buat pertama kalinya sejak Windows 95, butang Start kini tiada lagi pada palang tugasan, walaupun skrin Start masih boleh dibuka dengan mengklik penjuru bawah kiri skrin serta dengan mengklik Start pada palang Azimat.[13] Presiden Windows Steven Sinofsky berkata lebih daripada 100,000 perubahan telah dilakukan sejak versi pembangun mula diedarkan kepada umum.[13] Pada hari selepas pelancarannya, Windows 8 Previu Pengguna sudah dimuat turun lebih sejuta kali.[14][15] Seperti Previu Pembangun, Previu Pengguna ditetapkan tarikh luputnya pada 15 Januari 2013.

Previu Pelancaran

Pada sidang Hari Pembangun Jepun, Steven Sinofsky mengumumkan bahawa Windows 8 Previu Pelancaran (binaan 8400) akan dilancarkan pada minggu pertama bulan Jun.[16] Pada 28 Mei 2012, Windows 8 Previu Pelancaran (Edisi Cina Mudah Standard x64, bukan versi khas China, binaan 8400) telah dibocorkan dalam talian di pelbagai laman sesawang Cina dan BitTorrent.[17] Pada 31 Mei 2012, Windows 8 Previu Pelancaran dilancarkan kepada umum oleh Microsoft.[18]

Barangan tambahan pada Previu Pelancaran termasuklah penambahan aplikasi Sukan, Pengembaraan, dan Sukan, bersama-sama versi bersepadu Flash Player dalam Internet Explorer.[19] Tidak seperti Previu Pembangun dan Previu Pengguna, tarikh luput bagi previu pelancaran ini ditetapkan pada 16 Januari 2013.

Versi akhir

Pada 1 Ogos 2012, Windows 8 (binaan 9200[20]) dilancarkan kepada pengilang.[21] Microsoft merancang untuk melancarkan Windows 8 kepada umum pada 26 Oktober 2012.[22] Walau bagaimanapun, hanya sehari selepas pelancarannya kepada pengilang, satu naskhah versi terakhir Windows 8 Enterprise N (dihasilkan untuk pasaran Eropah) dibocorkan ke laman sesawang dan beberapa hari kemudian terdapat edisi Professional dan Enterprise dibocorkan bagi kedua-dua versi x86 dan x64.[23][24]

Ciri-ciri baharu

Metro

Fungsi berbilang tugasan dalam Windows 8

Windows 8 menggunakan antara muka pengguna baharu berasaskan bahasa reka bentuk Metro Microsoft. Persekitaran Metro akan menampilkan skrin Start berasaskan jubin yang serupa seperti sistem pengendalian Windows Phone. Setiap jubin mewakili aplikasi, serta memaparkan informasi relevan seperti bilangan mesej yang belum dibaca pada jubin aplikasi e-mel atau suhu semasa pada aplikasi cuaca. Aplikasi sebegini berjalan dalam keadaan skrin penuh, serta berupaya untuk berkongsi maklumat antara satu sama lain menggunakan "kontrak".[25] Aplikasi sebegini hanya boleh didapati melalui Windows Store.[26] Aplikasi dalam antara muka baharu dibangunkan dengan pelantar Windows Runtime baharu menggunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan, termasuklah C++, Visual Basic, C#, dan HTML dengan kod JavaScript di belakang tabir.

Persekitaran desktop tradisional untuk menjalankan aplikasi desktop boleh dicapai melalui satu jubin pada skrin Start baharu. Butang Start dimansuhkan daripada palang tugasan bagi memberi laluan kepada butang Start pada palang azimat, di samping satu titik panas pada penjuru bawah kiri. Kedua-duanya membuka skrin Start baharu, yang menggantikan menu Start.[27]

