Ron Weasley: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Thijs!bot (bincang | sumb.)
k robot Adding: eo:Ronald Weasley
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{HP character|
{{HP character|
imej= [[Imej:ron.jpg|250px|Ron Weasley]]<br /><small>'''Ronald Weasley''', dilakonkan oleh Rupert Grint, |
imej= [[Imej:ron.jpg|250px|Ron Weasley]]<br /><small>'''Ronald Weasley''', dilakonkan oleh Rupert Grint |
bgcolor=#600|
bgcolor=Brown|
fgcolor=#ff6|
fgcolor=Gold|
nama=Ronald Weasley|
nama=Ronald Weasley|
jantina=[[Lelaki]]|
jantina=[[Lelaki]]|
Baris 19: Baris 19:


Mereka banyak menghabiskan masa bersama di Hogwarts dan memang sukar dipisahkan.
Mereka banyak menghabiskan masa bersama di Hogwarts dan memang sukar dipisahkan.


==Latar Belakang==
Ron adalah anak kepada pasangan [[Arthur Weasley]] dan [[Molly Prewett Weasley|Molly Weasley]], yang merupakan keturunan keluarga ahli sihir tulen. Ron adalah anak keenam daripada tujuh adik beradik. Ron dibesarkan di [[Burrow]], berhampiran perkampungan [[Ottery St. Catchpole]] di [[Devon]]. Ron memiliki 5 orang abang, Bill, Charlie, Percy, Fred dan George, serta seorang adik perempuan, Ginny.

Sebahagian besar rakannya di Gryffindor memanggilnya ''Ron'', kecuali [[Luna Lovegood]] dari Ravenclaw yang memanggilnya ''Ronald'' dan [[Lavender Brown]] yang memanggilnya ''Won-Won'' ketika mereka menjadi kekasih. Fred dan George memanggilnya ''Ickle Ronniekins'' pada buku pertama. [[Draco Malfoy]] dan pelajar [[Slytherin]] biasanya memanggil nama keluarganya. Dobby si [[pari-pari rumah]] pernah memanggilnya ''Wheezy''.

Pada awalnya, bapa Ron bekerja sebagai ketua [[Jabatan Penyalahgunaan Artifak Muggle]], sebuah bahagian kecil di [[Kementerian Sihir]]. Ron sering diejek (oleh Malfoy dan konco-konconya) tentang kemiskinan keluarganya dan ini seringkali membuatnya kesal dan kecewa. Walaupun tidak memiliki banyak wang, Artur dan Molly membesarkan anak-anaknya dengan kasih sayang dan adab yang baik. Biarpun abang-abangnya – terutama si kembar – sering membuli Ron, mereka juga sangat prihatin terhadapnya (termasuk Percy). Sebenarnya, Ron beruntung dibesarkan dalam sebuah keluarga besar yang memiliki ikatan kekeluargaan yang erat, namun dia sering tidak menyedarinya. Berbezalah dengan Harry yang kaya (di dunia sihir), namun hidup dengan ibu dan bapa saudaranya tidak menyayanginya. Harry sendiri mengaku bahwa Burrow adalah tempat kedua yang paling disenanginya (setelah [[Hogwarts]]) dan dia selalu gembira untuk kembali ke rumah keluarga Weasley yang ceria.

==Keperibadian dan kemahiran==
{{spoiler}}
Ciri-ciri fizikal Ron adalah berambut merah (seperti anak-anak Weasley yang lain) dan bermata biru. Beliau kurus, berbintik-bintik di wajahnya, berhidung panjang dan memiliki tangan dan kaki yang berukuran besar.

