Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
ZéroBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: uk:Ар-Разі
Baris 229: Baris 229:
[[tr:El-Razi]]
[[tr:El-Razi]]
[[tk:Muhammet ibn Zekeriýa ar-Razy]]
[[tk:Muhammet ibn Zekeriýa ar-Razy]]
[[uk:Ар-Разі]]
[[ur:ابوبکر الرازی]]
[[ur:ابوبکر الرازی]]
[[wa:El Razi]]
[[wa:El Razi]]

Semakan pada 17:29, 17 Januari 2013

Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi
Gelaran: al-Razi
Lahir: 865
Wafat: 925
Etnik: Parsi
Rantau: Parsi
Bidang: Kimia, Perubatan, Biologi, Sains


Tokoh Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi (محمد زکریای رازی) atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara tahun 865 AD - 925 AD. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah.

Menurut al-Biruni al-Razi dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865 AD (251 Hijrah), dan meninggal di Rayy 925 AD (313 H).

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya sendiri. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secar ameluas ("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Dia tanpa dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam Dunia Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah.

Fail:Rhazes.jpg
al-Razi merawat pesakit. (pelukis tidak dikenali)

Razi adalah seorang yang berfikiran rational sepenuhnya, amat yakin dengan kuasa logik (power of reason); dia dianggap oleh rakan semasa dan penulis bioliografi sebagai bebas dan bebas dari sebarang prajudis he was widely regarded by his contemporaries and biographers as liberal and free from any kind of prejudice, amat cekal dan berani mengutarakan pendapatnya tanpa teragak-agak. Dia percaya kepada kemajuan manusia dan "Tuhan Maha Bijaksana".

Dia mengembara di kebanyakan tempat dan memberikan khidmatnya kepada beberapa putera dan pemerintah terutamanya di Baghdad di mana dia mendirikan makmalnya. Sebagai guru dalam Perubatan dia menarik minat ramai pelajar dalam pelbagai bidang, baik, jujur, dan tegas bagi berkhidmat kepada pesakitnya, tidak kira kaya ataupun miskin.

Institute Razi hari ini di Tehran, Iran dinamakan sempena namanya, dan 'Hari Razi' ('Hari Farmasi') disambut di Iran setiap 27 Ogos.

Riwayat hidup

Dalam bahasa Parsi, Razi membawa erti "dari bandar Ray (juga dieja RAY, REY, atau RAI, Parsi silam RAGHA, Latin RHAGAE) dahulunya salah satu bandar besar di Dunia)", bandar silam di cerun selatan Dataran Elburz Range yang terdampar di selatan Laut Caspian, terletak berhampiran Tehran, Iran. Di bandar ini (seperti Ibnu Sina) dia membuat kebanyakan pencapaian hasil kerjanya.

Pada awal kehidupannya dia boleh menjadi sebagai seorang tukang emas (Baihaqi), pengurup wang (Cf. Ibn abi Usaibi'ah) tetapi lebih besar kemungkinannya sebagai pemain seruling yang menukar minatnya dalam muzik kepada alkhemi (cf. ibn Juljul, Sa'id, ibn Khallikan, Usaibi'ah, al-Safadi). Pada usia tiga puluh (menurut Safadi empat puluh) dia berhenti penyelidikannya dalam alkhemi kerana ujikajinya menyebabkan penyakit mata (Cf. al-Biruni), memaksanya mencari ahli perubatan dan ubat bagi menyembuhkannya. Al-Birflni, Baihaqi dan yang lain, menyatakan bahawa ini adalah sebab mengapa dia memulakan kajian perubatannya. Dia amat kuat belajar setiap hari dan malam. Gurunya adalah 'Ali ibn Rabban al-Tabari (Cf. al-Qifti, Usaibi'ah), seorang pakar perubatan dan ahli falsafah yang lahir di Merv sekitar 192/808 (meninggal. sekitar. 240/855).

