Perang Jepun-Rusia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
Shahril96 (bincang | sumb.)
Baris 40: Baris 40:
== Peperangan ==
== Peperangan ==
=== Perang tahun 1904 ===
=== Perang tahun 1904 ===
Port Arthur, di Jazirah Liaodong di selatan Manchuria, telah diperkuat Rusia hingga menjadi sebuah pangkalan Angkatan Laut besar. Jepun membutuhkan kekuasaan laut untuk berperang di daratan Asia, kerana itu tujuan militer pertama mereka adalah menetralkan armada Rusia di Port Arthur. Pada [[8 Februari]] malam, armada Jepun di bawah pimpinan Admiral [[Heihachiro Togo]] memulai peperangan dengan sebuah serangan [[torpedo]] mendadak pada kapal-kapal Rusia di Port Arthur, sehingga membuat dua kapal perang Rusia rusak parah. Serangan-serangan itu berkembang menjadi [[Pertempuran Port Arthur]] esok paginya. Serangkaian pertempuran laut yang tidak memberikan hasil yang menentukan pun terjadi. Pada kesempatan itu, Jepun tidak berhasil menyerang Rusia dengan menggunakan meriam-meriam darat dari pelabuhan, dan armada Rusia menolak untuk meninggalkan pelabuhan itu dan pergi ke laut terbuka, khususnya setelah kematian Admiral [[Stepan Osipovich Makarov]] pada [[13 April]]. Pertempuran-pertempuran ini memberikan perlindungan bagi sebuah pasukan Jepun untuk mendarat dekat [[Incheon]] di Korea, dan dari sana mereka menduduki [[Seoul]] dan berikutnya seluruh Korea. Pada akhir April, tentara Jepun di bawah [[Kuroki Itei]] bersiap-siap menyeberangi sungai [[Yalu]] ke Manchuria yang saat itu diduduki Rusia.
Port Arthur, di Semenanjung Liaodong di selatan Manchuria, telah diperkuatkan Rusia hingga menjadi sebuah pangkalan Tentera Laut besar. Jepun memerlukan kuasa laut untuk berperang di daratan Asia, kerana itu tujuan ketenteraan pertama mereka adalah meneutralkan armada Rusia di Port Arthur. Pada [[8 Februari]] malam, armada Jepun di bawah pimpinan Admiral [[Heihachiro Togo]] memulakan peperangan dengan sebuah serangan [[torpedo]] mendadak pada kapal-kapal Rusia di Port Arthur, sehingga membuat dua kapal perang Rusia rosak teruk. Serangan-serangan itu berkembang menjadi [[Pertempuran Port Arthur]] esok paginya. Siri pertempuran laut yang tidak memberikan hasil yang menentukan pun terjadi. Pada kesempatan itu, Jepun gagal menyerang Rusia dengan menggunakan meriam-meriam darat dari pelabuhan, dan armada Rusia menolak untuk meninggalkan pelabuhan itu dan pergi ke laut terbuka, khususnya selepas kematian Admiral [[Stepan Osipovich Makarov]] pada [[13 April]] . Pertempuran-pertempuran ini memberikan perlindungan bagi sebuah pasukan Jepun untuk mendarat dekat [[Incheon]] di Korea, dan dari sana mereka menduduki [[Seoul]] dan seterusnya seluruh Korea. Pada akhir April, tentera Jepun di bawah [[Kuroki Itei]] bersiap-siap menyeberangi sungai [[Yalu]] ke Manchuria yang ketika itu diduduki Rusia.


