Negara satu parti: Perbezaan antara semakan
k bot menambah: sr:Једнопартијска држава |
|||
Baris 16: | Baris 16: | ||
* {{flag|Turkmenistan}} ([[Parti Demokratik Turkmenistan]]) |
* {{flag|Turkmenistan}} ([[Parti Demokratik Turkmenistan]]) |
||
* {{flag|Vietnam}} ([[Parti Komunis Vietnam]] mengetuai [[Barisan Tanahair Vietnam]]) |
* {{flag|Vietnam}} ([[Parti Komunis Vietnam]] mengetuai [[Barisan Tanahair Vietnam]]) |
||
* {{flag|Saint Helena}} ([[Barisan Rakyat Saint Helena]]) |
|||
==Rujukan== |
==Rujukan== |
Semakan pada 06:14, 15 Februari 2013
Negara satu parti atau (sistem satu parti) ialah sejenis kerajaan bersistem parti yang mana hanya satu parti politik yang membentuk kerajaan dan tiada parti lain yang dibenarkan mencalonkan ahli-ahlinya untuk pilihan raya. Adakalanya, istilah negara satu parti de facto digunakan untuk mentakrifkan sistem parti dominan di mana undang-undang atau amalan setempat melarang parti pembangkang daripada memperoleh kuasa. Sesetengah negara satu parti hanya melarang parti pembangkang sambil membenarkan kewujudan parti sekutu bawahan sebagai sebahahgian kerajaan campuran yang berkekalan, seperti barisan popular. Dalam sesetengah negara, parti dominan yang memerintah negara satu parti sering dikenali dengan timangan Parti sahaja. Contoh: di Kesatuan Soviet, Parti bermaksud Parti Komunis Kesatuan Soviet; begitu juga di bekas Republik Rakyat Poland di mana Parti ialah Parti Buruh Bersatu Poland.
Sesetengah negara satu parti membenarkan pihak bukan ahli parti untuk merebut kerusi perundangan, seperti pergerakan Tangwai di Taiwan pada 1970-an dan 1980-an.
Kebanyakan negara satu parti dilahirkan daripada fahaman Leninisme dan sosialisme, tetapi ada juga yang timbul daripada daripada fasisme dan nasionalisme, atau sebaik sahaja merdeka dari penjajahan. Sistem satu parti selalunya timbul dari proses penyahjajahan kerana satu parti memegang peranan yang teramat dominan dalam perjuangan pembebasan atau kemerdekaan.
Contoh
Negara satu parti masa kini
Senarai berikut menyatakan negara-negara yang diperlembagakan sebagai negara satu parti (tepat pada tahun 2009) dan nama parti pemerintah tunggal:
- Republik Rakyat China (Parti Komunis China) - Lapan parti kecil diterima; Hong Kong dan Macau terkecuali dalam hal ini.
- Cuba (Parti Komunis Cuba)
- Eritrea (Barisan Demokrasi dan Keadilan Rakyat)
- Korea Utara (Parti Buruh Korea mengetuai Barisan Demokratik untuk Penyatuan Semula Tanahair)
- Laos (Parti Revolusi Rakyat Laos mengetuai Barisan Pembinaan Kebangsaan Laos)
- Syria (Baath Party mengetuai Barisan Progresif Kebangsaan)
- Turkmenistan (Parti Demokratik Turkmenistan)
- Vietnam (Parti Komunis Vietnam mengetuai Barisan Tanahair Vietnam)
- Saint Helena (Barisan Rakyat Saint Helena)