Robert Boyle: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: pms:Robert Boyle; perubahan kosmetik
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 68 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q43393
Baris 157: Baris 157:
[[Kategori:Penemu unsur kimia]]
[[Kategori:Penemu unsur kimia]]
[[Kategori:Felo Royal Society]]
[[Kategori:Felo Royal Society]]

[[af:Robert Boyle]]
[[ar:روبرت بويل]]
[[an:Robert Boyle]]
[[az:Robert Boyl]]
[[id:Robert Boyle]]
[[zh-min-nan:Robert Boyle]]
[[jv:Robert Boyle]]
[[be:Роберт Бойль]]
[[be-x-old:Робэрт Бойль]]
[[bs:Robert Boyle]]
[[bg:Робърт Бойл]]
[[ca:Robert Boyle]]
[[cs:Robert Boyle]]
[[cy:Robert Boyle]]
[[da:Robert Boyle]]
[[de:Robert Boyle]]
[[et:Robert Boyle]]
[[el:Ρόμπερτ Μπόιλ]]
[[en:Robert Boyle]]
[[es:Robert Boyle]]
[[eo:Robert Boyle]]
[[eu:Robert Boyle]]
[[fa:رابرت بویل]]
[[fr:Robert Boyle]]
[[ga:Robert Boyle]]
[[gd:Raibeart Ò Baoghail]]
[[gl:Robert Boyle]]
[[ko:로버트 보일]]
[[hi:राबर्ट ब्यायल]]
[[hr:Robert Boyle]]
[[it:Robert Boyle]]
[[he:רוברט בויל]]
[[ka:რობერტ ბოილი]]
[[kk:Роберт Бойль]]
[[ht:Robert Boyle]]
[[ku:Robert Boyle]]
[[la:Robertus Boyle]]
[[lv:Roberts Boils]]
[[lb:Robert Boyle]]
[[lt:Robert Boyle]]
[[hu:Robert Boyle]]
[[ml:റോബർട്ട് ബോയിൽ]]
[[mr:रॉबर्ट बॉईल]]
[[nl:Robert Boyle]]
[[ja:ロバート・ボイル]]
[[no:Robert Boyle]]
[[nov:Robert Boyle]]
[[pnb:رابرٹ بوائل]]
[[pms:Robert Boyle]]
[[pl:Robert Boyle]]
[[pt:Robert Boyle]]
[[ro:Robert Boyle]]
[[qu:Robert Boyle]]
[[ru:Бойль, Роберт]]
[[sq:Robert Boyle]]
[[simple:Robert Boyle]]
[[sk:Robert Boyle]]
[[sl:Robert Boyle]]
[[sr:Роберт Бојл]]
[[fi:Robert Boyle]]
[[sv:Robert Boyle]]
[[th:โรเบิร์ต บอยล์]]
[[vi:Robert Boyle]]
[[tr:Robert Boyle]]
[[uk:Роберт Бойль]]
[[war:Robert Boyle]]
[[yo:Robert Boyle]]
[[zh:罗伯特·波义耳]]

Semakan pada 22:49, 9 Mac 2013

Robert Boyle
Robert Boyle (1627–1691)
Kelahiran25 Januari 1627
Meninggal dunia30 Disember 1691 (aged 64)
London, England
Terkenal keranaKajian ciri-ciri fizikal gas
Kajian mengenai konsep unsur kimia
Kerjaya saintifik
BidangFizik, Kimia
Dipengaruhi olehRobert Hooke

Robert Boyle (25 Januari 1627 – 30 Disember 1691) merupakan ahli falsafah semulajadi, ahli kimia, fizik, pencipta, dan pakar sains budiman, juga dikenali bagi penulisannya dalam teologi. Dia paling dikenali bagi mencipta formula bagi hukum Boyle.[2] Sungguhpun kajian dan falsafah peribadinya jelas menunjukkan asasnya dalam tradisi alkimia, pada masa kini dia dianggap ahli kimia moden pertama, dan dengan itu salah seorang pengasas kimia moden. Antara karyanya, The Sceptical Chymist dilihat sebagai buku batu asas dalam bidang kimia.