Sebagai jawaban terhadap strategi Jepun yang memberikan kemenangan cepat untuk menguasai Manchuria, Rusia melakukan tindakan-tindakan penghalang untuk memperoleh cukup waktu untuk menunggu tibanya pasukan-pasukan tambahan yang datang melalui [[jalan kereta api Trans-Siberia]] yang panjang. Pada [[1 Mei]], pecahlah [[Pertempuran Sungai Yalu(1904)|Pertempuran Sungai Yalu]]. Dalam pertempuran ini pasukan-pasukan Jepun menyerang sebuah posisi Rusia setelah mereka menyeberangi sungai itu tanpa menghadapi perlawanan. Ini adalah sebuah pertempuran besar pertama dari perang ini di daratan. Pasukan-pasukan Jepun bergerak maju dan mendarat di beberapa titik di pantai Manchuria, serta melakukan sejumlah pertempuran hingga memukul balik pasukan-pasukan Rusia ke Port Arthur. Pertempuran-pertempuran ini, termasuk [[Pertempuran Nanshan]] pada [[25 Mei]], ditandai oleh kekalahan besar Jepun dalam penyerangan kepada sejumlah posisi kuat Rusia, tetapi tentara Rusia tetap bersikap pasif dan tidak melakukan serangan balasan.
Sebagai jawapan terhadap strategi Jepun yang memberikan kemenangan pantas untuk menguasai Manchuria, Rusia melakukan tindakan-tindakan penghalang untuk memperoleh cukup masa untuk menunggu tibanya pasukan-pasukan tambahan yang datang melalui [[jalan kereta api Trans-Siberia]] yang panjang. Pada [[1 Mei]], pecahlah [[Pertempuran Sungai Yalu (1904) | Pertempuran Sungai Yalu]]. Dalam pertempuran ini pasukan-pasukan Jepun menyerang sebuah kedudukan Rusia setelah mereka menyeberangi sungai itu tanpa menghadapi perlawanan. Ini adalah sebuah pertempuran besar pertama dari perang ini di daratan. Pasukan-pasukan Jepun bergerak maju dan mendarat di beberapa titik di pantai Manchuria, serta melakukan sejumlah pertempuran hingga memaksa pasukan-pasukan Rusia kembali ke Port Arthur. Pertempuran-pertempuran ini, termasuk [[Pertempuran Nanshan]] pada [[25 Mei]], ditandai oleh kekalahan besar Jepun dalam serangan kepada sejumlah kedudukan kuat Rusia, tetapi tentera Rusia tetap bersikap pasif dan tidak melakukan serangan balasan.


Di laut, perang ini sama brutalnya. Setelah penyerangan pada [[8 Februari]] terhadap Port Arthur, pasukan Jepun berusaha mencegah pasukan Rusia menggunakan pelabuhan itu.
Di laut, perang ini sama brutalnya. Setelah penyerangan pada [[8 Februari]] terhadap Port Arthur, pasukan Jepun berusaha mencegah pasukan Rusia menggunakan pelabuhan itu.

Semakan pada 10:54, 15 Januari 2013

Perang Jepun-Rusia
Tarikh8 Februari 1904 – 5 September 1905
Lokasi
Keputusan Kemenangan Jepun; Perjanjian Portsmouth
Pihak yang terlibat
 Empayar Rusia
Prinsipaliti Montenegro
 Empayar Jepun
Komandan dan pemimpin
Empayar Rusia Tsar Nikolay II
Empayar Rusia Aleksey Kuropatkin
Empayar Rusia Stepan Makarov 
Empayar Rusia Zinovy Rozhestvensky
Empayar Jepun Maharaja Meiji
Empayar Jepun Ōyama Iwao
Empayar Jepun Nogi Maresuke
Empayar Jepun Tōgō Heihachirō
Kekuatan
500,000 tentera 400,000 tentera
Kerugian dan korban
34,000 – 52,623 terbunuh; 9,300 – 18,830 maut akibat penyakit; 146,032 cedera; 74,369 tertawan; penduduk awam China tak diketahui[1][2] 47,152 – 47,387 terbunuh; 21,802 – 27,200 maut akibat penyakit; 173,425 cedera; penduduk awam China tak diketahui[1][2]

Perang Jepun-Rusia (Jepun: 日露戦争; Romaji: Nichi-Ro Sensō; Rusia: Русско-японская война Russko-Yaponskaya Voyna; Cina ringkas: Cina tradisional: pinyin: Rìézhànzhēng, 10 Februari 1904 – 5 September 1905) adalah satu konflik yang timbul akibat cita-cita untuk meluaskan kuasa oleh Empayar Rusia dan Empayar Jepun ke atas Manchuria dan Korea. Medan pertempuran utama adalah di Manchuria Selatan, terutamanya di kawasan sekitar Semenanjung Liaodong dan Mukden, laut di sekeliling Korea, Jepun, dan Laut Kuning.

Rusia ingin mencari pelabuhan air suam[3] di Lautan Pasifik, untuk tentera laut mereka selain perdagangan maritim. Vladivostok adalah satu-satunya pelabuhan yang beroperasi semasa musim panas, tetapi Pelabuhan Arthur akan beroperasi sepanjang tahun. Bermula pada akhir Perang China-Jepun Pertama dan tahun 1903, rundingan di antara Rusia dan Jepun adalah sia-sia. Jepun memilih peperangan bagi mengekalkan penguasaan ekslusif di Korea.

Keputusan kempen, yang mana tentera Jepun secara konsisten berjaya mengalahkan tentera Rusia, tidak dijangka oleh para pemerhati. Kemenangan ini secara dramatik mengubah keseimbangan kuasa di Asia Timur, menyebabkan penilaian semula kemasukkan terbaru Jepun ke pentas dunia. Kekalahan memalukan menyebabkan rakyat Rusia tidak puas hati akan ketidakcekapan dan rasuah oleh kerajaan Tsar, dan membuktikan penyebab utama pada Revolusi Rusia 1905.