Al-Razi mendalami bidang perubatan dan kemungkinan juga bidang falsafah dengan ibn Rabban al-Tabari. Selepas itu minatnya dalam falsafah kerohanian boleh dikesan dari gurunya ini, yang merupakan anak kepada seorang Rabbai yang mahir dalam kitab keagamaan (Scriptures). Menurut Prof.Hamed Abdel-reheem Ead, Profesor Kimia di Fakulti Sains, Universiti Cairo (Cf. the Alchemy Website): " (...) Al-Razi mulai mempelajari perubatan selepas lawatan pertamanya ke Baghdad, apabila dia berusia sekurang-kurangnya 30 tahun, di bawah ahli perubatan yang terkenal Ali ibn Sahl (Yahudi yang memasuki Islam, tergolong kepada sekolah perubatan Tabaristan atau Hyrcania yang terkenal. Dia menunjukkan kepakaran yang mendalam berkenaan bidang tersebut sehinggakan dia dengan pantas melepasi gurunya, dan menulis tidak kurang daripada seratus buku perubatan. Dia turut mengarang 33 penulisan (treatises) berkenaan sains semulajadi (tidak termasuk alkhemi),ilmu hisab dan astronomi (...)."

Al-Razi menjadi terkenal dalam bandar asalnya sebagai ahli perubatan. Dia menjadi Pengarah (Direktor) hospital Rayy (Cf. ibn Juljul, al-Qifti, ibn abi Usaibi'ah), semasa pemerintahan Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad yang merupakan gabenor Rayy dari 290-296/902-908 bagi pihak sepupunya Ahmad ibn Isma'il ibn Ahmad, pemerintah Samanian kedua. Razi menujukan kitab perubatannya al-Tibb al-'Mansuri kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad , yang disahkan dalam manuskrip tulis tangan dalam bukunya. Ini disanggah oleh ibn al-Nadim', tetapi al-Qifti dan ibn abi Usaibi'ah mengesahkan bahawa yang bernama Mansur sememangnya Mansur ibn Isma'il yang meninggal pada 365/975. al-Razi berpindah dari Rayy ke Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Muktafi (sekitar.289/901-295/907) di mana dia sekali lagi menjawat jawatan Ketua Pengarah (Chief Director) hospital.

Selepas kemangkatan al-Muktafi (295/907) al-Razi dikatakan kembali ke Rayy di mana dia mempunyai ramai pelajar dengannya. Sebagaimana diterangkan oleh Ibn al-Nadim dalam Fihrist, al-Razi ketika itu adalah Sheikh (gelaran bagi seseorang yang berhak mengajar) "with a big head similar to a sack", dikelilingi oleh beberapa surrounded by several bulatan pelajar. Apabila seseorang sampai dengan soalan saintifik, soalan ini disampaikan kepada pelajar 'bulatan pertama'. Sekiranya mereka tidak mengetahui jawapannya, ia disampaikan kepada 'bulatan kedua'... dan seterusnya, sehingga pada akhirnya, apabila kesemua yang lain telah gagal memberikan jawapan, ia akhirnya sampai kepada al-Razi sendiri. Kita tahu bahawa salah seorang daripada pelajarnya menjadi pakar perubatan. Al-Razi merupakan seorang yang pemurah, dengan sifat perikemanusiaan terhadap pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin, Dia sering kali memberikan mereka rawatan penuh tanpa mengenakan sebarang bayaran, ataupun sebarang bentuk bayaran lain. Apabila dia tidak bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa menulis atau belajar.

Fakta ini mungkin menjadi punca kepada melemahkan penglihatannya sehingga menyebabkan dia menjadi buta pada kedua belah matanya. Sesetengah mengatakan bahawa punca dia buta disebabkan dia makan terlalu banyak kacang (broad beans) (baqilah). Penyakit matanya bermula dengan katarak dan berakhir dengan buta sepenuhnya. Khabar angin menyebut dia enggan dirawat bagi katarak, mendakwa bahawa dia "telah melihat begitu banyak dunia sehinggakan dia tidak larat lagi melihatnya." Bagaimanapun, ini kelihatannya sebagai lelucuan dan bukannya berdasarkan fakta sejarah. Salah seorang penuntutnya dari Tabaristan datang bagi menjaganya, tetapi, menurut al-Biruni, dia enggan dirawat dan mengistiharkan bahawa ianya tidak berguna kerana waktu matinya telah dekat Beberapa hari kemudian dia meninggal di Rayy, pada 5 Sha'ban 313/27 Oktober 925.