Abang Ron semuanya memiliki kemahiran dalam bidang tertentu; dan kadang-kala hal ini membuatkan Ron tertekan kerana selalu dibayangi kejayaan abang-abangnya, dan dia memiliki keinginan kuat untuk diperhatikan bagi sesuatu yang benar-benar dilakukannya. Ketika dalam Hogwarts Express untuk pertama kalinya, Ron menceritakan pada Harry, "Aku adalah yang keenam dalam keluarga yang masuk ke Hogwarts. Boleh dikatakan banyak yang diharapkan dariku. Bill dan Charlie sudah tamat belajar dan meninggalkan Hogwarts – Bill dahuulu [[Ketua Pelajar]] dan Charlie Kapten [[Quidditch]]. Sekarang Percy terpilih menjadi [[Pengawas]]. Fred dan George banyak bermain, tapi mereka bagus dan semua orang menganggap mereka bijak. Semua orang mengharapkan aku berprestasi sebaik mereka, tetapi walaupun aku berjaya, ini bukan perkara yang istimewa, kerana mereka sudah melakukannya terlebih dulu. Kau juga tidak akan memiliki barangan baru, kalau punya lima orang abang. Jubah dan pakaianku milik Bill, tongkatku milik Charlie, dan tikus tua inin dulu milik Percy."-Ron Weasley dalam [[Harry Potter And The Sorcerer's Stone (filem)|Harry Potter and the Sorcerer's Stone]]

Di sekolah, Ron juga kadang-kala berada di bawah bayangan dua sahabat karibnya. Hermione yang cerdas adalah pelajar terpandai di sekolah; Harry adalah pemain Quidditch berbakat dan terkenal. Walau bagaimanapun, kesetiaan Ron terhadap sahabatnya tidak perlu dipersoalkan. Dia tidak segan-segan menghareungi bahaya untuk melindungi sahabatnya dan mudah tersinggung ketika orang menghina rakan mahupun keluarganya.

Ketika meningkat dewasa, Ron mula memperlihatkan kemampuannya. Dia terpilih sebagai Pengawas dan Keeper Gryffindor. Pada mulanya banyak orang yang mempertanyakan persembahan Ron sebagai Keeper (terutama ketika Harry menjadi Kapten Pasukan Gryffindor, dan banyak yang beranggapan Harry memilih Ron kerana mereka bersahabat). Ron sebenarnya adalah Keeper yang hebat, tapi kadang-kala kurang percaya pada diri sendiri ketika bertanding di hadapan orang ramai, apatah lagi jika diiringi lagu "Weasley Raja Kami" oleh pelajar Slytherin. ("Jadi, apa yang harus kita lakukan hanyalah meminta penonton pusing belakang dan bercakap sesama sendiri setiap kali Quaffle menuju ke arahnya…" –Fred Weasley dalam [[Harry Potter and the Order of the Phoenix]]). Mujurlah Ron berangsur-angsur memperbaiki penampilannya dan membuktikan bahawa Harry (dan [[Angelina Johnson]]) tidak salah memilihnya sebagai Keeper. Ron adalah pemain Catur Sihir yang hebat. Watak Ron sering diselarikan dengan watak nombor dua seperti [[Sam Gamgee]] dalam trilogi [[Lord of the Rings]] dan [[Han Solo]] di [[Star Wars]]

Ron adalanya sering memberi komen yang sinis, walaupun lucu. Dia seringkali bingung menghadapi sesuatu, terutama yang berkaitan dengan perempuan. Sejak buku ketiga, Ron mula menampakkan tanda-tanda yang dia menyukai Hermione, walaupun mereka sering bertengkar. Dalam buku keenam, sudah jelas kelihatan minatnya pada Hermione, dan demikian pula sebaliknya. Hal ini juga disaksikan oleh Harry (walaupun Harry juga cemas apabila risau hubungan mereka tidak berhasil dan dia terlibat antara keduanya).

==Peranan Ron dalam siri Harry Potter==
===[[Harry Potter dengan Batu Hikmat]]===
Ron masuk ke Hogwarts ketika berumur 11 tahun. Dia bertemu dengan Harry buat pertama kali ketika Harry mengalami kesukaran mencari platform 9 ¾ di Stesen King’s Cross. Mereka berada di geraak yang sama dalam Ekspres Hogwarts dan saling bertukar cerita. Dalam [[Ekspres Hogwarts]] pulal, buat pertama kalinya mereka bertemu dengan Hermione.

Ron dan Harry dipilih masuk ke [[Gryffindor]] (sama seperti abang-abang Ron sebelumnya). Mereka turut berada satu bilik asrama dengan [[Neville Longbottom]], [[Seamus Finnigan]] dan [[Dean Thomas]].