Sebab perang

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, berbagai negara Barat bersaing memperebutkan pengaruh, perdagangan dan wilayah di Asia Timur sementara Jepun berjuang untuk menjadi sebuah negara modern yang besar. Lokasi Jepun mendorongnya untuk memusatkan perhatian pada Dinasti Choson Korea dan Dinasti Qing di China utara, sehingga membuat negara itu bersaing dengan tetangganya, Rusia. Upaya Jepun untuk menduduki Korea menyebabkan pecahnya Perang China-Jepun.

Manchuria Raya, Manchuria Rusia (di bagian luar) adalah wilayah di kanan atas dengan warna merah muda; Jazirah Liaodong adalah bagian yang menjorok ke Laut Kuning

Kekalahan yang dialami Jepun dalam perang itu menyebabkan ditandatanganinya Perjanjian Shimonoseki (17 April 1895). Dengan perjanjian itu China melepaskan klaimnya atas Korea, dan menyerahkan Taiwan dan Lüshunkou (sering disebut Port Arthur). Namun, tiga kekuatan Barat (Rusia, Empayar Jerman dan Republik Ketiga Prancis ) melalui Intervensi Tiga Negara pada 23 April 1895 menekan Jepun untuk menyerahkan Port Arthur, dan belakangan Rusia (tahun 1898) merundingkan penyewaan pangkalan Angkatan Laut selama 25 tahun dengan China. Sementara itu, pasukan-pasukan Rusia menduduki sebagian besar wilayah Manchuria dan Rusia maupun Jepun berusaha mengambil alih Korea.

Setelah gagal mendapatkan perjanjian yang menguntungkannya dengan Rusia, Jepun mengirimkan sebuah ultimatum pada 31 Disember 1903, memutuskan hubungan diplomatik pada 6 Februari, dan mulai menyerang dua hari kemudian. Kedua pihak mengeluarkan pernyataan perang pada 10 Februari. Di bawah undang-undang antarabangsa, serangan Jepun tidak dapat dianggap sebagai serangan tersembunyi, kerana ultimatum telah dikeluarkan. Namun demikian, setelah serangan Pearl Harbor, seringkali dikatakan bahwa ini adalah salah satu contoh betapa Jepun suka melakukan serangan mendadak.

Peperangan

Perang tahun 1904

Port Arthur, di Semenanjung Liaodong di selatan Manchuria, telah diperkuatkan Rusia hingga menjadi sebuah pangkalan Tentera Laut besar. Jepun memerlukan kuasa laut untuk berperang di daratan Asia, kerana itu tujuan ketenteraan pertama mereka adalah meneutralkan armada Rusia di Port Arthur. Pada 8 Februari malam, armada Jepun di bawah pimpinan Admiral Heihachiro Togo memulakan peperangan dengan sebuah serangan torpedo mendadak pada kapal-kapal Rusia di Port Arthur, sehingga membuat dua kapal perang Rusia rosak teruk. Serangan-serangan itu berkembang menjadi Pertempuran Port Arthur esok paginya. Siri pertempuran laut yang tidak memberikan hasil yang menentukan pun terjadi. Pada kesempatan itu, Jepun gagal menyerang Rusia dengan menggunakan meriam-meriam darat dari pelabuhan, dan armada Rusia menolak untuk meninggalkan pelabuhan itu dan pergi ke laut terbuka, khususnya selepas kematian Admiral Stepan Osipovich Makarov pada 13 April . Pertempuran-pertempuran ini memberikan perlindungan bagi sebuah pasukan Jepun untuk mendarat dekat Incheon di Korea, dan dari sana mereka menduduki Seoul dan seterusnya seluruh Korea. Pada akhir April, tentera Jepun di bawah Kuroki Itei bersiap-siap menyeberangi sungai Yalu ke Manchuria yang ketika itu diduduki Rusia.