Guru Al-Razi dan Penentangnya

Selain daripada Ali ibn Rabban al-Tabari, yang mengajar al-Razi perubatan, Ibn al-Nadim mengatakan bahawa indicates al-Razi mempelajari falsafah dengan al-Balkhi, yang telah jauh mengembara dan mengetahui banyak perkara mengenai falsafah dan sains kunu. Sesetengah turut mendakwa bahawa al-Razi attributed sebahagian buku al-Balkhi berkenaan falsafah kepada dirinya sendiri. Tidak banyak yang diketahui mengenai al-Balkhi, walaupun nama penuhnya.

Penentang al-Razi, sebaliknya, diketahui ramai. Mereka termasuk yang berikut:

1. Abu al-Qasim al-Balki, ketua Mu'tazilah di Baghdad (m. 319/931), penulis semasa dengan al-Razi yang menulis banyak bangkangan terhadap buku al-Razi, terutamanya buku Ilm al-Ilahi. Percanggahannya dengan al-Razi menghasilkan (entailed pemikirannya berkenaan konsep 'Masa'.

2. Shuhaid ibn al-Husain al-Balkhi, dengan mana al-Razi terbabit dengan banyak pertikaian; satu daripadanya adalah konsep 'Nikmat', dijelaskan dalam bukunya Tafdll Ladhdhat al-Nafs di mana Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sijistani memetiknya dalam karangannya Siwan al-Hikmah. Al-Balkhi meninggal sebelum 329/940.

3. Abu Hatim al-Razi menjadi penentang al-Razi yang paling penting (m. 322/933-934) dan merupakan salah seorang pendakwah Isma'ili teragung. Dia menerbitkan pertikaian dengan al-Razi dalam bukunya A'lam al-Nubuwwah. Disebabkan buku ini, pemikiran al-Razi berkenaan Rasul dan Ugama kekal sehingga kini.

4. Ibn al-Tammar (kemungkinannya adalah abu Bakr Husain al-Tammar, menurut Kraus) merupakan seorang ahli perubatan dan dia turut mempunyai pertikaian dengan al-Razi, yang di rakamkan oleh abu Hatim al-Razi dalam A'lam al-Nubuwwah. Ibn al-Tammar tidak bersetuju dengan buku al-Razi, al-Tibb al-Ruhani tetapi al-Razi membalasnya. Malah, al-Razi menulis dua anti thesis (antitheses):

(a) Jawapan pertama berkenaan pertikaian al-Tammar dengan Misma'i berkenaan 'Jisim (Matter)'.

(b) Jawapan kedua kepada pendapat al-Tammar pada 'Atmosphera penduduk dalam bumu (subterranean habitations)'.

5.Yang berikut merupakan penulis yang disebut oleh al-Razi dalam penulisannya:

(a) al-Misma'i, seorang Mutakallim, yang menentang 'kebendaan (materialists)', dijawab oleh penulisan (treatise) al-Razi.

(b) Jarir, pakar perubatan yang mempunyai teori berkenaan 'Memakan mulberries hitam selepas minum air tembikai'.

(c) al-Hasan ibn Mubarik al-Ummi, kepada mana al-Razi menulis dua (epistles) dengan ulasan.

(d) al-Kayyal, seorang Mutakallim: al-Razi menulis buku berkenaan Theori berkenaan Imam nya.

(e) Mansur ibn Talhah, sebagai pengarang buku "Makhluk", yang dikritik oleh al-Razi.

(f) Muhammad ibn al-Laith al-Rasa'ili yang menentang alkhemist yang dipertikai oleh al-Razi.

6. Ahmad ibn al-Tayyib al-Sarakhasi (m. 286/899), merupakan semasa yang lebih tua pada al-Razi. Al-Razi mempertikai pendapatnya mengenai 'rasa pahit'. Tambahan lagi dia membangkang gurunya Ya'qub ibn Ishaq al-Kindi, berkenaan penulisannya, dalam mana dia merendah-rendahkan alkhemist.