Harry dan Ron pada awalnya tidak menyukai Hermione yang bersifatnya yang mendesak dan merasakan dia tahu segalanya. Namun setelah mereka sama-sama berhadapan dengan [[Trol]] di tandas pelajar perempuan ketika malam [[Halloween]] dan menyelamatkan Hermione serta Hermione sanggup menipu guru untuk melindungi Harry dan Ron, sejak itulah mereka bersahabat.

Dalam [[Cermin Tarsah]], Ron melihat dirinya sebagai Ketua Pelajar dan Kapten Quidditch.

Ron berperanan besar dalam mendapatkan Batu Hikmat. Kepandaiannya bermain Catur Sihir menyebabkan Harry boleh melepasi buah catur raksasa dengan selamat, walaupun Ron harus merelakan dirinya tercedera.

Dalam Jamuan Perpisahan, Dumbledore menghadiahi Ron 50 mata "…untuk permainan catur paling hebat yang belum pernah dilihat Hogwarts dalam tahun-tahun kebelakangan ini."

===[[Harry Potter dan Bilik Rahsia]]===

Ketika cuti musim panas, Ron menulis surat untuk Harry beberapa kali, tetapi tidak pernah dibalas (kerana Hedwig, burung hantu Harry, dikurung oleh keluarga Dursley). Lagipun, suratnya telah diambi oleh [[Dobby]]. Ron cemas dan meyakinkan Fred dan George untuk menerbangkan [[Ford Anglia]] milik bapa mereka yang telah diubahsuai untuk menyelamatkan Harry. Mereka berjaya namun setibanya mereka di Burrow, Ron, Fred dan George dimarahi ibu mereka.

Setelah Dobby si Pari-pari Rumah menghalang Ron dan Harry memasuki Platform 9 ¾, Ron mendapat ilham untuk menerbangkan Ford Anglia ke Hogwarts. Mereka nyaris berjaya tetapi ketika di halaman Hogwarts, tiba-tiba kereta itu kehilangan tenaga dan menerjah [[Dedalu Perkasa]]. Itu menyebabkan ongkat Ron patah. Dia cuba untuk melekatkannya dengan [[Spellotape]], tetapi tongkat yang dahulunya milik Charlie itu tidak bleh berfungsi seperti biasa. Kemudian, 'disambut' oleh Snape yang gembira kerana mempunyai kesempatan untuk membuang mereka dari Hogwarts, tetapi mujurlah mereka segera diselamatkan oleh Dumbledore. Pada keesokan harinya, Ron menerima [[Howler]] daripada ibunya.

Ron, Harry, dan Hermione mencurigai [[Draco Malfoy]] sebagai [[pewaris Slytherin]] yang membuka [[Bilik Rahasia]]. Untuk menyiasat hal ini, Ron dan Harry meminum [[Posyen Polijus]] dan menyamar sebagai [[Vincent Crabbe]] dan [[Gregory Goyle]]. Hasilnya, mereka mengetahui bahawa Malfoy bukanlah pewaris Slytherin dan Hermione terpaksa bermalam di hospital kerana rambut yang dianggapnya milik [[Millicent Bulstrode]] sebenarnya adalah bulu kucing.

Ron bertengkar dengan Malfoy kerana memanggil Hermione "Darah Lumpur". Ron cuba mengenakan jampi ke atas Malfoy, namun jampinya berbalik mengena dirinya sendiri sehingga menyebabkan dia memuntahkan lintah bulan.

Ron turut yang memberikan petunjuk pertama tentang identiti [[Tom Marvolo Riddle|Tom Riddle]]. Setelah Harry menemui diari Riddle, Ron ingat bahawa dia pernah melihat nama "T.M. Riddle" pada sebuah trofi "Penghormatan Terhadap Sekolah".

Dalam usaha untuk mencari pewaris Slytherin, Ron terpaksa untuk mengatasi ketakutan terbesarnya, iaitu labah-labah. Hagrid meninggalkan petunjuk pada Ron dan Harry untuk mengikut labah-labah yang membawa mereka ke sarang [[Aragog]]. Walaupun Ron sangat ketakutan, namun mereka kini pasti bahawa bukan Hagrid yang membuka Bilik Rahsia 50 tahun yang lalu.

