Proton Saga: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 114.79.0.239 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 114.79.0.81
Baris 27: Baris 27:


== Generasi pertama ==
== Generasi pertama ==
{{Infobox Automobile generation
| boxcolor = red
| image = [[Imej:Protonsaga.jpg|250px|Proton Saga AeroBack]]
| name = Generasi pertama
| manufacturer = [[Proton (syarikat)|Proton]]
| production = [[1985]]–2008
| class = Kereta kompak
| platform = FF
| body_style = [[Sedan]] 4 pintu<br>[[Hatchback]] 5 pintu
| engine = ''[[Enjin Mitsubishi Orion|4G13]]'' [[4 sebaris|I4]] 1.3&nbsp;L <br>''[[Enjin Mitsubishi Orion|4G15]]'' [[4 sebaris|I4]] 1.5&nbsp;L
| transmission = [[Transmisi manual|Manual]] 5 kelajuan<br>[[Transmisi automatik|Automatik]] 3 kelajuan
| predecessor = Proton Saga Aeroback
| successor = [[Proton Wira]]
| related = 1983 [[Mitsubishi Lancer]]<br>[[Chery Cowin]]
| aka = Proton MPI
}}
{{utama|Proton Saga (Generasi pertama)}}
{{utama|Proton Saga (Generasi pertama)}}
'''Proton Saga''' telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. [[Mahathir bin Mohamad]], [[Perdana Menteri Malaysia]] ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar<ref name="ismailjaafar">[http://www.youtube.com/watch?v=sSq2MYjRmgo&NR=1 First National Car Reborn] - dari YouTube.com, asalnya dari [[The Star]]. Dicapai pada 20 Januari 2008.</ref>, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana [[biji saga]] amat mudah didapati di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian [[Jambatan Pulau Pinang]] pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin [[SOHC]] 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh [[Mitsubishi]] dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian [[transmisi automatik]] hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi [[hatchback]] pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.

Proton Saga mula dieksport di [[United Kingdom]] pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.

=== Proton Iswara ===
Pada tahun 1992, model ''facelift'' Proton Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai '''Proton Saga Iswara''', atau ''Proton Iswara'' yang dinamakan sempena spesis [[rama-rama]] di [[Sarawak]]. Model tersebut sangat popular di kalangan pemandu teksi dan ada di antaranya yang diubahsuai sebagai [[kenderaan gas asli]]. Di UK, model Iswara pula menggunakan sistem [[suntikan bahan api]] dan [[penukar bermangkin]] serta dinamakan sebagai Proton MPi.

=== Penamaan semula ===
Pada tahun 2001, Proton mengubahsuai sedikit bahagian luaran Iswara untuk menampakkan imej ''sporty'' dan model tersebut hanya boleh didapati dalam warna perak sahaja. Pada tahun 2003 pula, Proton sekali lagi mengubahsuai bahagian luaran Iswara dan bahagian dalamannya diberikan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta [[Lotus Elise]] dengan panel digital yang memuatkan tolok suhu, [[tolok bahan api]] serta [[odometer]]. Enjinnya juga ditala untuk menaikkan kuasa kudanya kepada 83 bhp. Model tersebut yang hanya didapati dalam pilihan enjin 1.3L dinamakan semula sebagai Proton Saga LMST.


== Generasi kedua ==
== Generasi kedua ==

Semakan pada 15:28, 15 Februari 2013

Proton Saga
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran1985–sekarang
PemasanganShah Alam, Malaysia
KelasKereta kompak
Kereta subkompak
Gaya badanSedan 4 pintu
Hatchback 5 pintu
Reka letakFF
Enjin
  • 1.3L 4G13 I4
  • 1.5L 4G15 I4
  • 2.0L 4G63 I4
PenghantaranMT/AT
Jarak roda2,600 mm (102.4 in)
Panjang4,278 mm (168.4 in)
Lebar1,680 mm (66.1 in)
Tinggi1,520 mm (59.8 in)
Berat Curb1025
BerkaitMitsubishi Lancer Fiore

Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke-100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara. Sejak daripada itulah Proton Saga menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan Proton. Varian Saga amat popular di kalangan pemandu teksi kerana harganya yang murah serta kos penyelenggaraan yang rendah.

Generasi pertama

Generasi pertama
Proton Saga AeroBack
PengilangProton
Juga dikenaliProton MPI
Pengeluaran1985–2008
PendahuluProton Saga Aeroback
PenggantiProton Wira
KelasKereta kompak
Stail badanSedan 4 pintu
Hatchback 5 pintu
PlatformFF
Enjin4G13 I4 1.3 L
4G15 I4 1.5 L
TransmisiManual 5 kelajuan
Automatik 3 kelajuan
Berkait1983 Mitsubishi Lancer
Chery Cowin

Proton Saga telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar[1], seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.

Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.

Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.

Proton Iswara

Pada tahun 1992, model facelift Proton Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai Proton Saga Iswara, atau Proton Iswara yang dinamakan sempena spesis rama-rama di Sarawak. Model tersebut sangat popular di kalangan pemandu teksi dan ada di antaranya yang diubahsuai sebagai kenderaan gas asli. Di UK, model Iswara pula menggunakan sistem suntikan bahan api dan penukar bermangkin serta dinamakan sebagai Proton MPi.

