Cicakman 2: Planet Hitam: Perbezaan antara semakan
k menambah Kategori:Filem terbitan KRU Studios (HotCat) |
k Bot: Memindahkan 3 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q1015851 |
||
Baris 103: | Baris 103: | ||
[[Kategori:Filem adiwira]] |
[[Kategori:Filem adiwira]] |
||
[[Kategori:Filem terbitan KRU Studios]] |
[[Kategori:Filem terbitan KRU Studios]] |
||
[[id:Cicakman 2 - Planet Hitam]] |
|||
[[en:Cicakman 2 – Planet Hitam]] |
|||
[[zh:壁虎人2:黑色的星球]] |
Semakan pada 02:58, 9 Mac 2013
Cicakman 2 - Planet Hitam | |
---|---|
Fail:Cicakman2posterkecik.jpg | |
Pengarah | Yusry Abdul Halim |
Penulis | Lakon layar: Yusry Abdul Halim Skrip: Yusry Abdul Halim Meor Shariman |
Dihasilkan oleh | Norman Abdul Halim Yusry Abdul Halim Edry Abdul Halim Penerbit eksekutif Norman Abdul Halim Ahmad Puad Onah Penyelaras penerbitan Johan Lucas |
Dibintangi | Saiful Apek Fasha Sandha Aznil Nawawi Sharifah Amani AC Mizal Adlin Aman Ramlie Tamara Bleszynski |
Sinematografi | Mohd Filus |
Muzik oleh | Edry Abdul Halim Kesan bunyi Mohd Mohsin |
Diedarkan oleh | Grand Brilliance Sdn Bhd (Malaysia dan Brunei) PT Tripar Multi Vision Plus (Indonesia) Cathay-Keris Films Pte Ltd (Singapura)[1] |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bajet | RM2.5 juta[2] |
Cicakman 2 - Planet Hitam ialah sambungan filem Cicak-Man. Filem ini mula ditayangkan pada 11 Disember 2008, di Malaysia, Brunei, dan Singapura oleh KRU Studios dengan kerjasama Grand Brilliance.[3] Di Indonesia pula, filem ini dijangka akan ditayangkan pada bulan Januari 2009.
Diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan skrip oleh Meor Shariman, filem komedi-aksi ini mengembalikan watak terdahulu juga watak baru diperkenalkan.
Plot
Professor Klon (Aznil Nawawi) telah kembali. Kali ini bukan sahaja untuk menjadi Presiden Metrofulus, malah untuk menguasai bekalan air dunia melalui rancangan "Planet Hitam". Apabila planet biru kita hanya tinggal 72 jam sebelum menjadi hitam, Cicakman (Saiful Apek) datang menyelamat.
Namun Cicakman harus berhadapan dengan musuh-musuh lama; Ginger Boys, yang kembali menjadi lebih berkuasa dalam bentuk spiritual sebagai Ginger Ghosts (Adlin Aman Ramlie & AC Mizal). Tambahan lagi, Professor Klon telah mengupah seorang pembunuh; Rrama (Tamara Bleszynski), seorang pembunuh rahsia yang mencapai kepuasan dengan membunuh seolah ia sebuah persembahan seni yang tulen. Apabila keadaan menjadi semakin buruk, seorang adiwira juga memerlukan pertolongan. Tetapi pertolongan muncul dalam bentuk yang tidak diduga, termasuk Danny (Yusry Abd Halim), kawan baiknya , seorang pakar feng shui hebat (Louisa Chong), dan pihak yang tidak terduga.