Ketika Ron mengetahui bahawa adiknya Ginny telah dibawa ke Bilik Rahasia dan berkemungkinan akan dibunuh dan ditinggalkan di sana, dia dan Harry berusaha menyelamatkannya. Mereka menemui pintu masuk ke Bilik Rahsia dalam tandas yang dihantui oleh [[Myrtle Mengerang]]. Mereka memasuki Bilik Rahasia bersama [[Gilderoy Lockhart]]. Lockhart berusaha untuk mengenakan [[Mantera Pelupa]] dengan tongkat Ron, namun sekali lagi jampi itu mengena dirinya sendiri menyebabkan dia hilang ingatan dan kemudiannya dirawat di St.Mungo. Ron terperangkap dan terpaksa menunggu Harry dan berusaha untuk mengalihkan batu-batu yang runtuh agar Harry boleh kembali.

===[[Harry Potter dengan Banduan Azkaban]]===

Ketika cuti, Ron menelefon [[Privet Drive]]. Malangnya, panggilan Ron (yang belum pernah menggunakan telefon) diterima oleh Vernon Dursley. Ron menjerit di telefon yang menimbulkan kemarahan Vernon Dursley. Sejak itu, Ron tidak pernah menelefon Harry lagi.

Keluarga Weasley memenangi hadiah 1000 [[Galleon]] yang digunakan untuk bercuti ke Mesir, mengunjungi anak sulung Weasley, Bill. Dan Ron mendapat tongkat baru untuk menggantikan tongkatnya yang patah.

Dalam Ekspres Hogwarts, Ron, Harry dan Hermione berkongsi gerabak dengan [[Remus Lupin]] yang tidur sepanjang perjalanan.

Setibanya di Hogwarts, Ron memarahi [[Crookshanks]], kucing baru Hermione yang selalu mengacau [[Scabbers]], tikus peliharaannya. Ketika Scabbers hilang, Ron mengatakan yang Crookshanks telah membunuhnya. Ini membuatkan Ron dan Hermione tidak bercakap selama hari.

Ketika Krismas, Ron dan Harry marah pada Hermione kerana mengadu pada McGonagall tentang [[Firebolt]] yang diterima Harry tanpa mengetahui siapa pengirimnya. Hermione mengagak yang penyapu tersebut telah dijampi untuk mencederakan (mungkin membunuh) Harry. Tapi setelah diperiksa dan dikembalikan pada Harry, mereka kembali berbaik dan Ron mengambil alih tugas mempersiapkan pembelaan [[Buckbeak]] setelah Hermione tertekan akibat beban pelajarannya.

Harry, Ron dan Hermione yang hendak menyaksikan pemancungan [[Buckbeak]] terganggu disebabkan Scabbers tiba-tiba menghilang dan Ron mengejarnya hingga ke Dedalu Perkasa. Seekor anjing besar muncul dan menyeret Ron menuju ke dalam lorong yang terdapat di bawah Dedalu Perkasa yang bersambungan ke [[Gubuk Menjerit]]. Harry dan Hermione mengikutnya. Ternyata anjing tersebut adalah Animagus [[Sirius Black]] yang menghilang dari Penjara [[Azkaban]]. Profesor Lupin, yang mengikut mereka ke [[Gubuk Menjerit]], bersama dengan Sirius, menjampi Scabbers, yang sebenarnya adalah Animagus [[Peter Pettigrew]], sahabat mereka dahulu, yang kemudian menjadi hamba [[Lord Voldemort]] yang memberi maklumat tentang kedudukan Keluarga Potter dan mengakibatkan kematian ibu bapa Harry. Ketika Lupin berubah menjadi [[serigala jadian]], Pettigrew berjaya melepaskan diri. Ron yang tercedera harus dirawat di sayap hospital sementara Harry dan Hermione menggunakan [[Pemutar Masa]] untuk menyelamatkan Sirius dan Buckbeak. Sirius memberi Ron seekor burung hantu, kerana merasakan dirinya penyebab Ron kehilangan binatang peliharaan. Ginny menamakan burung hantu Ron [[Pigwidgeon]] walaupun tidak disukai Ron yang kemudiannya Ron sendiri memanggil burung hantu itu dengan panggilan "Pig".

