Michelangelo: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: mzn:میکل آنژ
MastiBot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot membuang: fa:میکل‌ آنژ
Baris 107: Baris 107:
[[ext:Michelangelo]]
[[ext:Michelangelo]]
[[eu:Michelangelo]]
[[eu:Michelangelo]]
[[fa:میکل‌ آنژ]]
[[hif:Michelangelo]]
[[hif:Michelangelo]]
[[fo:Michelangelo]]
[[fo:Michelangelo]]

Semakan pada 00:09, 1 Mac 2013

Michelangelo
Portret Michelangelo oleh Jacopino del Conte (selepas 1535) pada umur 60 tahun
WarganegaraItali
PendidikanAprantis kepada Domenico Ghirlandaio [1]
Terkenal keranaArca, lukisan, senibina dan sajak
Karya terkenal
David, The Creation of Adam, Pietà
Gerakan politikHigh Renaissance
Potret kapur Michelangelo oleh Daniele da Volterra

Michelangelo di Lodovico Buonarroti (6 Mac 147518 Februari 1564), lebih biasa dikenali dengan mudah sebagai Michelangelo, ialah seorang pengarca, pelukis, arkitek, dan pemuisi Zaman Pembaharuan Itali. Seorang seniman yang amat serba boleh, beliau sering dianggap sebagai pesaing untuk gelaran "tokoh arketip Zaman Pembaharuan", bersama-sama dengan Leonardo da Vinci, pesaing setempatnya di Florentine.

Hasil Michelangelo dalam setiap bidang semasa hayatnya yang panjang amat banyak; apabila kesemua surat-menyurat, lakaran, dan rencana kenang-kenangan yang masih wujud juga diambil kira, beliau merupakan seniman abad ke-16 yang didokumenkan dengan paling baik. Dua karyanya yang terkenal, iaitu arca Pieta dan David, dipahat ketika beliau berumur lewat dua puluhan hingga awal tiga puluhan. Walaupun beliau mempunyai anggapan yang buruk terhadap pelukisan, Michelangelo juga mencipta salah dua daripada lukisan fresco yang terpengaruh dalam sejarah seni Barat di siling dan dinding altar di Gereja Kecil Sistine, Rom (Pengadilan Akhirat). Pada lewat hayatnya, beliau mereka bentuk kubah untuk Gereja St Peter yang terletak dalam kota yang sama, dan serupa dengan setiap bidang yang beliau memperoleh kecekapan, merevolusikan seni bina klasik dengan rekaan pilaster jenis raksasanya.

Unik bagi seorang seniman Zaman Pembaharuan, dua buah biografi diterbitkan dalam hidup Michelangelo. Salah satunya yang ditulis oleh Giorgio Vasari mengatakan bahawa beliau merupakan puncak pencapaian kesenian sejak permulaan Zaman Pembaharuan, suatu sudut pandangan yang terus tersebar luas dalam sejarah seni selama berabad-abad. Dalam hayatnya, beliau sering dipanggil sebagai "Il Divino" (Yang Ketuhanan; bahasa Inggeris: "the divine one"), satu nama gelaran yang amat sesuai kerana kerohaniannya yang sangat mendalam. Salah satu daripada sifatnya yang paling dikagumi oleh hidup sezamannya ialah terribilità, iaitu ketersergaman yang amat menimbulkan rasa kagum. Adalah disebabkan percubaan-percubaan pelukis-pelukis kemudian yang hendak meniru gaya Michelango yang amat peribadi dan penuh perasaan bahawa Manerisme, sebuah gerakan utama seni Barat yang menyusul Pembaharuan Tinggi, dilahirkan.


  1. ^ "Web Gallery of Art, image collection, virtual museum, searchable database of European fine arts (1100–1850)". www.wga.hu. Dicapai pada 13 June 2008.

Pautan luar

Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA Templat:Link FA