Heckler & Koch USP: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rizuan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Rizuan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 37: Baris 37:
|feed= Kelopak; kapasiti:
''USP:''

15 butir (''9 mm'')

13 butir (''.40 S&W'')

12 butir (''.45 ACP'')

|feed= Kelopak; kapasiti:
''USP:''

15 butir (''9 mm'')

13 butir (''.40 S&W'')

12 butir (''.45 ACP'')

''Match, Expert''

18 butir (''9 mm Luger'')

16 butir (''.357, .40 S&W'')

12 butir (''.45 ACP'')

''Match, Expert''

18 butir (''9 mm Luger'')

16 butir (''.357, .40 S&W'')

12 butir (''.45 ACP'')

''Compact''

13 butir (''9 mm Luger'')

12 butir (''.40 S&W'')

8 butir (''.45 ACP'')

''Tactical''

15 butir (''9 mm'')

12 butir

''Compact''

13 butir (''9 mm Luger'')

12 butir (''.40 S&W'')

8 butir (''.45 ACP'')

''Tactical''

15 butir (''9 mm'')

12 butir (''.45 ACP'')

|sights=

Patridge, jenis "titik-3"; pejera boleh ubah bagi ''Match'' dan ''Expert''

|sights=

Patridge, jenis "titik-3"; pejera boleh ubah bagi ''Match'' dan ''Expert''

Semakan pada 06:39, 4 Mei 2007

Heckler & Koch USP
Fail:HK USP TAC.jpg
Heckler & Koch USP Tactical 9 mm
JenisPistol
Tempat asalJerman
Sejarah pengeluaran
PerekaHelmut Weldle
PengeluarHeckler & Koch
Dihasilkan1993–
Spesifikasi
BeratDengan kelopak, tanpa peluru:
• 748 g (1.65 lb) (USP 9 mm)
• 753 g (1.66 lb) (USP .40)
• 789 g (1.74 lb) (USP .45)
• 1,080 g (2.38 lb) (Match)
• 1,043 g (2.30 lb) (Expert)
• 862 g (1.90 lb) (Tactical)
• 667 g (1.47 lb) (Compact)
• 694 g (1.53 lb) (Compact .40)
• 726 g (1.60 lb) (Compact .45)
Panjang
• 194 mm (7.64 in) (USP)
• 200 mm (7.87 in) (USP .45)
• 240 mm (9.45 in) (Match)
• 224 mm (8.8 in) (Expert)
• 218 mm (8.58 in) (Tactical)
• 173 mm (6.81 in) (Compact)
Panjang laras
• 108 mm (4.25 in) (USP)
• 112 mm (4.41 in) (USP .45)
• 153 mm (6.02 in) (Match)
• 132 mm (5.20 in) (Expert)
• 129 mm (5.08 in) (Tactical)
• 91 mm (3.58 in) (Compact)
• 96 mm (3.78 in) (Compact .45)

Kartrij
AksiSistem tendangbalas, DA/DAO
Kadar tembakanSepara automatik
Sistem suapanKelopak; kapasiti:
USP:
• 15 butir (9 mm)
• 13 butir (.40 S&W)
• 12 butir (.45 ACP)
Match, Expert
• 18 butir (9 mm Luger)
• 16 butir (.357, .40 S&W)
• 12 butir (.45 ACP)
Compact
• 13 butir (9 mm Luger)
• 12 butir (.40 S&W)
• 8 butir (.45 ACP)
Tactical
• 15 butir (9 mm)
• 12 butir (.45 ACP)
Penglihatan
• Patridge, jenis "titik-3"; pejera boleh ubah bagi Match dan Expert

Heckler & Koch USP (Universelle Selbstladepistole, atau "Universal Self-loading Pistol") merupakan pistol separa-automatik direkacipta oleh syarikat persenjataan Jerman, Heckler & Koch.