===[[Harry Potter dalam Piala Api]]===



==Lihat juga==
==Lihat juga==

Semakan pada 13:48, 3 Mei 2007

Watak Harry Potter
Ron Weasley
Ronald Weasley, dilakonkan oleh Rupert Grint
Ronald Weasley
Jantina Lelaki
Warna rambut Merah
Warna mata Biru
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Rupert Grint
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem)

Ronald "Ron" Bilius Weasley (lahir pada 1 Mac 1980) merupakan watak rekaan J. K. Rowling dalam siri Harry Potter. Setakat ini, Rupert Grint telah melakonkan watak ini bagi keempat-empat filem pertama Harry Potter.

Dua rakan baiknya di Sekolah Sihir Hogwarts merupakan watak utama siri tersebut iaitu Harry Potter dan Hermione Granger.Harry dan Ron bertemu buat kali pertama ketika di stesen King's Cross iaitu sebelum melangkah ke Platform 9¾. Mereka berkongsi gerabak dan ketika itulah Ron menunjukkan binatang belaannya, Scabbers dan Harry berkongsi manisan bersama.

Mereka banyak menghabiskan masa bersama di Hogwarts dan memang sukar dipisahkan.


Latar Belakang

Ron adalah anak kepada pasangan Arthur Weasley dan Molly Weasley, yang merupakan keturunan keluarga ahli sihir tulen. Ron adalah anak keenam daripada tujuh adik beradik. Ron dibesarkan di Burrow, berhampiran perkampungan Ottery St. Catchpole di Devon. Ron memiliki 5 orang abang, Bill, Charlie, Percy, Fred dan George, serta seorang adik perempuan, Ginny.

Sebahagian besar rakannya di Gryffindor memanggilnya Ron, kecuali Luna Lovegood dari Ravenclaw yang memanggilnya Ronald dan Lavender Brown yang memanggilnya Won-Won ketika mereka menjadi kekasih. Fred dan George memanggilnya Ickle Ronniekins pada buku pertama. Draco Malfoy dan pelajar Slytherin biasanya memanggil nama keluarganya. Dobby si pari-pari rumah pernah memanggilnya Wheezy.

Pada awalnya, bapa Ron bekerja sebagai ketua Jabatan Penyalahgunaan Artifak Muggle, sebuah bahagian kecil di Kementerian Sihir. Ron sering diejek (oleh Malfoy dan konco-konconya) tentang kemiskinan keluarganya dan ini seringkali membuatnya kesal dan kecewa. Walaupun tidak memiliki banyak wang, Artur dan Molly membesarkan anak-anaknya dengan kasih sayang dan adab yang baik. Biarpun abang-abangnya – terutama si kembar – sering membuli Ron, mereka juga sangat prihatin terhadapnya (termasuk Percy). Sebenarnya, Ron beruntung dibesarkan dalam sebuah keluarga besar yang memiliki ikatan kekeluargaan yang erat, namun dia sering tidak menyedarinya. Berbezalah dengan Harry yang kaya (di dunia sihir), namun hidup dengan ibu dan bapa saudaranya tidak menyayanginya. Harry sendiri mengaku bahwa Burrow adalah tempat kedua yang paling disenanginya (setelah Hogwarts) dan dia selalu gembira untuk kembali ke rumah keluarga Weasley yang ceria.

Keperibadian dan kemahiran

Templat:Spoiler Ciri-ciri fizikal Ron adalah berambut merah (seperti anak-anak Weasley yang lain) dan bermata biru. Beliau kurus, berbintik-bintik di wajahnya, berhidung panjang dan memiliki tangan dan kaki yang berukuran besar.

