Minyak sapi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Idioma-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: az, fa, lt, sa, te membuang: es mengubah: ar
Baris 1: Baris 1:

[[File:Butterschmalz-3.jpg|thumb|right|Minyak sapi]]
[[File:Butterschmalz-3.jpg|thumb|right|Minyak sapi]]


Baris 39: Baris 38:
{{plet wiki stub}}
{{plet wiki stub}}


[[ar:سمن]]
[[ar:سمن حيواني]]
[[az:Sarı yağ]]
[[id:Minyak samin]]
[[id:Minyak samin]]
[[da:Ghee]]
[[da:Ghee]]
[[en:Ghee]]
[[en:Ghee]]
[[es:Ghi]]
[[eo:Gio]]
[[eo:Gio]]
[[fa:روغن کرمانشاهی]]
[[fr:Ghî]]
[[fr:Ghî]]
[[hi:घी]]
[[hi:घी]]
[[it:Ghi]]
[[it:Ghi]]
[[he:גהי]]
[[he:גהי]]
[[lt:Ghi]]
[[ml:നെയ്യ്]]
[[ml:നെയ്യ്]]
[[nl:Ghee]]
[[nl:Ghee]]
Baris 56: Baris 57:
[[pl:Ghi]]
[[pl:Ghi]]
[[pt:Ghee]]
[[pt:Ghee]]
[[sa:घृतम्]]
[[sl:Ghee]]
[[sl:Ghee]]
[[sv:Ghee]]
[[sv:Ghee]]
[[te:నెయ్యి]]
[[zh:酥油 (印度)]]
[[zh:酥油 (印度)]]

Semakan pada 14:49, 2 Mac 2013

Minyak sapi

Minyak sapi atau Ghee (Hindi घी, Urdu گھی, Punjabi ਘੋ, Kashmiri ग्याव/گیاو - dari Sanskrit ghṛtə घृत "sprinkled"; juga dikenali dalam bahasa Arab sebagai سمن, samn, bermaksud "ghee" atau "lemak"). Minyak sapi dikelaskan sebagai lemak dari susu lembu (sapi) yang bersifat lebih jernih atau cair atau didalam bahasa Inggeris dikenali clarified butter. Minyak sapi dipercayai bermula dibuat dari India, yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan atau bahan perisa makanan untuk masakan orang India dan juga orang Mesir. Minyak sapi dibuat dari perenehan mentega tanpa garam, dimana ia diletakkan dalam periuk sehingga kesemua air telah habis direbus dan sehingga protin mendap atau mendak ke bawah. Kemudian, cecair lemak susu dicedok pelahan-pelahan tanpa menggangu mendakkan susu yang berada dibawah. Tidak seperti mentega, minyak sapi mampu bertahan lama untuk simpanan walaupun tidak diletakkan didalam peti sejuk. Namun, ia perlu diletakkan dalam simpanan yang kedap udara sebagai mengelakkan dari pengoksidaan dan dapat kekalkan kelembapannya.

Ciri-ciri

Minyak sapi perlu disedia atau dilakukan secara suhu bilik dan dijadikan sehingga separa cair atau cecair. Minyak sapi yang dianggap berkualiti baik adalah berwarna kuning keemasan. Penyedian minyak sapi mungkin boleh berlarutan dari setahun atau sehingga dapat kualiti yang dikehendaki iaitu proses pengasingan air dan pengasingan susu pejal (atau pepejal susu) sehingga warna seperti putih telur terhasil bagi bertujuan untuk proses membenarkan kulat atau mikrob untuk membiak pada kadar sederhana. Pada suhu 375-485°F/190-250°C, pemprosesan minyak sapi mempunyai kadar asap yang paling tinggi, dengan ini, pada kadar suhu yang tinggi, minyak sapi selamat digunakan tanpa menghilangkan warna dan tanpa menerbitkan rasa hangit atau hangus pada masakan, dan ini membenarkan minyak sapi sesuai juga untuk dijadikan sebagai bahan untuk menggoreng.

Proses penyedian

Pepejal susu atau susu yang dibekukan akan dibentukkan seperti mentega dimana krim diasingkan sehingga mentega disejat dan dibiarkan sedikit untuk bahagian susu yang penuh air dipisahkan. Proses pengasingan bahagian susu yang penuh dengan air akan menghasilkan whey. Dengan menggunakan api yang kecil, mentega tadi dicairkan sehingga lapisan buih-buih putih timbul dipermukaan, kemudian, cecair mentega yang diperolehi akan ditapis atau dikaut supaya buih-buih putih tidak termasuk sekali. Mendakkan yang tertinggal selalunya orang Mesir akan menggunakan sebagai bahan penggantian mentega untuk memasak, ia dikenali sebagai "Morta".

Keagamaan

Penggunaan minyak sapi digunakan sebagai minuman untuk tuhan dalam ritual (Yajurveda), malah ada lagu(hymm) untuk dinyanyikan untuk minyak sapi tersebut. Penggunaan minyak sapi ada digunakan dalam pemujaan Aarti. Ia biasa digunakan ketika perkahwinan dan pengebumian, dan juga untuk memandikan berhala ketika penyembahan. Minyak sapi yang digunakan untuk sembahyang Shiva pada Maha Shivaratri, ia diberi pada tuhan bersama-sama gula, susu, tairu dan madu. Mengikut Mahbharata, minyak sapi merupakan asas pengorbanan oleh Bhishma.

Dalam kesihatan permakanan Islam, minyak sapi dikatakan mampu membantu kecerdasan dan kecerdikan otak.[1]

Di Malaysia, pada 2010, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pernah menarik balik sijil halal bagi satu jenama minyak sapi kerana mengandungi campuran unsur yang meragukan.[2]

Perubatan Ayuverda

Ayurveda menerangkan setiap fikiran dan badan berlainan kepentingan. Sebagai contoh:

  • Penyerapan: Minyak sapi merupakan bahagian yang perlu ada dalam pembuatan herba ayurveda. Ini kerana, minyak sapi boleh berpaut dengan khasiat bahan minyak cair dan herba untuk masuk kedalam tubuh. Dipercayai, dapat tingkatkan tenaga herba yang dibawa oleh komponen aktif ke bahagian dalam sel dan mengeluarkan kepentingan yang amat berguna.
  • Penghadaman: Dapat membantu asid gastrik, dan bantu kekal dan pulih barisan mukus dalam perut.
  • Kesan terbakar ringan: dapat elakkan gelombong dikulit
  • Minda: Dapat tingkatkan pembelajaran dari segi ingatan dan ingatan semula.
  • Seksual: Dipercayai, tingkatkan kekuatan kelelakian dan seks.

Pautan luar

Rujukan

Lihat juga


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.