Kitab Wahyu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
k kunci baru untuk Kategori:Perjanjian Baru: "Wahyu" (HotCat)
Baris 13: Baris 13:
{{Link FA|es}}
{{Link FA|es}}


[[Kategori:Perjanjian Baru]]
[[Kategori:Perjanjian Baru|Wahyu]]


[[am:የዮሐንስ ራዕይ]]
[[am:የዮሐንስ ራዕይ]]

Semakan pada 12:04, 1 Februari 2013

Kitab Wahyu atau Kitab Ilham merupakan kitab terakhir dalam Perjanjian Baru yang memainkan peranan yang paling penting dalam ilmu akhir zaman Kristian. Asalnya ditulis dalam bahasa Yunani Koine, tajuknya berasal dari perkataan pertama dalam catatan itu iaitu apokalypsis yang bererti "pendedahan". Pengarang kitab ini memperkenalkan dirinya sebagai "Yohanes" dan mengaku bahawa beliau berada di sebuah pulau di Laut Aegea yang bernama Patmos, ketika beliau "terdengar sebuah suara kuat" yang memerintahkannya untuk menulis kitab ini. Yohanes ini dikatakan sebagai Yohanes sang Hawari, namun keilmuan masa kini telah mengusulkan kemungkinan lain yang termasuklah tokoh anggapan yang diberi nama Yohanes dari Patmos. Kebanyakan ilmuwan masa kini percaya bahawa Kitab Wahyu dikarang sekitar tahun 70–95 M.

Kitab ini meliputi tiga genre sastera, iaitu warkah, ilham, dan nubuatan. Ia bermula dengan warkah pengantar kepada pembaca, diikuiti oleh serantai peristiwa yang rumit dan berbentuk ilham yang dipetik dari bayangan nubuatan yang kononnya dilihat oleh pengarangnya. Ini termasuklah kemunculan beberapa gambaran yang menjadi penting dalam fahaman akhir zaman Kristian seperti Pelacur Babylon dan Sang Binatang, lantas berakhir dengan Kedatangan Kedua Jesus Christ. Bayangan yang samar-samar dan melebih-lebih ini[1] telah menimbulkan pelbagai tafsiran.

Kitab Wahyu merupakan satu-satunya dokumen yang berbentuk kisah akhir zaman dalam kanun Perjanjian Baru, tetapi terdapat beberapa perenggan ringkas yang berbentuk akhir zaman di merata tempat dalam Injil dan Warkah.

Rujukan

  1. ^ Freeman, Charles (2009). A New History of Early Christianity. m/s. 107. ISBN 978-0300125818. Dicapai pada 29 September 2012. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar


Templat:Link FA