Abang Ron semuanya memiliki kemahiran dalam bidang tertentu; dan kadang-kala hal ini membuatkan Ron tertekan kerana selalu dibayangi kejayaan abang-abangnya, dan dia memiliki keinginan kuat untuk diperhatikan bagi sesuatu yang benar-benar dilakukannya. Ketika dalam Hogwarts Express untuk pertama kalinya, Ron menceritakan pada Harry, "Aku adalah yang keenam dalam keluarga yang masuk ke Hogwarts. Boleh dikatakan banyak yang diharapkan dariku. Bill dan Charlie sudah tamat belajar dan meninggalkan Hogwarts – Bill dahuulu Ketua Pelajar dan Charlie Kapten Quidditch. Sekarang Percy terpilih menjadi Pengawas. Fred dan George banyak bermain, tapi mereka bagus dan semua orang menganggap mereka bijak. Semua orang mengharapkan aku berprestasi sebaik mereka, tetapi walaupun aku berjaya, ini bukan perkara yang istimewa, kerana mereka sudah melakukannya terlebih dulu. Kau juga tidak akan memiliki barangan baru, kalau punya lima orang abang. Jubah dan pakaianku milik Bill, tongkatku milik Charlie, dan tikus tua inin dulu milik Percy."-Ron Weasley dalam Harry Potter and the Sorcerer's Stone

Di sekolah, Ron juga kadang-kala berada di bawah bayangan dua sahabat karibnya. Hermione yang cerdas adalah pelajar terpandai di sekolah; Harry adalah pemain Quidditch berbakat dan terkenal. Walau bagaimanapun, kesetiaan Ron terhadap sahabatnya tidak perlu dipersoalkan. Dia tidak segan-segan menghareungi bahaya untuk melindungi sahabatnya dan mudah tersinggung ketika orang menghina rakan mahupun keluarganya.

Ketika meningkat dewasa, Ron mula memperlihatkan kemampuannya. Dia terpilih sebagai Pengawas dan Keeper Gryffindor. Pada mulanya banyak orang yang mempertanyakan persembahan Ron sebagai Keeper (terutama ketika Harry menjadi Kapten Pasukan Gryffindor, dan banyak yang beranggapan Harry memilih Ron kerana mereka bersahabat). Ron sebenarnya adalah Keeper yang hebat, tapi kadang-kala kurang percaya pada diri sendiri ketika bertanding di hadapan orang ramai, apatah lagi jika diiringi lagu "Weasley Raja Kami" oleh pelajar Slytherin. ("Jadi, apa yang harus kita lakukan hanyalah meminta penonton pusing belakang dan bercakap sesama sendiri setiap kali Quaffle menuju ke arahnya…" –Fred Weasley dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix). Mujurlah Ron berangsur-angsur memperbaiki penampilannya dan membuktikan bahawa Harry (dan Angelina Johnson) tidak salah memilihnya sebagai Keeper. Ron adalah pemain Catur Sihir yang hebat. Watak Ron sering diselarikan dengan watak nombor dua seperti Sam Gamgee dalam trilogi Lord of the Rings dan Han Solo di Star Wars

Ron adalanya sering memberi komen yang sinis, walaupun lucu. Dia seringkali bingung menghadapi sesuatu, terutama yang berkaitan dengan perempuan. Sejak buku ketiga, Ron mula menampakkan tanda-tanda yang dia menyukai Hermione, walaupun mereka sering bertengkar. Dalam buku keenam, sudah jelas kelihatan minatnya pada Hermione, dan demikian pula sebaliknya. Hal ini juga disaksikan oleh Harry (walaupun Harry juga cemas apabila risau hubungan mereka tidak berhasil dan dia terlibat antara keduanya).

Peranan Ron dalam siri Harry Potter

Harry Potter dengan Batu Hikmat

Ron masuk ke Hogwarts ketika berumur 11 tahun. Dia bertemu dengan Harry buat pertama kali ketika Harry mengalami kesukaran mencari platform 9 ¾ di Stesen King’s Cross. Mereka berada di geraak yang sama dalam Ekspres Hogwarts dan saling bertukar cerita. Dalam Ekspres Hogwarts pulal, buat pertama kalinya mereka bertemu dengan Hermione.