Penamaan semula

Pada tahun 2001, Proton mengubahsuai sedikit bahagian luaran Iswara untuk menampakkan imej sporty dan model tersebut hanya boleh didapati dalam warna perak sahaja. Pada tahun 2003 pula, Proton sekali lagi mengubahsuai bahagian luaran Iswara dan bahagian dalamannya diberikan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta Lotus Elise dengan panel digital yang memuatkan tolok suhu, tolok bahan api serta odometer. Enjinnya juga ditala untuk menaikkan kuasa kudanya kepada 83 bhp. Model tersebut yang hanya didapati dalam pilihan enjin 1.3L dinamakan semula sebagai Proton Saga LMST.

Generasi kedua

Generasi kedua
Syarikat indukProton
Juga dikenaliProton Base Line Model (BLM)
PengeluaranJanuari 2008[2]-sekarang
KelasKereta subkompak
Stail badanSedan 4 pintu
Enjin1.3 L Campro I4
1.6 L Campro I4
TransmisiManual 5 kelajuan
Automatik 4 kelajuan[3]
CVT
Tapak roda2465mm
Panjang4257mm
Lebar1680mm
Tinggi1502mm
Muatan bahan api40L
BerkaitProton Savvy
Chery QQ6

Mula diumumkan secara rasmi pada 1 Januari 2008,[4], model Saga yang berasaskan Mitsubishi digantikan dengan pengganti yang direka semula sepenuhnya, dikodkan sebagai Proton BLM (Base Line Model), juga dikenali sebagai Model Gantian Proton Saga, yang terus menggunakan nama Saga. Model generasi terdahulu akan dihentikan pengeluarannya pada Mei 2008.

Kelibat kereta tersebut mula kelihatan seawal pertengahan 2007 semasa ujian di jalan raya Malaysia, dilitupi tengan pita pelekat samaran hitam, sebelum sesi pra-tonton model tersebut mula ditawarkan pada awal 2008, diikuti dengan pelancaran rasminya pada 18 Januari 2008.[2] Proton Saga baru ini adalah model Proton paling rendah, dengan harga dalam lingkungan RM31,400 dan RM39,800 semasa pelancarannya.

Seperti generasi pertama Saga, kereta ini merupakan model kereta subkompak sedan 4 pintu dengan reka bentuk konservatif, dan turut mengekalkan sebahagian kecil reka bentuk daripada Proton Saga model tahun 2007 serta Proton Savvy, dan ia dibina berasaskan platform Proton Savvy yang dipanjangkan. Beberapa bahagian pada kerangkanya turut dibina khas bagi meningkat prestasi keselamatan semasa perlanggaran - bahagian zon remuk atau bahagian yang menyerap kebanyakan tenaga semasa perlanggaran.[5] Kereta tersebut digerakkan dengan enjin Campro yang diubahsuai, dilengkapi dengan Modul Masukan Udara Bahan Api (IAFM), serta ditawarkan dengan transmisi manual atau automatik.[5] Terdapat dua pilihan enjin bagi Proton Saga generasi kedua iaitu enjin 1.3 liter dan 1.6 liter.

Menurut seorang jurutera Proton, Proton Saga generasi kedua ini direka bagi membolehkannya ditukar kepada kenderaan gas asli (NGV) tanpa perlu banyak mengorbankan ruang but belakang bagi menempatkan tangki NGV.[5]

Anugerah

Sejak generasi kedua Proton Saga ini dilancarkan pada Januari 2008, model ini telah memenangi 3 anugerah automotif utama. Autocar Asean, edisi Malaysia bagi majalah kereta yang paling lama bertahan dalam sejarah telah menganugerahkan Saga baru sebagai "Pemenang Kategori Sedan / Hatchback Kecil" pada tahun 2008. Tidak lama kemudian, kereta ini dipilih sebagai "Kereta Rakyat Terbaik" oleh Anugerah Industri Asian Auto - VCA 2008[6]. Pada bulan November tahun yang sama, model generasi kedua Saga juga telah memenangi satu lagi anugerah besar dalam bidang automotif di Malaysia apabila diisytiharkan sebagai "Pemenang Kategori Kereta Peringkat Permulaan" semasa Anugerah Kereta Tahunan New Straits Times/ Maybank 2008.[7]

Rujukan

  1. ^ First National Car Reborn - dari YouTube.com, asalnya dari The Star. Dicapai pada 20 Januari 2008.
  2. ^ a b Beri Proton peluang -- Teruskan program pemulihan tanpa rakan strategik – PM Utusan Malaysia, 21 November 2007.
  3. ^ "The New Proton Saga: Details, Photos, and Test Drive". Paul Tan. Dicapai pada January 18, 2008.
  4. ^ "Proton to unveil new sedan". thestar.com. January 1, 2008. Dicapai pada 2008-01-01.
  5. ^ a b c "Proton BLM Step-By-Step Build Up Teaser". paultan.org. Dicapai pada 2008-01-09.
  6. ^ http://www.star-motoring.com/news/story.asp?file=/2008/7/23/motornews/20080808201129&sec=motornews
  7. ^ http://blog.autoworld.com.my/index.php/tag/proton-saga/

Pautan luar