Shukor Adan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HRoestBot (bincang | sumb.)
k r2.6.5) (bot menambah: fr:Muhammad Shukor Adan
Baris 60: Baris 60:


[[en:Muhammad Shukor Adan]]
[[en:Muhammad Shukor Adan]]
[[fr:Muhammad Shukor Adan]]
[[pl:Muhammad Shukor Adan]]
[[pl:Muhammad Shukor Adan]]

Semakan pada 17:15, 7 Mac 2013

Muhammad Shukor Adan
Maklumat peribadi
Nama penuh Muhammad Shukor Adan
Posisi permainan Tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Negeri Sembilan Negeri Sembilan FA
Kerjaya remaja
1995-1997
1998-1999
Melaka FA Bawah-18
Pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan FA
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2000-2001
2002-2008
2009-
Negeri Sembilan Negeri Sembilan FA
Selangor Selangor FA
Negeri Sembilan Negeri Sembilan FA
Pasukan kebangsaan
2001 - Sekarang Malaysia Malaysia 43 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 Disember, 2006
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Disember, 2008

Muhammad Shukor Adan (lahir pada 24 September, 1979 di Melaka) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia pernah yang mewakili Selangor FA di Liga Super Malaysia dan berperanan sebagai ketua pasukan. Dia merupakan ketua pasukan Malaysia. Dia kini masih belum mempunyai pasukan setelah Selangor FA memutuskan tidak menyambung kontraknya. Berita terkini : sekarang mewakili Negeri Sembilan.


Shukor mula beraksi bersama skuad utama Malaysia ketika kelayakan Piala Dunia 2002 pada tahun 2001. Shukor juga merupakan tonggak pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang memenangi pingat perak pada kejohanan Sukan SEA 2001. Dia juga merupakan salah seorang pemain yang mewakili Malaysia ketika Malaysia tewas 6-0 kepada Manchester United pada tahun 2001 dan ketika Malaysia tewas 0-4 kepada Brazil pada tahun 2002.

Pada tahun 2008, Shukor telah mewakili kesebelasan Malaysia atau Malaysia XI untuk menentang Chelsea. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tumpas 0-2 kepada Chelsea. Meskipun tewas jurulatih Chelsea Luiz Felipe Scolari memuji barisan Malaysia yang memberikan tentangan sengit.

Pencapaian

  • Pingat Perak Sukan Asia Tenggara 2001
  • Juara Pesta Bola Merdeka 2007
  • Juara Piala Sumbangsih 2002
  • Juara Liga Perdana Malaysia 2005 (Divisyen 2)
  • Juara Piala Malaysia 2002 & 2005
  • Juara Piala FA Malaysia 2005
  • Naib Juara Piala Malaysia 2008
  • Naib Juara Piala FA Malaysia 2007/08
  • Juara Piala Malaysia 2009 & 2011

Gol Antarabangsa

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 12 Oktober, 2003 Kuala Lumpur, Malaysia  Bahrain 2-2 Seri Kelayakan AFC Piala Asia 2004
2. 12 Julai, 2004 Kuala Lumpur, Malaysia Singapura Singapura 2-0 Menang Persahabatan
3. 6 Jun, 2008 Surabaya, Indonesia  Indonesia 1-1 Seri Persahabatan

Pautan Luar