Ron dan Harry dipilih masuk ke Gryffindor (sama seperti abang-abang Ron sebelumnya). Mereka turut berada satu bilik asrama dengan Neville Longbottom, Seamus Finnigan dan Dean Thomas.

Harry dan Ron pada awalnya tidak menyukai Hermione yang bersifatnya yang mendesak dan merasakan dia tahu segalanya. Namun setelah mereka sama-sama berhadapan dengan Trol di tandas pelajar perempuan ketika malam Halloween dan menyelamatkan Hermione serta Hermione sanggup menipu guru untuk melindungi Harry dan Ron, sejak itulah mereka bersahabat.

Dalam Cermin Tarsah, Ron melihat dirinya sebagai Ketua Pelajar dan Kapten Quidditch.

Ron berperanan besar dalam mendapatkan Batu Hikmat. Kepandaiannya bermain Catur Sihir menyebabkan Harry boleh melepasi buah catur raksasa dengan selamat, walaupun Ron harus merelakan dirinya tercedera.

Dalam Jamuan Perpisahan, Dumbledore menghadiahi Ron 50 mata "…untuk permainan catur paling hebat yang belum pernah dilihat Hogwarts dalam tahun-tahun kebelakangan ini."

Harry Potter dan Bilik Rahsia

Ketika cuti musim panas, Ron menulis surat untuk Harry beberapa kali, tetapi tidak pernah dibalas (kerana Hedwig, burung hantu Harry, dikurung oleh keluarga Dursley). Lagipun, suratnya telah diambi oleh Dobby. Ron cemas dan meyakinkan Fred dan George untuk menerbangkan Ford Anglia milik bapa mereka yang telah diubahsuai untuk menyelamatkan Harry. Mereka berjaya namun setibanya mereka di Burrow, Ron, Fred dan George dimarahi ibu mereka.

Setelah Dobby si Pari-pari Rumah menghalang Ron dan Harry memasuki Platform 9 ¾, Ron mendapat ilham untuk menerbangkan Ford Anglia ke Hogwarts. Mereka nyaris berjaya tetapi ketika di halaman Hogwarts, tiba-tiba kereta itu kehilangan tenaga dan menerjah Dedalu Perkasa. Itu menyebabkan ongkat Ron patah. Dia cuba untuk melekatkannya dengan Spellotape, tetapi tongkat yang dahulunya milik Charlie itu tidak bleh berfungsi seperti biasa. Kemudian, 'disambut' oleh Snape yang gembira kerana mempunyai kesempatan untuk membuang mereka dari Hogwarts, tetapi mujurlah mereka segera diselamatkan oleh Dumbledore. Pada keesokan harinya, Ron menerima Howler daripada ibunya.

Ron, Harry, dan Hermione mencurigai Draco Malfoy sebagai pewaris Slytherin yang membuka Bilik Rahasia. Untuk menyiasat hal ini, Ron dan Harry meminum Posyen Polijus dan menyamar sebagai Vincent Crabbe dan Gregory Goyle. Hasilnya, mereka mengetahui bahawa Malfoy bukanlah pewaris Slytherin dan Hermione terpaksa bermalam di hospital kerana rambut yang dianggapnya milik Millicent Bulstrode sebenarnya adalah bulu kucing.

Ron bertengkar dengan Malfoy kerana memanggil Hermione "Darah Lumpur". Ron cuba mengenakan jampi ke atas Malfoy, namun jampinya berbalik mengena dirinya sendiri sehingga menyebabkan dia memuntahkan lintah bulan.

Ron turut yang memberikan petunjuk pertama tentang identiti Tom Riddle. Setelah Harry menemui diari Riddle, Ron ingat bahawa dia pernah melihat nama "T.M. Riddle" pada sebuah trofi "Penghormatan Terhadap Sekolah".

Dalam usaha untuk mencari pewaris Slytherin, Ron terpaksa untuk mengatasi ketakutan terbesarnya, iaitu labah-labah. Hagrid meninggalkan petunjuk pada Ron dan Harry untuk mengikut labah-labah yang membawa mereka ke sarang Aragog. Walaupun Ron sangat ketakutan, namun mereka kini pasti bahawa bukan Hagrid yang membuka Bilik Rahsia 50 tahun yang lalu.

