Dewan Perwakilan Daerah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: {{Tata Negara Republik Indonesia}} '''Dewan Perwakilan Daerah''' ('''DPD''') ialah dewan negara dalam sistem ketatanegaraan Republik Indonesia yang merupakan wakil-wakil daerah ...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 16:18, 29 April 2007

Templat:Tata Negara Republik Indonesia

Dewan Perwakilan Daerah (DPD) ialah dewan negara dalam sistem ketatanegaraan Republik Indonesia yang merupakan wakil-wakil daerah provinsi dan dipilih melalui Pilihan Raya Umum.

DPD mempunyai peranan seperti yang berikut:

  • Mengajukan cadangan, diikuti dengan pembahasan dan pemberian pertimbangan yang berkaitan dengan bidang perundangan tertentu
  • Mengawasi pelaksanaan undang-undang tertentu.

Bilangan anggota DPD dari setiap provinsi ialah 4 orang dan dengan demikian, jumlah anggota DPD pada saat ini ialah 128 orang. Anggota DPD berkhidmat selama lima tahun, dengan akhir tempoh mereka berbetulan dengan waktu anggota-anggota DPD yang baru mengangkat sumpah.


Pimpinan DPD

Pimpinan DPD terdiri daripada seorang ketua dan 2 orang timbalan ketua. Selain daripada bertugas sebagai pengerusi sidang, pimpinan DPD juga berperanan sebagai jurucakap DPD. Ketua DPD pada saat ini ialah Ginandjar Kartasasmita.

Tugas, bidang kuasa, dan hak

Tugas dan bidang kuasa DPD antara lain adalah seperti yang berikut:

  • Mengajukan kepada DPR Rancangan Undang-Undang yang berkaitan dengan otonomi daerah, hubungan pusat dan daerah, pembentukan dan pemekaran, dan penggabungan daerah, pengelolaan sumber daya alam, dan sumber daya ekonomi lainnya serta yang berkaitan dengan perimbangan keuangan pusat dan daerah. DPR kemudian mengundang DPD untuk membahas RUU tersebut.
  • Memberikan pertimbangan kepada DPR atas RUU APBN dan RUU yang berkaitan dengan pajak, pendidikan, dan agama.
  • Memberikan pertimbangan kepada DPR dalam pemilihan anggota Badan Pemeriksa Keuangan.
  • Melakukan pengawasan atas pelaksanaan undang-undang mengenai otonomi daerah, pembentukan, pemekaran, dan penggabungan daerah, hubungan pusat dan daerah, pengelolaan sumber daya alam, dan sumber daya ekonomi lainnya, pelaksanaan APBN, pajak, pendidikan, dan agama.
  • Menerima hasil pemeriksaan keuangan negara dari BPK untuk dijadikan bahan membuat pertimbangan bagi DPR tentang RUU yang berkaitan dengan APBN.

Anggota DPD juga memiliki hak menyampaikan usul dan pendapat, membela diri, hak imunitas, serta hak protokoler.

Alat-alat DPD

Alat-alat DPD terdiri daripada Pimpinan, Jawatankuasa Ad Hoc, Badan Kehormatan, dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang diperlukan.

Sekretariat DPD

Sekretariat DPD dibentuk melalui Keputusan Presiden untuk mendukung kelancaran pelaksanaan tugas DPD, dengan kakitangannya terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam. Sekretariat ini dipimpin oleh seorang Setiausaha Agung yang dilantik dan diberhentikan menurut Keputusan Presiden atas cadangan Pimpinan DPD.

Kekebalan

Anggota-anggota DPD tidak boleh didakwa di mahkamah atas pernyataan, pertanyaan, atau pendapat mereka yang dikemukakan dalam sidang-sidang DPD, baik secara lisan mahupun secara bertulis, asalkan ia tidak bertentangan dengan Peraturan Tata Tertib dan kod etika lembaga masing-masing. Kekebalan tersebut tidak merangkumi keadaan-keadaan yang mana seseorang anggota mengumumkan maklumat-maklumat yang telah diberikan dalam sidang tertutup yang harus dirahsiakan atau hal-hal yang lain yang mendedahkan rahsia negara.