Aplikasi yang dibangunkan untuk persekitaran baharu ini dahulunya dirujuk sebagai "aplikasi gaya Metro" dalam bahan pembangunan, menghubungkannya kepada penggunaan Windows 8 terhadap satu antara muka yang mengikuti bahasa reka bentuk Metro sebagai desktop utamanya. Walau bagaimanapun, terdapat laporan bahawa berikutan potensi isu tanda dagangan dengan syarikat Jerman Metro AG, pegawai-pegawai Microsoft mula menasihati para pembangun Windows agar berhenti menggunakan istilah tersebut. Seorang jurucakap Microsoft walau bagaimanapun menafikan laporan tersebut dengan menyatakan bahawa penggunaan istilah "Metro" bagi menerangkan aplikasi tersebut hanyalah sekadar kod nama yang akan dimansuhkan.[28]

Ciri-ciri lain

Pemacu kilat USB boleh but Windows To Go.
  • Internet Explorer 10 disertakan sebagai kedua-dua program desktop serta sebagai aplikasi yang dioptimakan untuk sentuhan. Aplikasi yang seterusnya itu tidak menyokong plugin atau komponen ActiveX, tetapi menyertakan satu versi Adobe Flash Player yang dioptimakan untuk sentuhan dan penggunaan berkuasa rendah serta hanya boleh berfungsi pada laman yang dimasukkan dalam senarai putih.[29]
  • Pengguna kini boleh log masuk Window menggunakan akaun Microsoft (sebelum ini dikenali sebagai Windows Live ID). ia membolehkan profil dan tetapan pengguna untuk disegerakkan melalui Internet serta boleh dicapai dari komputer lain yang menggunakan Windows 8, di samping penyepaduan dengan SkyDrive.[30]
  • Windows Store akan menjadi satu-satunya cara untuk membeli dan memuat turun aplikasi gaya Metro, di samping mengiklankan aplikasi desktop. Aplikasi gaya Metro dipasang dari Windows Store, atau dalam bentuk aplikasi Barisan Perniagaan pada peranti yang disertakan dalam domain rangkaian.[31]
  • Dua cara pengesahan baharu ditambah: kata laluan bergambar, yang membolehkan pengguna log masuk dengan melukis tiga isyarat tangan pada beberapa tempat berasingan pada gambar,[32][33] serta log masuk PIN, yang membenarkan pengguna mengesahkan menggunakan nombor PIN empat digit.[34]
  • File Explorer akan menyertakan palang peralatan reben, serta mengemaskinikan dialog proses pengendalian failnya untuk menyediakan statistik lebih terperinci, keupayaan untuk menghentikan seketika pemindahan fail, serta pembaharuan dari segi keupayaannya untuk menguruskan konflik semasa menyalin fail.[35]
  • Hybrid Boot akan menggunakan teknologi hibernasi untuk membolehkan penghidupan yang lebih pantas dengan menyimpan ingatan teras Windows di dalam cakera keras dan memuatkannya semula semasa dibutkan.[36][37][38]
  • Windows To Go akan membolehkan Windows 8 Enterprise untuk dibutkan dan dijalankan dari peranti USB boleh but (seperti pemacu kilat).[39][40]
  • Dua fungsi pemulihan disertakan, Refresh dan Reset. Refresh memulihkan kesemua fail Windows kepada keadaan asal sementara mengekalkan tetapan, fail, dan aplikasi, sementara Reset mengembalikan komputer kepada keadaan asal kilang.[41]
  • USB 3.0 kini disokong secara asli.[42]
  • Skrin kunci baharu memaparkan jam serta peringatan sementara komputer dikunci.[43]
  • Task Manager direka semula.[44]
  • Penyepaduan Xbox Live (termasuklah Xbox Live Arcade, Xbox Companion dan Xbox Music)[45]
  • Storage Spaces membenarkan pengguna untuk menggabungkan beberapa cakera keras yang berbeza saiz menjadi pemacu maya dan memperincikan pantulan, pariti, atau tiada tindanan pada asas folder demi folder.[46]
  • Family Safety bertujuan untuk membenarkan ibu bapa melindungi anak-anak mereka di Internet, di samping memantau dan mengawal aktiviti dan penggunaan PC dan Internet.[47][48][49]
  • Windows Defender kini mempunyai keupayaan antivirus, serupa seperti pada Microsoft Security Essentials. Ia bertujuan untuk menggantikan pakej dan fungsi Security Essentials sebagai program antivirus utama.[50]