Ketika Ron mengetahui bahawa adiknya Ginny telah dibawa ke Bilik Rahasia dan berkemungkinan akan dibunuh dan ditinggalkan di sana, dia dan Harry berusaha menyelamatkannya. Mereka menemui pintu masuk ke Bilik Rahsia dalam tandas yang dihantui oleh Myrtle Mengerang. Mereka memasuki Bilik Rahasia bersama Gilderoy Lockhart. Lockhart berusaha untuk mengenakan Mantera Pelupa dengan tongkat Ron, namun sekali lagi jampi itu mengena dirinya sendiri menyebabkan dia hilang ingatan dan kemudiannya dirawat di St.Mungo. Ron terperangkap dan terpaksa menunggu Harry dan berusaha untuk mengalihkan batu-batu yang runtuh agar Harry boleh kembali.

Harry Potter dengan Banduan Azkaban

Ketika cuti, Ron menelefon Privet Drive. Malangnya, panggilan Ron (yang belum pernah menggunakan telefon) diterima oleh Vernon Dursley. Ron menjerit di telefon yang menimbulkan kemarahan Vernon Dursley. Sejak itu, Ron tidak pernah menelefon Harry lagi.

Keluarga Weasley memenangi hadiah 1000 Galleon yang digunakan untuk bercuti ke Mesir, mengunjungi anak sulung Weasley, Bill. Dan Ron mendapat tongkat baru untuk menggantikan tongkatnya yang patah.

Dalam Ekspres Hogwarts, Ron, Harry dan Hermione berkongsi gerabak dengan Remus Lupin yang tidur sepanjang perjalanan.

Setibanya di Hogwarts, Ron memarahi Crookshanks, kucing baru Hermione yang selalu mengacau Scabbers, tikus peliharaannya. Ketika Scabbers hilang, Ron mengatakan yang Crookshanks telah membunuhnya. Ini membuatkan Ron dan Hermione tidak bercakap selama hari.

Ketika Krismas, Ron dan Harry marah pada Hermione kerana mengadu pada McGonagall tentang Firebolt yang diterima Harry tanpa mengetahui siapa pengirimnya. Hermione mengagak yang penyapu tersebut telah dijampi untuk mencederakan (mungkin membunuh) Harry. Tapi setelah diperiksa dan dikembalikan pada Harry, mereka kembali berbaik dan Ron mengambil alih tugas mempersiapkan pembelaan Buckbeak setelah Hermione tertekan akibat beban pelajarannya.

Harry, Ron dan Hermione yang hendak menyaksikan pemancungan Buckbeak terganggu disebabkan Scabbers tiba-tiba menghilang dan Ron mengejarnya hingga ke Dedalu Perkasa. Seekor anjing besar muncul dan menyeret Ron menuju ke dalam lorong yang terdapat di bawah Dedalu Perkasa yang bersambungan ke Gubuk Menjerit. Harry dan Hermione mengikutnya. Ternyata anjing tersebut adalah Animagus Sirius Black yang menghilang dari Penjara Azkaban. Profesor Lupin, yang mengikut mereka ke Gubuk Menjerit, bersama dengan Sirius, menjampi Scabbers, yang sebenarnya adalah Animagus Peter Pettigrew, sahabat mereka dahulu, yang kemudian menjadi hamba Lord Voldemort yang memberi maklumat tentang kedudukan Keluarga Potter dan mengakibatkan kematian ibu bapa Harry. Ketika Lupin berubah menjadi serigala jadian, Pettigrew berjaya melepaskan diri. Ron yang tercedera harus dirawat di sayap hospital sementara Harry dan Hermione menggunakan Pemutar Masa untuk menyelamatkan Sirius dan Buckbeak. Sirius memberi Ron seekor burung hantu, kerana merasakan dirinya penyebab Ron kehilangan binatang peliharaan. Ginny menamakan burung hantu Ron Pigwidgeon walaupun tidak disukai Ron yang kemudiannya Ron sendiri memanggil burung hantu itu dengan panggilan "Pig".

Harry Potter dalam Piala Api

Lihat juga



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.