Wikipedia:Rencana pilihan/Kriteria: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{| style="float:right; margin:0 0 1em 1em; padding:1em; border:1px solid #A3B1BF; background-color:#faf5ff;"
{| style="float:right; margin:0 0 1em 1em; padding:1em; border:1px solid #A3B1BF; background-color:#faf5ff;"
|{{jalan pintas|[[WP:GP]]}}
|{{jalan pintas|[[WP:RP]]}}
{{fapages}}
{{fapages}}
|}
|}

Semakan pada 02:32, 28 April 2007

Navigasi

Kandungan pilihan:

Alatan rencana pilihan:

Sebelum membuat pencalonan rencana pilihan:

Arkib:


Sebuah rencana pilihan perlu mempunyai sifat-sifat yang berikut:

  1. Ia merupakan contoh karya yang terbaik di portal ini.
  2. Ia dikarang dengan baik secara menyeluruh, tepat dari segi fakta, berkecuali dan stabil. Sila lihat Penulisan yang amat baik dan Rencana sempurna untuk melihat berapa tingginya standard yang telah ditetapkan. Dalam hal ini:
    • (a) "dikarang dengan baik" bermakna prosa yang mendorong dan cemerlang;
    • (b) "menyeluruh" bermakna rencana yang merangkumi segala aspek topik itu, tanpa pengabaian fakta ataupun perincian yang penting;
    • (c) "tepat dari segi fakta" termasuk sokongan fakta dengan bukti khusus dan sedutan luar (sila lihat Wikipedia:Penentusahan); ini termasuk sebuah bahagian "Rujukan" yang menunjukkan rujukan-rujukan yang dipergunakan, dilengkapi dengan sedutan dalam garis, jika sesuai (sila lihat: Wikipedia:Menyebut sumber-sumber). Untuk rencana yang mengandungi nota kaki dan nota penghujung, penggunaan format meta:cite amat digalakkan;
    • (d) "berkecuali" bermakna bahawa rencana itu tidak akan menimbulkan perbalahan dan adalah tepat pada faktanya (sila lihat: Wikipedia:Sudut pandangan berkecuali); dan
    • (e) "stabil" bermakna bahawa rencana itu tidak akan banyak berubah dari sehari ke sehari, dan juga bukan merupakan perkara dalam perang penyuntingan yang masih berlangsung.
  3. Ia mematuhi piawai-piawai yang diterangkan dalam Manual Gaya Penulisan serta WikiProjek yang berkaitan. Ini termasuk mempunyai:
    • (a) bahagian pimpin yang meringkaskan keseluruh topik bagi menyediakan pembaca untuk bahagian-bahagian berikut yang lebih terperinci;
    • (b) sistem yang betul-betul untuk tajuk-tajuk bahagian yang bertatatingkat; dan
    • (c) jadual isi kandungan yang cukup kaya, tetapi tidak sangat terharu (sila lihat: Wikipedia: Bahagian).
  4. Ia mengandungi imej, jika sesuai, dengan kapsyen yang padat dan taraf hak cipta yang boleh diterima; bagaimanapun, imej tidaklah wajib bagi rencana pilihan.
  5. Panjang rencana adalah sesuai, dan rencana itu tertumpu pada topik utama tanpa perincian yang sia-sia; ia harus menggunakan gaya ringkasan untuk meliputi subtopik yang tertulis dengan lebih lanjut dalam mana-mana satu "anak" rencana.

Nota

Lihat juga