Ciri-ciri digugurkan

Keperluan perkakasan

Setakat Windows 8 Previu Pelancaran, keperluan sistem minima adalah sama seperti Windows 7 (kecuali CPU); keperluan sistem ini mungkin berubah semasa pelancaran akhir.[57]

Perkakasan keperluan minimum untuk Windows 8
Seni bina IA-32 (32-bit) x64 (64-bit)
Pemproses 1 GHz (dengan sokongan PAE, NX dan SSE2)[58]
Ingatan (RAM) 1 GB 2 GB
Kad grafik Peranti grafik DirectX 9 dengan WDDM 1.0 atau lebih tinggi
Storan 16 GB 20 GB

Untuk menjalankan aplikasi gaya Metro, resolusi paparan 1024x768 atau lebih tinggi diperlukan untuk menjalan satu aplikasi pada satu-satu masa, dan resolusi 1366x768 diperlukan bagi menjalankan dua aplikasi bersebelahan.[59]

Pelantar pemayaan yang disokong secara rasmi untuk Windows 8 Previu Pengguna termasuklah Hyper-V dalam Windows 8 Previu Pembangun, Hyper-V dalam Windows Server 2008 R2, VMware Workstation 8.0.2 untuk Windows, VirtualBox 4.1.8 untuk Windows, Parallels Workstation 6 untuk Windows, Parallels Desktop 4 untuk Windows, dan XenDesktop 5.5.[60]

Untuk memperoleh pensijilan logo, Microsoft memerlukan sistem untuk meneruskan daripada keadaan sedia dalam masa kurang 2 saat bagi sistem x86.[61]

Komputer tablet/boleh tukar

Microsoft melancarkan keperluan perkakasan minimum bagi komputer tablet atau boleh tukar baharu yang direka untuk Windows 8, serta mendefinisikan faktor bentuk boleh tukar sebagai peranti mandiri yang menggabungkan PC, paparan serta sumber kuasa boleh cas semula dengan papan kekunci dan peranti penunjuk yang disambung secara mekanikal dalam satu casis. Sebuah komputer boleh tukar boleh ditukarkan kepada sebuah tablet di mana peranti masukan yang disambungkan disembunyikan atau ditanggalkan dengan hanya meninggalkan paparan sebagai satu-satunya mekanisme masukan.[62][63]

Keperluan pensijilan perkakasan untuk tablet Windows[64]
Kad grafik Peranti grafik DirectX 10 dengan pemacu WDDM 1.2 atau lebih tinggi
Storan 10GB ruang bebas, selepas pengalaman luar kotak selesai
Butang piawai 'Kuasa', 'Kekunci putaran', 'Kekunci Windows', 'Kawalan suara-naik', 'Kawalan suara-turun'
Skrin Skrin sesentuh yang menyokong minima pendigit 5 titik serta resolusi sekurang-kurangnya 1366x768. Dimensi fizikal panel paparan mestilah berpadanan dengan nisbah bidang bagi resolusi asli. Resolusi asli panel boleh lebih besar daripada 1366 (melintang) dan 768 (mengufuk). Kedalaman warna asli minima ialah 32 bit.
Kamera Minima 720p
Pengesan cahaya sekitar Keupayaan 1–30k lux dengan banjaran dinamik 5–60K
Meter pemecut 3 paksi dengan kadar data pada atau melebihi 50 Hz
USB 2.0 Sekurang-kurangnya satu port pengawal dan terdedah.
Sambungan Wi-Fi dan Bluetooth 4.0 + LE (tenaga rendah)
Lain-lain Pembesar suara, mikrofon, magnetometer dan giroskop.

Jika peranti jalur lebar mudah alih disepadukan di dalam tablet atau sistem boleh tukar, radio GPS terbantu diperlukan. Peranti yang menyokong komunikasi menghampiri medan perlu mempunyai tanda visual untuk membantu pengguna mencari serta menggunakan teknologi tersebut. Kombinasi butang baharu bagi Ctrl + Alt + Del ialah Kekunci Windows + Kuasa.

