Mencari dan menyelamat: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tiada ringkasan suntingan
Aurora (bincang | sumb.)
k Mencari dan Menyelamat dipindahkan ke Mencari dan menyelamat: kata nama am
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 13:35, 22 Mei 2007

Mencari dan Menyelamat atau Search and Rescue, merupakan satu kegiatan dan usaha mencari, menolong, dan menyelamatkan nyawa manusia yang hilang atau dikhuatiri hilang atau berada dalam satu kejadian yang membahayakan nyawa seseorang seperti pelayaran, penerbangan, dan bencana. Istilah SAR telah digunakan diseluruh dunia sehingga ianya sudah menjadi tidak asing bagi masyarakat di mana-mana negara sekalipun sungguhpun di Malaysia.

Operasi SAR dijalankan tidak mengira daerah mahupun dikawasan yang mencabar seperti laut, hutan, gurun, tetapi juga dijalankan di kawasan bandar. Operasi M&M dilakukan oleh pasukan yang bertauliah dan mempunyai teknik yang tidak membahayakan pasukan bantuannya sendiri mahupun mangsa yang ingin diselamatkan.

Ianya juga dilaksanakan terhadap sebarang insiden melibatkan penerbangan seperti pesawat terhempas, pendaratan cemas dan sebagainya, sementara pada kejadian melibatkan pelayaran sekiranya terjadinya mana-mana kapal atau bot didapati tenggelam, terbakar, pelanggaran, terkandas dan lain-lain. Begitu juga dengan adanya kejadian yang lain seperti kebakaran, bangunan runtuh, kemalangan kereta api dan lain-lain.

Sekiranya melibatkan bencana alam, operasi M&M merupakan salah satu unit yang bertindak pantas dalam operasi menyelamatkan mangsa bencana alam. Unit tersebut terdiri daripada pencegahan (mitigasi) , persediaan (preparedness), tindakbalas (response) dan pemulihan (recovery), dimana operasi M&M merupakan bahagian dari tindakan pantas menyelamat jiwa manusia.

Dalam bidang pelayaran dan penerbangan, segala aspek yang meliputi operasi ini termasuklah aspek keselamatan dan situasi keadaan yang telah diatur oleh badan antarabangsa IMO dan ICAO melalui konvensyen antarabangsa. Sebagai yang melaksanakan operasi M&M, penerbitan IAMSAR Manual yang merupakan latihan bagi negara anggotanya dalam perlaksanaan operasi M&M untuk melakukan pelayaran dan penerbangan. Untuk menyeragamkan tindakan agar ianya boleh dicapai dengan hasil yang maksima maka sistem M&M (sistem Mencari dan Menyelamat) digunakan bagi ianya perlu difahami oleh semua agensi yang terlibat.

Operasi M&M ini banyak melibatkan agensi keselamatan baik dari pasukan tentera, polis, bomba, agensi keselamatan awam dan sebagainya. Demikian juga sesuai dengan pengorganisasian IMO dan ICAO di setiap negara wajib melaksanakan operasi M&M. Institusi yang bertanggungjawab dalam operasi M&M disetiap negara sesuai dengan sebarang insiden yang berlaku di dalam sesebuah negara. Di Malaysia, agensi-agensi yang terlibat dalam operasi tersebut terdiri daripada JPA3 atau Jabatan Pertahanan Awam 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada SMART serta semua cawangan dalam organisasi PDRM. Selain dari operasi mencari dan menyelamat dalam sebarang bencana yang melibatkan penerbangan, pelayaran dan bencana alam, operasi ini juga sesuai digunakan oleh mana-mana pasukan elit sekiranya terjadi sebarang insiden tebusan yang mana nyawa tebusan perlu diselamatkan dari hujung laras senjata pihak musuh. Operasi perlu dirancang dengan teliti sebelum fasa serbuan dilakukan bagi mengelakkan sebarang ancaman yang tidak diingini yang dilakukan oleh musuh yang menggunakan tebusan bagi melindungi dirinya.