Stesen Abdullah Hukum: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kururubot (bincang | sumb.)
k Bot: tukar kategori yang dilencongkan, Stesen Aliran Kelana Jaya ke Laluan Kelana Jaya
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 2 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q4666008
Baris 63: Baris 63:
{{malaysia-rail-stub}}
{{malaysia-rail-stub}}
[[Kategori:Laluan Kelana Jaya]]
[[Kategori:Laluan Kelana Jaya]]

[[en:Abdullah Hukum LRT station]]
[[ja:アブドゥラ・フクム駅]]

Semakan pada 20:08, 9 Mac 2013

Stesen Abdullah Hukum
Stesen alihan laju Aliran Kelana Jaya
LokasiJalan Bangsar, Kampung Haji Abdullah Hukum, Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°7′7″N 101°40′22″E / 3.11861°N 101.67278°E / 3.11861; 101.67278
Dimiliki olehSyarikat Prasarana Negara (2002 hingga kini); dikendali oleh RapidKL.
LaluanAliran Kelana Jaya (1998 hingga kini)
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Kemudahan OKUYa
Sejarah
Dibuka1 September 1998
Lokasi
Map

Stesen Abdullah Hukum ialah stesen alihan laju yang terletak di Kampung Haji Abdullah Hukum, Kuala Lumpur, Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen pertama aliran ini yang melalui 10 stesen bertingkat antara stesen Kelana Jaya dan Pasar Seni (tidak termasuk KL Sentral yang dibuka kemudian) dan depoh penyelenggaraan di Lembah Subang.

Lokasi

Stesen ini diberi nama sempena kampung Melayu yang terdekat iaitu Kampung Haji Abdullah Hukum, perkampungan bandar yang terletak diantara stesen lrt ini dan Sungai Klang. Tambahan dari itu, stesen ini dibina bagi menghubungkan kemudahan pengangkutan rel darat antara perkampungan di sebelah tenggara, stesen ini juga boleh diakses dari hujung barat daya Taman Bukit Pantai dari stesen barat laut. Landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang menuju ke Pelabuhan Klang turut berada selari sepanjang stesen ini dan bersambung dengan trek LRT Aliran Kelana Jaya.

Stesen ini turut berhubung dengan Stesen LRT Bangsar, trek stesen Abdullah Hukum berada disepanjang Jalan Bangsar (Bangsar Road), menuju ke selatan, tetapi terletak hanya bersebelahan dengan susur keluar Pantai Baharu di Lebuhraya Pantai Baharu.

Penyambungan dengan Bandar Mid Valley

Walaupun secara relatifnya, jarak antara Bandar Mid Valley adalah agak hampir dengan stesen ini kira-kira 250 meter ke timur dan merupakan satu-satunya stesen LRT yang paling hampir dengan Bandar Mid Valley, namun sehingga kini masih tiada infrastruktur yang betul-betul berkesan untuk menghubungkan stesen Abdullah Hukum dengan Bandar Mid Valley. Laluan semasa memerlukan para pelawat berjalan menuju keutara lalu perlu menyeberangi jambatan trek KTM, dari situ mereka harus meneruskan perjalanan ke timur untuk menyeberangi Sungai Klang dengan menggunakan jambatan.

Stesen Abdullah Hukum sebenarnya turut dibina untuk memudahkan para pelawat hadir / pulang ke/ dari Bandar Mid Valley dengan mudah dengan menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan. Namun apa yang terjadi sekarang stesen KTM Komuter dilihat lebih banyak digunakan oleh para pelawat yang datang ke Mid Valley kerana jarak stesen KTM Komuter Mid Valley dengan kompleks membeli belah adalah sangat hampir. Tetapi menunggu ketibaan KTM Komuter pada masa kini di Kuala Lumpur adalah suatu perkara yang mengecewakan kerana KTM Komuter dilihat sangat lambat dari segi pemanduan dan ketibaannya. Stesen LRT Abdullah Hukum yang diharap dapat mengatasi masalah ini akhirnya hanya dilihat sebagai stesen yang kurang mendapat sambutan dan sangat lengang.

Telah banyak proposal dan cadangan dalam menambah baikkan hubungan antara stesen dan Bandar Mid Valley, antaranya adalah cadangan membina jambatan pejalan kaki antara stesen dan bangunan The Gardens (Kuala Lumpur) di sebelah barat, (merupakan tetingkap dan segment baru yang boleh menjadi penghubung antara Bandar Mid Valley dan stesen). Walaubagaimanapun, proposal ini masih lagi dibincangkan untuk memastikan plan dan rancangan jangka panjang dapat diteliti dengan sedalam yang mungkin khususnya berkenaan dengan aspek keselamatan, sambutan dan persetujuan bersama, ini juga termasuk dengan cadangan membentuk suatu hub pusingan yang melibatkan penyertaan stesen KTM Komuter baharu dan stesen KL Monorail. Pembinaan stesen rel integrasi ini mungkin kelak memerlukan lebih banyak penyertaan dari segi kewangan dan persetujuan bersama.[1] Terdapat juga rancangan untuk membersihkan Kampung Abdullah Hukum bagi tujuan pembangunan mampan, serta menjadi sayap baru bagi Bandar Mid Valley kelak,[2] ini bermaksud prospek stesen rel berintegrasi masa hadapan mungkin dapat dijalankan dengan mudah, namun persetujuan bersama dan kesepakatan antara penduduk kampung merupakan suatu rintangan untuk projek pembangunan mega ini dijalankan dalam masa waktu yang singkat dan ia memerlukan lebih banyak perbincangan dan pertukaran tawaran yang setimpal serta mampu menguntungkan.

Hentian bas rapidKL

Stesen Abdullah Hukum ialah perhentian bas RapidKL untuk laluan-laluan berikut:

  • U64 : Pasaramakota - Taman Sri Muda, Shah Alam - Pasaramakota
  • U65 : Pasaramakota - Taman Alam Megah melalui Seksyen 20 Shah Alam - Pasaramakota
  • U74 : Pasaramakota - Pantai Hill Park - Pasaramakota
  • U75 : Pasaramakota - Pekan Lama Petaling Jaya melalui Pantai Dalam - Pasaramakota
  • U80 : Pasaramakota - UiTM Seksyen 2 Shah Alam - Pasaramakota
  • U81 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Subang Suria melalui Subang Baru - Terminal Jalan Sultan Mohamad
  • U88 : Terminal Jalan Sultan Mohamad - Seksyen 8 Kota Damansara melalui Seksyen SS 2 Petaling Jaya - Terminal Jalan Sultan Mohamad

Stesen berdekatan

Stesen sebelumnya Stesen Abdullah Hukum Stesen berikutnya
Bangsar   Aliran Kelana Jaya   Kerinchi



  1. ^ M., Bavani (2007-07-30). "Skybridge plan to mall lauded". The Star (Metro/Central section). Dicapai pada 2007-08-24. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ Christina Low (2007-07-31). "Goodbye to another urban kampung". The Star (Metro/Central section). Dicapai pada 2007-08-24. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)