Keserasian perisian

Fail:BSoD in Windows 8.png
BSOD pada Windows 8

Windows 8 untuk pemproses IA-32 dan x64 boleh menjalankan kebanyakan perisian yang serasi dengan versi-versi Windows terdahulu, dengan kekangan yang sama seperti Windows 7: Windows 8 64 bit boleh menjalankan perisian 64 bit dan 32 bit manakala Windows 8 32 bit berupaya menjalankan perisian 32 bit dan 16 bit (walaupun sesetengah perisian 16 bit mungkin memerlukan tetapan keserasian untuk diguna pakai, jika tidak ia tidak boleh dijalankan langsung).

Windows RT, versi Windows 8 untuk sistem dengan pemproses ARM, hanya akan menyokong aplikasi yang disertakan dengan sistem (seperti versi khas Office 2013), dibekalkan melalui Windows Update, atau aplikasi yang diperolehi melalui Windows Store. Windows pada sistem ARM tidak akan menyokong penjalanan, emulasi, atau pemindahan aplikasi desktop x86/64 sedia ada untuk menjamin kualiti aplikasi yang didapati untuk sistem ARM.[65]

Aplikasi gaya Metro boleh jadi sama ada saling serasi antara Windows 8 dengan Windows RT, atau dikompilkan untuk menyokong satu seni bina khusus.[66]