Sumbangannya kepada perubatan

Cacar lawan campak

Pakar perubatan Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.

Di Barat pula, ketika meletusnya Perang Crimea 1855, mereka yang tercedera dirawat di dalam hospital yang berkeadaan kotor dan tidak terurus. Apabila Florence Nightingale merawat mangsa perperangan tersebut, konsep kebersihan masih tidak diberi penekanan dan hospital tentera didirikan di atas pembentungan. Ini menyebabkan, walaupun diberi penjagaan rapi oleh Florence Nightingale, jumlah kematian di hospital tersebut lebih tinggi berbanding hospital lain. Siasatan pada 1855 menyimpulkan bahawa kematian tersebut disebabkan kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik.

Buku kimia karangannya

Buku pada alkimia

Buku Perubatan yang dikarang oleh al-Razi.

Ini adalah buku yang ditulis oleh al-Razi berkenaan kimia (alchemy), kebanyakannya dalam bahasa Parsi:

  • Modkhele Taalimi
  • Elaleh Ma'aaden
  • Isbaate Sanaa'at
  • Ketabeh Sang
  • Ketabe Tadbir
  • Ketabe Aksir
  • Ketabe Sharafe Sanaa'at
  • Ketabe Tartib, Ketabe Rahat, Buku Mudah
  • Ketabe Tadabir
  • Ketabe Shavahed
  • Ketabe Azmayeshe Zar va Sim (Ujian pada Emas)
  • Ketabe Serre Hakimaan
  • Ketabe Serr (Buku berkenaan Rahsia)
  • Ketabe Serre Serr (Rahsia pada rahsia)
  • Buku pertama berkenaan Ujikaji
  • Buku kedua berkenaan Ujikaji
  • Resaale'ei Be Faan
  • Arezooyeh Arezookhah
  • Surat kepada wazir Ghasem bin Abdullah
  • Ketabe Tabvib

Rujukan dan bacaan lanjut

  • M. M. Sharif, A History of Muslim Philosophy
  • Paul Kraus, Opera Philosophica: this is the only edition of al-Razi's philosophical books and fragments still extant. Abi Bakr Mohammadi Filii Zachariae Raghensis or Opera Philosophica, fragmentaque quae superssunt. Collegit et edidit Paulus Kraus. Pars Prior. Cahirae MCMXXXIX. Only the first volume was published since Kraus's suicide prevented the publication of the second volume for which he already had gathered a great amount of material. This material was transferred, after his death, to the Institut Francais d'Archeologie Orientale, in Cairo; it still remains to be published.
  • Walker, P. "The Political Implications of al-Razi's Philosophy", in C. Butterworth (ed.) The Political Aspects of Islamic Philosophy, Cambridge, MA: Harvard University Press, 61-94.(1992)
  • Motazed, K. Mohammad Zakaria Razi
  • Stolyarov II, H. "Rhazes: The Thinking Western Physician", in: The Rational Argumentator, Issue VI.(2002) [1]

Bibliografi

Sumber Silam

  • Ibn al-Nadim, Fihrist, (ed. Flugel), pp. 299 et sqq.
  • Sa'id al-Andalusi, Tabaqat al-Umam, p. 33
  • ibn Juljul, Tabaqat al-Atibba w-al-Hukama, (ed. Fu'ad Sayyid), Cairo, 1355/1936, pp. 77-78
  • al-Biruni, Epitre de Beruni, contenant le repertoire des ouvres de Muhammad ibn Zakariya ar-Razi, publiee par P. Kraus, Paris, 1936
  • al-Baihaqi, Tatimmah Siwan al-Hikma, (ed. M. Ghafi), Lahore, 1351/1932
  • al-Qifti,Tarikh al-Hukama, (ed. Lippert), pp. 27-177
  • ibn abi Usaibi'ah,Uyun al-Anba fi Tabaqat al-Atibba, Vol. I, pp. 309-21
  • abu al-Faraj ibn al-'Ibri (Bar-Hebraeus),Mukhtasar Tarikh al-Duwal, (ed. A. Salhani), p. 291
  • Ibn Khallikan, Wafayat al-A'yan,(ed. Muhyi al-Din 'Abd al-Hamid), Cairo, 1948, No. 678, pp. 244-47
  • al-Safadi, Nakt al-Himyan, pp. 249-50
  • Ibn al-'Imad, Shadharat al-Dhahab, Vol. II, p. 263
  • al-'Umari, Masalik al-Absar, Vol. V, Part 2, ff. 301-03 (photostat copy in Dar al-Kutub al-Misriyyah).