Selain tanggungjawabnya menyelamatkan bumi, Cicakman mempunyai dilema peribadi untuk membezakan Hairi dan Cicakman. Dia perlu menyelesaikan perasaan peribadinya terhadap Tania (Fasha Sandha), yang sedang mencari identiti sebenar Cicakman dan dia juga perlu memilih untuk mengorbankan nyawa sendiri atau menyelamatkan Iman (Sharifah Amani), adik perempuan Danny yang buta.[4]
Watak dan Pelakon
Watak Rrama pada awalnya ditawarkan kepada Erra Fazira, bekas isteri pengarah filem ini, Yusry Abdul Halim. Namun begitu, beliau terpaksa menolak kerana kesibukan. Watak Rrama kemudiannya diberikan kepada pelakon Indonesia, Tamara Bleszynski untuk menarik perhatian penonton dari negara itu.[5]
Watak utama
- Saiful Apek sebagai Cicak-Man
- Fasha Sandha sebagai Tania
- Aznil Nawawi sebagai Profesor Klon
- Tamara Bleszynski sebagai Rrama
Watak pembantu
- Adlin Aman Ramlie sebagai Ginger Ghost 1
- AC Mizal sebagai Ginger Ghost 2
- Sharifah Amani sebagai Iman
- Louisa Chong sebagai Miss Chee
- Linda Onn sebagai Amar
- Yusry Abdul Halim sebagai Danny[6]
Undangan
- Mamat Khalid
- Fahrin Ahmad[7]
- Aziz M. Osman
- Julia Ziegler
- Edry Abdul Halim
- Munir (Phyne Ballerz)
- Ridzuan Hashim
- Jalaluddin Hassan
- Azwan Ali
- Dee
- Julie Dahlan
- Fahrin Ahmad
- Hafidzuddin Fazil
- Nadia Mustafar
- Mak Jah
- Zack Taipan[8]
Penerbitan
Penggambaran telah dilakukan pada tahun 2007 di Pulau Pinang, Gua Tempurung, Kampar, Universiti Teknologi Petronas, dan Kuala Lumpur.[8] Kos pembikinan menelan belanja sebanyak RM 2.5 juta. Kostum yang digunakan dalam sekuel ini lebih berkualiti berbanding filem sebelumnya iaitu berharga RM 50 ribu setiap set manakala dalam Cicakman, kostum yang digunakan hanya berharga RM 20 ribu setiap set.[2] Filem ini menjalankan pembikinan 'A Print' di Bangkok, Thailand.[1]
Pemasaran
Cicakman 2 - Planet Hitam mendapat tajaan syarikat telekomunikasi Celcom. Dengan itu, Celcom akan menawarkan kandungan mudah alih seperti nada dering monofonik, polifonik, logo operator, dan trailer bagi membantu promosi filem ini.[3]
Selain itu, filem ini juga turut ditaja oleh rangkaian restoran makanan segera, 1901. Rangkaian restoran itu telah menambah makanan baru dalam menu iaitu hot dog Cicakman yang turut memainkan peranan membantu promosi Cicakman 2 - Planet Hitam.[9]
Tayangan
Filem ini telah ditayangkan buat pertama kalinya di Festival Filem Antarabangsa Pusan ke-13[10] pada 5 Oktober 2008 sebagai tayangan perdana dunia bagi segmen adiwira di rantau Asia.[11] Dua lagi sesi penayangan diadakan pada 7 Oktober di festival berkenaan.[11] Di Malaysia, Singapura, dan Brunei, filem ini ditayangkan bermula 11 Disember 2008[3] dengan sasaran sejuta penonton oleh penerbit berbanding 670 ribu penonton untuk filem Cicak-Man.[11] Filem ini dijangka akan ditayangkan di Indonesia pada bulan Januari 2009.[7]
Runut bunyi
- Tyco - Planet Hitam
- Yusry Abdul Halim & Melly Goeslaw - Dibius Cinta
- Edry Abdul Halim - Sumpah Takkan Cari Yang Lain
- Pianka - Mau Yang Besar
- Boy - Syg Giler
- Syuga - Seperti Kemarin
- Flava - Berhenti Mencinta
- Dafi - Lemah
- Adam - Jika Tak Kena Kamu
- Anita Sarawak - Ular[12]
Rujukan
- ^ a b Berita Harian: Cicak-man 2 Banyak Aksi, Komedi
- ^ a b Berita Harian: KRU jamin Cicakman 2 lebih menghiburkan
- ^ a b c Harian Metro: Yusry Taruh Harapan
- ^ The New Strait Times: More Lizard Adventures
- ^ Utusan Malaysia: Cicak-Man 2 import watak jahat dari Indonesia
- ^ Sinema Malaysia
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanbaru
tidak disediakan - ^ a b THE RETURN OF PROFESSOR KLON
- ^ MSN Movies: 1901 signs on for KRU's "Cicakman 2 – Planet Hitam"
- ^ Kosmo: Cicakman 2 di Busan
- ^ a b c Berita Harian: Sasaran Sejuta penonton
- ^ Cicakman 2 Official Site