Edisi dan harga

Pada 18 Februari 2012, Microsoft mengesahkan bahawa dalam Windows 8, logo Windows akan dikemaskini dengan ketara bagi mencerminkan bahasa reka bentuk Metro. Logo tersebut direka oleh rakan Pentagram Paula Scher. Logo lama berbentuk bendera ditukarkan kepada empat bingkai tingkap, ditambah perspektif, serta keseluruhan logo akan dilepa dalam satu warna pejal, yang bergantung kepada perubahan peribagi pengguna.[67]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ http://www.theverge.com/2012/8/1/3188541/windows-8-rtm-development-complete
  2. ^ "Microsoft Announces Support of System on a Chip Architectures From Intel, AMD, and ARM for Next Version of Windows". Microsoft. 5 January 2011. Dicapai pada 14 October 2011.
  3. ^ "Steven Sinofsky, Tami Reller, Julie Larson-Green, Antoine Leblond, and Michael Angiulo: Windows 8 Consumer Preview". Microsoft. February 29, 2012. Dicapai pada 27 April 2012.
  4. ^ "Microsoft Announces Support of System on a Chip Architectures From Intel, AMD, and ARM for Next Version of Windows". Microsoft. January 5, 2011. Dicapai pada January 5, 2011.
  5. ^ Rosoff, Matt (January 5, 2011). "OK, So Windows 8 Is Coming To ARM Tablets...Someday (MSFT)". San Francisco Chronicle. Dicapai pada January 5, 2011.
  6. ^ "Live from Microsoft's Windows 8 preview event at Computex 2011!". engadget. 1 June 2011. Dicapai pada 28 February 2012.
  7. ^ "Previewing 'Windows 8'". Microsoft. 1 June 2011. Dicapai pada 28 February 2012.
  8. ^ Steven Sinofsky (15 August 2011). "Welcome to Building Windows 8 – Building Windows 8 – Site Home – MSDN Blogs". MSDN. Dicapai pada 8 September 2011.
  9. ^ "Windows 8 Developer Preview Guide" (PDF). Microsoft. Dicapai pada 16 September 2011.
  10. ^ "Home - BUILD". Microsoft. Dicapai pada 29 February 2012.
  11. ^ "Steve Ballmer touts 500,000 Windows 8 downloads in less than 12 hours". Engadget. Dicapai pada 16 September 2011.
  12. ^ "An update that postpones the expiration date of Windows 8 Developer Preview and Windows 8 Server Developer Preview is available". Microsoft. 16 February 2012. Dicapai pada 5 May 2012.
  13. ^ a b "Windows 8: Microsoft unveils consumer preview". Windows 8 Consumer Preview. February 29, 2012. Dicapai pada March 1, 2012.
  14. ^ https://twitter.com/#%21/BuildWindows8/status/175296911966875649
  15. ^ "Windows 8 Consumer Preview hits one million downloads in a day". Engadget. Dicapai pada 2012-03-04.
  16. ^ Musil, Steven (2012-04-23). "Windows 8 'release preview' due in early June | Microsoft - CNET News". News.cnet.com. Dicapai pada 2012-06-11.
  17. ^ Warren, Tom (2012-05-29). "Windows 8 Release Preview leaks out ahead of official debut". The Verge. Dicapai pada 2012-06-11.
  18. ^ "Windows 8 Release Preview now available to download".
  19. ^ Brandon LeBlanc (May 31, 2012). "The Windows 8 Release Preview & Windows Upgrade Offer". Microsoft.
  20. ^ Warren, Tom (1 August 2012). "Microsoft completes Windows 8 development, announces release to manufacturing". The Verge. Vox Media. Dicapai pada 5 August 2012.
  21. ^ "Windows 8 has reached the RTM milestone". Microsoft. August 1, 2012. Dicapai pada August 1, 2012.
  22. ^ "Windows 8 will be available on…". Microsoft. July 18, 2012. Dicapai pada July 18, 2012.
  23. ^ Keizer, Gregg (3 August 2012). "Windows 8 Leaked in Final Form". Computerworld. Dicapai pada 9 August 2012.
  24. ^ Crothers, Brooke (2 August 2012). "Windows 8 final version allegedly leaks out already". CNET. Dicapai pada 9 August 2012.
  25. ^ Miller, Michael. "Build: More Details On Building Windows 8 Metro Apps". PC Magazine. Dicapai pada 10 February 2012.
  26. ^ Rosoff, Matt. "Here's Everything You Wanted To Know About Microsoft's Upcoming iPad Killers". Business Insider. Dicapai pada 10 February 2012.
  27. ^ "Windows 8: Farewell Start button?". The New Zealand Herald. February 10, 2012. Dicapai pada 10 February 2012.
  28. ^ "Microsoft advises developers to stop using 'Metro' name in apps following possible trademark dispute". The Verge. Dicapai pada 3 August 2012.
  29. ^ Dean Hachamovitch (31 May 2012). "Windows Release Preview: The Sixth IE10 Platform Preview". Dicapai pada 7 June 2012.