Kajian Moden

  • G. S. A. Ranking, The Life and Works of Rhazes, in Proceedings of the Seventeenth International Congress of Medicine, London, 1913, pp. 237-68.
  • J. Ruska, Al-Biruni als Quelle fur das Leben und die Schriften al-Razi's, Isis, Vol. V, 1924, pp. 26-50.
  • Al-Razi als Bahnbrecher einer neuer Chemie, Deutsche Literaturzeitung, 1923, pp. 118-24.
  • Die Alchemie al-Razi's der Islam, Vol. XXII,pp. 283-319.
  • Uber den gegenwartigen Stand der Razi-Forschung, Archivio di stori della scienza, 1924, Vol. V, pp. 335-47
  • H. H. Shader, ZDMG, 79, pp. 228-35 (see translation into Arabic by Abdurrahman Badawi in al-Insan al-Kamil,Islamica, Vol. XI, Cairo, 1950, pp. 37-44).
  • E. O. von Lippmann, Entstehung und Ausbreitung der Alchemie, Vol. II, p. 181.
  • S. Pines, Die Atomenlehre ar-Razi's in Beitrage zur islamischen Atomenlehre, Berlin, 1936, pp. 34-93.
  • Dr. Mahmud al-Najmabadi, Shah Hal Muhammad ibn Zakariya, (1318/1900) *Encyclopaedie des Islams, s. v. (by Ruska).
  • Gamil Bek, Uqud al-Jauliar, Vol. I, pp. 118-27.
  • Izmirli Haqqi, Ilahiyat, Fak. Macm., Vol. I, p. 151; Vol. II, p. 36, Vol. III, pp. 177 et seq.
  • Abdurrahman Badawi, Min Tarlkh al-Ilhad fi al-Islam Islamica, Vol. II, Cairo, 1945, pp. 198-228.
  • Hirschberg,Geschichte der Augenheilkunde, p. 101.
  • E. G.Browne, Arabian Medicine, Cambridge, 1921, pp. 44-53.
  • M. Meyerhof, Legacy of Islam, pp. 323 et seq.
  • F. Wüstenfeld, Geschichte der Arabischen Arzte und Naturforscher, ftn. 98.
  • L. Leelerc, Histoire de la medicine arabe, Paris, 1876, Vol. I, pp. 337-54.
  • H. P. J. Renaud, A propos du millenaire de Razes, in bulletin de la Societe Irancaise d'Histoire de la medicine, Mars-avril, 1931, pp. 203 et seq.
  • A. Eisen, Kimiya al-Razi, RAAD, DIB, 62/4.
  • Aldo Mieli, La science arabe, Leiden, 1938, pp. 8, 16.

Nasr, Science and Civilization in Islam, see. Razes: The Secret of Secrets, p.273, also pp.197-200, and Anawati: L'Alchemie arabe in Rased.

  • A.J. Arberry (transl.), The spiritual Physik of Rhazes (London, John Murray 1950).

Edisi karya falsafah

See C. Brockelmann for the manuscript of al-Razi's extant books in general, see Brockelmann,GAL, I, pp. 268-71 (second edition), Suppl., Vol. I, pp. 418-21. Cf. Paul Kraus: Abi Bakr Mohammadi Filii Zachariae Raghensis, Opera Philosophica, fragmentaque quae superssunt. Collegit et edidit Paulus Kraus. Pars Prior. Cahirae MCMXXXIX.

Pautan luar


Templat:Link FA