Pasar malam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 4 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q2673931
Baris 20: Baris 20:


[[Kategori:pasar]]
[[Kategori:pasar]]

[[id:Pasar malam]]
[[en:Pasar malam]]
[[hr:Pasar malam]]
[[nl:Pasar malam]]

Semakan pada 18:14, 8 Mac 2013

JB Bazar di Johor Bahru
Pasar malam di Jurong Timur, Singapura.
Pasar malam di Hong Kong

Pasar malam merupakan konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu malam. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan.[1]

Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan[2] dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, buku, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam hanya dibuka beberapa malam dalam seminggu, kerana peniaga berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang minggu. Tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar sedemikian.

Di Malaysia peniaga mendapat lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan. Ini bagi mengawal kebersihan bandar dan kesihatan. Penjual makanan perlu mendapatkan suntikan kesihatan demam kepialu/tipod - Typhim VI[3], [4] dan tapak pasar malam diselia oleh pihak berkuasa tempatan.[5], [6]

Pasar Malam seringkali berbeza-beza menurut ethnik. Pasar malam Melayu biasanya mengandungi buku-buku keugamaan, kopiah, kain sarong, dan barangan Melayu lain. Pasar malam Cina mungkin menjual set Mah Jong, incense, colok, kertas dan pelbagai barangan keugamaan Cina. Pasar malam India boleh mengandungi barangan keugamaan Hindu.

Di Malaysia, pasar malam sepanjang bulan Ramadan diadakan dengan nama Bazar Ramadan. Di Jawa, terutama bandar diraja Yogyakarta dan Surakarta, pasar malam berminggu-minggu biasanya diadakan semasa perayaan Sekaten bagi menyambut Maulud. Semasa zaman koloni Dutch East Indies Pasar Malam tahunan diadakan di Pasar Gambir (kini Dataran Merdeka) dan merupakan asalan Perayaan Jakarta tahunan di Jakarta.

Di [Belanda]], perayaan tahunaan rakyat Indonesia diadakan di The Hague dengan nama Perayaan Tong Tong, sebelum ini Pasar Malam Besar. Disebabkan ramainya bilangan Serani Indonesia dan kejayaan majlis ini sejak 1959, berdosen pasar malam diadakan setiap tahun di Belanda. Kini kedutaan Indonesian telah memulakan membiayai pasar malam Indonesia tahunan, terutamanya untuk mempromosi perniagaan Indonesian dan meningkatkan hubungan Belanda-Indonesia.[7]


Rujukan