Rekabentuk

Apabila Heckler & Koch memperkenalkan produk USP pada tahun 1993, ianya bercirikan semua elemen rekabentuk pistol yang lain, sepertimana elemen bagi produk John Browning iaitu M1911. Terdapat 2 prinsip bagi rekabentuk produk ini — pertama dengan menggunakan gabungan antara logam dan plastik polimer yang menjadikannya ia ringan seperti pistol Glock, dan kedua dicipta dengan mempunyai "paradigma".

Heckler & Koch cuba mendapatkan sesuatu inovasi dan kreativiti yang terbaik dalam mencipta suatu pistol yang lebih baik. Akhirnya, HK mendapat satu inovasi meliputi mekanisme tarikan pencekah yang unik seperti sistem pistol yang ada pada Heckler & Koch P7, sistem penyangkut bolt menyerupai Heckler & Koch P9S, dan sistem double action-iaitu versi yang dipakai oleh HK VP70Z. Bagi rekabentuk yang terbaik, USP menggunakan sistem Browning iaitu sistem pengunci Linkless-locked, sama seperti produk yang dicipta oleh John Browning bagi pistol Browning P35 "Hi Power". USP menggunakan sistem kunci selamat yang dipanggil "cocked and locked".

USP dicipta dengan pelbagai versi kaliber peluru iaitu .40 S&W dan 9 mm Parabellum, kemudiannya diperkembangkan kepada versi .45 ACP dan kemudian dicipta dengan versi USP Compact, yang mana menggunakan peluru 9 mm Parabellum, .40 S&W, .45 ACP, dan mencipta satu lagi kaliber bagi model Compact, iaitu .357 SIG. Semua versi USP yang lain terdiri daripada USP Tactical, USP Expert, USP Match, dan USP Elite.

Suatu perkara mustahak yang perlu diketengahkan berkenaan senjata USP ini ialah ianya menggunakan sistem mekanikal anjalan minima. Sistem ini menggunakan sistem spring tendangbalas, yang diletakkan dibahagian bawah laras. Rekabentuk ini terutamanya pada bahagian slide dan laras pistol dan sistem tendangbalas minima berada pada bahagian komponen pistol, iaitu sistem ini mengurangkan sistem tendangan yang kuat apabila tembakan dijalankan. Sistem anjalan bagi tendangbalas minima pistol USP adalah tidak mengira pelbagai jenis kaliber peluru dan tidak perlu mengubahsuai atau memerlukan penyelenggaraan daripada pakar senjata. Semua model USP ini mempunyai ciri-ciri yang amat efektif. Dengan kejayaan mencipta pistol yang menggunakan sistem anjalan minima, HK kemudiannya mengorak langkah dengan mencipta satu lagi produk iaitu pistol HK MK23 berkaliber .45 ACP dengan mempunyai kebolehan menembak sebanyak 30,000 +P setiap satu kelopak dan 6,000 butir tanpa sebarang kerosakan pada semua komponen. Ujian bagi ciri-ciri USPs memperlihatkan sebanyak 24,000 butir peluru digunakan tanpa sebarang halangan pada komponen.

Majoriti bagi komponen logam bagi USP dan Mark 23 disadur dengan bahan anti hakisan. Manakala bahagian luar permukaan logam, seperti slide keluli dilindungi dengan bahan Nitro-gas Carburized Black Oxide. Manakala bahagian dalaman, seperti spring telah disadur dengan bahan kimia pelindung hakisan bagi mengurangkan geseran dan haus.

Pistol USP merupakan asas kepada pistol Mark 23 berkaliber .45 ACP yang direkacipta oleh Heckler & Koch bagi kegunaan USSOCOM. Bahagian bingkai dan slide pistol bagi USP45 bersaiz sederhana sepertimana USP40 dan USP9, seperti juga Mark 23. Adalah yang paling ketara sekali ialah bahagian luar picu berukuran besar yang memboleh pengguna menggunakan sarung tangan semasa menembak.

External links

Manuals