  30. ^ Whitney, Lance. "Windows 8 to tap heavily into Windows Live". CNET News. Dicapai pada 10 February 2012.
  31. ^ "Managing client access to the Windows Store". Microsoft. February 2012.
  32. ^ Keynote #1 | BUILD2011 | Channel 9. Channel9.msdn.com (2011-09-13). Retrieved on 2011-10-14.
  33. ^ Windows 8 Picture Password Patent Filed by Microsoft. Windows 8 Beta (2011-09-21). Retrieved on 2011-10-14.
  34. ^ "Windows 8: Create a PIN Number to logon". Groovypost. Dicapai pada 24 February 2012.
  35. ^ Paul, Iam. "Microsoft Overhauls Windows Explorer in Windows 8". PC World. Dicapai pada 10 February 2012.
  36. ^ "Windows 8 "Hybrid Boot" discovered".
  37. ^ Woods, Ben (2011-09-09). "Windows 8 'hybrid' mode brings faster boot | Desktop OS | ZDNet UK". Zdnet.co.uk. Dicapai pada 2012-01-27.
  38. ^ "Windows 8 Screenshots: Five New Interesting Features of Windows 8 Part 1".
  39. ^ Mackie, Kurt (2011-09-16). "Microsoft Certified Professional Magazine: Windows 8 Will Run On Thumb Drive, 16 September 2011". Mcpmag.com. Dicapai pada 2012-01-27.
  40. ^ Take, First (2011-09-20). "Windows 8: Windows To Go | ZDNet UK". Zdnet.co.uk. Dicapai pada 2012-01-27.
  41. ^ Bright, Peter. (2011-09-18) Making the lives of IT easier: Windows 8 Refresh, Reset, and Windows To Go. Ars Technica. Retrieved on 2011-10-14.
  42. ^ Native USB 3.0 Support Coming to Windows 8. AnandTech. Retrieved on 2011-10-14.
  43. ^ Thurrott, Paul. "Windows 8 Secrets: Welcome Screen". SuperSite for Windows. Dicapai pada April 10, 2011.
  44. ^ "The Windows 8 Task Manager". Microsoft. October 2011.
  45. ^ "Windows 8 To Integrate Xbox Live Support". Maximum PC. Dicapai pada 2011-08-29.
  46. ^ Sinofsky, Steven. "Virtualizing storage for scale, resiliency, and efficiency". MSDN Blogs.
  47. ^ "Keeping your family safer with Windows 8 - Building Windows 8 - Site Home - MSDN Blogs". Blogs.msdn.com. 2012-05-14. Dicapai pada 2012-06-11.
  48. ^ "Windows 8 'Family Safety' feature chaperones underage users through the World Wild Web". Engadget. 2012-05-14. Dicapai pada 2012-06-11.
  49. ^ "Microsoft: Win8 Simplifies, Improves Parental Monitoring of Kids Computer Activities | PCWorld Business Center". Pcworld.com. Dicapai pada 2012-06-11.
  50. ^ Jason Garms (2011-09-15). "Protecting you from malware". Microsoft.
  51. ^ Tom Warren (12 February 2012). "Windows 8 Start button removed by Microsoft in 'Consumer Preview'". The Verge. Dicapai pada 20 May 2012.
  52. ^ Steven Sinofsky (4 October 2011). "Designing the Start Screen". Microsoft. Dicapai pada 20 May 2012.
  53. ^ PCMAG.com (19 May 2012). "RIP Aero Glass; Windows 8 Sticks a Fork in Familiar UI". Dicapai pada 20 May 2012.
  54. ^ The Verge (6 July 2012). "Microsoft reportedly killing off desktop gadget support in Windows 8". Dicapai pada 6 July 2012.
  55. ^ Steven Sinofsky (29 August 2011). "Improvements in Windows Explorer". Microsoft. Dicapai pada 20 May 2012.
  56. ^ a b Chloe Albanesius (4 May 2012). "Microsoft Dropping DVD Playback Support in Windows 8". PCMag. Dicapai pada 20 May 2012.
  57. ^ "Windows 8 Release Preview ISO images". Microsoft.com. Microsoft. Dicapai pada 3 August 2012.
  58. ^ "PAE/NX/SSE2 Support Requirement Guide for Windows 8". Dicapai pada 4 June 2012.
  59. ^ "Optimizing for both landscape and portrait". Microsoft. Dicapai pada 24 February 2012.
  60. ^ "Virtual Machines compatible with Windows 8 Consumer Preview". Dicapai pada 2012-03-01.
  61. ^ "Windows 8 Secrets: PC and Device Requirements Within Windows". Withinwindows.com. 2012-01-16. Dicapai pada 2012-04-22.
  62. ^ Crothers, Brooke (2012-01-17). "Microsoft lays out Window 8 tablet hardware requirements | Nanotech - The Circuits Blog - CNET News". News.cnet.com. Dicapai pada 2012-04-22.
  63. ^ Newman, Jared (2012-01-17). "Windows 8 Tablet Requirements Revealed". PCWorld. Dicapai pada 2012-04-22.
  64. ^ "Windows 8 Hardware Certification Requirements". Msdn.microsoft.com. Dicapai pada 2012-04-22.
  65. ^ "Building Windows for the ARM processor architecture". Microsoft. February 9, 2012. Dicapai pada February 14, 2012.
  66. ^ "Welcome to Windows 8 - The Developer Preview". Microsoft. Dicapai pada 11 March 2012.
  67. ^ "Redesigning the Windows Logo". February 17, 2012. Dicapai pada February 18, 2012.

Pautan luar