Sebagai jawapan terhadap strategi Jepun yang memberikan kemenangan pantas untuk menguasai Manchuria, Rusia melakukan tindakan-tindakan penghalang untuk memperoleh cukup masa untuk menunggu tibanya pasukan-pasukan tambahan yang datang melalui jalan kereta api Trans-Siberia yang panjang. Pada 1 Mei, pecahlah Pertempuran Sungai Yalu. Dalam pertempuran ini pasukan-pasukan Jepun menyerang sebuah kedudukan Rusia setelah mereka menyeberangi sungai itu tanpa menghadapi perlawanan. Ini adalah sebuah pertempuran besar pertama dari perang ini di daratan. Pasukan-pasukan Jepun bergerak maju dan mendarat di beberapa titik di pantai Manchuria, serta melakukan sejumlah pertempuran hingga memaksa pasukan-pasukan Rusia kembali ke Port Arthur. Pertempuran-pertempuran ini, termasuk Pertempuran Nanshan pada 25 Mei, ditandai oleh kekalahan besar Jepun dalam serangan kepada sejumlah kedudukan kuat Rusia, tetapi tentera Rusia tetap bersikap pasif dan tidak melakukan serangan balasan.

Di laut, perang ini sama brutalnya. Setelah penyerangan pada 8 Februari terhadap Port Arthur, pasukan Jepun berusaha mencegah pasukan Rusia menggunakan pelabuhan itu.

Senarai pertempuran

Erti penting

Perang ini menandai bangkitnya kekuatan Aisa menandingi kekuatan Barat yang berkuasa di China saat itu. Kemenangan ini membuat kekuatan Barat harus memperhitungkan Jepun dalam urusan politik di Asia. Selain itu, kemenangan ini memicu kebangkitan nasional di negara-negara Asia lainnya yang sedang terjajah oleh negara Eropah.

Rujukan

  1. ^ a b Samuel Dumas, Losses of Life Caused By War (1923)
  2. ^ a b Erols.com, Twentieth Century Atlas – Death Tolls and Casualty Statistics for Wars, Dictatorships and Genocides.
  3. ^ Forczyk, p. 22 "Tsar's diary entry"

Bibliografi

Bacaan lanjut

  • Corbett, Sir Julian. Maritime Operations In The Russo-Japanese War 1904–1905. (1994) Originally classified, and in two volumnes, ISBN 1-55750-129-7.
  • Grant, R., Captain, D.S.O. Before Port Arthur In A Destroyer. (The Personal Diary Of A Japanese Naval Officer – Translated from the Spanish Edition by Captain R. Grant, D.S.O. Rifle Brigade). John Murray, Albemarle St. W. (1907).
  • Hough, Richard A. The Fleet That Had To Die. Ballantine Books. (1960).
  • Jukes, Geoffry. The Russo-Japanese War 1904–1905. Osprey Essential Histories. (2002). ISBN 978-1-84176-446-7.
  • Kowner, Rotem (2006). Historical Dictionary of the Russo-Japanese War. Scarecrow. ISBN 0-8108-4927-5.
  • Matsumura Masayoshi, Ian Ruxton (trans.), Baron Kaneko and the Russo-Japanese War (1904–05), Lulu Press 2009 ISBN 978-0-557-11751-2
  • Morris, Edmund (2002). Theodore Rex, Books.Gooble.com. New York: Random House. 10-ISBN 0-8129-6600-7; 13-ISBN 978-0-8129-6600-8
  • Novikov-Priboy, Aleksei. Tsushima. (An account from a seaman aboard the Battleship Orel (which was captured at Tsushima). London: George Allen & Unwin Ltd. (1936).
  • Nish, Ian Hill. (1985). The Origins of the Russo-Japanese War. London: Longman. 10-ISBN 0-582-49114-2; 13-ISBN 978-0-582-49114-4
  • Okamoto, Shumpei (1970). The Japanese Oligarchy and the Russo-Japanese War. Columbia University Press.
  • Pleshakov, Constantine. The Tsar's Last Armada: The Epic Voyage to the Battle of Tsushima. ISBN 0-465-05792-6. (2002).
  • Saaler, Sven und Inaba Chiharu (Hg.). Der Russisch-Japanische Krieg 1904/05 im Spiegel deutscher Bilderbogen, Deutsches Institut für Japanstudien Tokyo, (2005).
  • Seager, Robert. Alfred Thayer Mahan: The Man And His Letters. (1977) ISBN 0-87021-359-8.
  • Semenov, Vladimir, Capt. The Battle of Tsushima. E.P. Dutton & Co. (1912).
  • Semenov, Vladimir, Capt. Rasplata (The Reckoning). John Murray, (1910).
  • Tomitch, V. M. Warships of the Imperial Russian Navy. Volume 1, Battleships. (1968).
  • Warner, Denis & Peggy. The Tide at Sunrise, A History of the Russo-Japanese War 1904–1905. (1975). ISBN 0-7146-5256-3.
  • Japanese Ministry of Foreign Affairs, Correspondence Regarding the Negotiations between Japan and Russia (1903–1904), Presented to the Imperial Diet, March 1904 (Tokyo, 1904)

Pautan luar

Templat:Link GA