Wilayah Persekutuan: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
k Bot: Memindahkan 9 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1008803 |
||
Baris 61: | Baris 61: | ||
[[Kategori:Wilayah Persekutuan]] |
[[Kategori:Wilayah Persekutuan]] |
||
[[ar:ولاية فدرالية (ماليزيا)]] |
|||
[[id:Wilayah persekutuan]] |
|||
[[de:Bundesterritorium (Malaysia)]] |
|||
[[en:Federal Territories (Malaysia)]] |
|||
[[ko:연방 직할구 (말레이시아)]] |
|||
[[ja:連邦直轄領 (マレーシア)]] |
|||
[[pt:Território Federal (Malásia)]] |
|||
[[ta:கூட்டாட்சிப் பகுதி (மலேசியா)]] |
|||
[[zh:联邦直辖区]] |
Semakan pada 21:00, 7 Mac 2013
| |||||
Negara | Malaysia | ||||
Negeri | Kuala Lumpur Putrajaya Labuan | ||||
Pentadbir | Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar YB Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin | ||||
Keluasan | 382 km² (kilometer persegi) Kuala Lumpur: 244 km² Putrajaya: 46 km² Labuan: 92 km² | ||||
Zon Masa | UTC+8 | ||||
Lagu Rasmi | Maju dan Sejahtera |
Wilayah Persekutuan (Jawi: ولايه ڤرسكوتوان) ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.
Sejarah
Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.
Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.
Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.
Bendera
Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap wilayah masih dipakai guna.
-
Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
-
Bendera Wilayah Persekutuan Putrajaya
-
Bendera Wilayah Persekutuan Pulau Labuan