Tahun-tahun awal

Boyle dilahirkan di Istana Lismore, di County Waterford, Ireland, anak lelaki ketujuh dan anak ke empat belas kepada Richard Boyle, 1st Earl of Cork. Richard Boyle tiba di Ireland pada tahun 1588 sebagai seorang usahawan ("entrepreneur"), dan mengumpul sejumlah besar hak milik tanah ketika Robert dilahirkan. Ketika masih kanak-kanak, Robert belajar bertutur Latin, Greek dan Perancis. Dia belumpun berusia lapan tahun apabila, selepas kematian ibunya, dia dihantar ke Kolej Eton di England, di mana rakan bapanya, Sir Henry Wotton, ketika itu Provost pendidikan. Selepas tinggal lebih tiga tahun di Eton, Robert mengembara di luar negara bersama pengajar Perancis. Mereka melawat Itali pada tahun 1641, dan tinggal di Florence semasa musim sejuk tahun tersebut, belajar "paradox pengkaji bintang agung" Galileo Galilei — Galileo sudahpun tua, tetapi masih hidup di Florence pada in 1641. Kematian Galileo mempengaruhi Boyle untuk belajar astronomi dan mekhanik.

Tahun pertengahan

Boyle kembali ke England dari Tanah Besar Eropah ("Continent") pada pertengahan 1644 dengan minat mendalam mengenai sains.[3] Bapanya meninggal pada tahun sebelumnya dan meninggalkannya Stalbridge manor di Dorset, bersama beberapa harta tanah di Ireland. Dari masa itu, dia menghabiskan hayatnya pada penyelidikan sains, dan mengambil tempat menonjol dalam kumpulan penyelidik, yang dikenali sebagai "Invisible College", yang mengabadikan diri mereka bagi pengembangan "falsafah baru". Mereka sering berjumpa di London, kebiasaannya di Kolej Gresham; sesetengah ahli turut berkumpul di Oxford di mana Boyle tinggal pada 1654. Membaca mengenai pam udara Otto von Guericke pada 1657, dia menyediakan dirinya bersama pembantunya, Robert Hooke untuk mencipta peningkatan pada pembinaannya, dan menhgasilkan, "mesin Boyleana" atau "Enjin Pneumatical", disiapkan pada 1659, dia kemudiannya memulakan beberapa ujikaji berkenaan ciri-ciri udara.[2] Tulisan boleh didapati pada dinding University College, Oxford High Street, Oxford di Oxford (kini lokasi Shelley Memorial), menanda tapak Dewan Cross ("Cross Hall") berada sehingga awal 1800-an. Di sini adalah di mana Boyle menyewa bilik daripada pembancuh ubat ("apothecary") kaya pemilik Dewan.

Gambaran mengenai hasil kerja Boyle dengan pam udara pada tahun 1660 di bawah judul New Experiments Physico-Mechanicall, Touching the Spring of the Air, and its Effects.... Antara pengkritik pandangan yang dikemukakan dalam buku ini adalah "Society of Jesus", Franciscus Linus (1595–1675), dan ketika menjawab bangkangan ini, Boyle pertama kali menyebut mengenai hukum Boyle bahawa isipadu gas berubah songsang kepada tekanan gas, yang mana dikalangan penutur bahasa Inggeris biasanya dikaitkan sempena namanya.

Pada tahun 1668 dia meninggalkan Oxford ke London di mana dia tinggal di rumah saudara perempuannya, Lady Ranelagh, di Pall Mall, London.

Tahun berikutnya

Plak di tapak ujikaji Boyle dan Hooke di Oxford.

Menjelang tahun 1689 kesihatannya, yang tidak pernah kuat, mulai gagal dengan serius dan dia semakin mengundurkan diri daripada pertemuan awam, menghentikan perhubungannya dengan Royal Society, dan mengumumkan keinginannya bagi dikecualikan daripada menerima tetamu, "kecuali pada keadaan amat luar biasa", pada petang Selasa dan Jumaat, dan petang Rabu dan Sabtu. Secara perlahan dia ingin "mengembalikan semangatnya, ruang kertas kerjanya", dan menyediakan penyiasatan kimia penting yang dia bercadang untuk ditinggalkannya sebagai "sejenis warisan Hermetik kepada jurus kajian dalam seni itu", tetapi yang dia tidak dedahkan sifatnya. Kesihatannya semakin merosot pada 1691, dan dia meninggal pada 30 Disember tahun yang sama, hanya seminggu selepas kematian saudara perempuannya yang dia tinggal bersama selama lebih dua puluh tahun. Robert Boyle meninggal akibat lumpuh. Dia ditanam diperangkaran gereja "St Martin's in the Fields", ucapan pengkebumiannya dibacakan oleh sahabatnya Bishop Gilbert Burnet. Dalam wasiatnya, Boyle meninggalkan siri Syarahan yang dikenali sebagai Syarahan Boyle.

Penyiasatan saintifik

Pam udara Boyle.

Kelebihan besar Boyle sebagai penyiasat saintifik adalah dia mengamalkan prinsip yang diutarakan oleh Francis Bacon dalam Novum Organum. Sungguhpun begitu, dia tidak mengakui sebagai pengikut Bacon, maupun sebarang pengajar yang lain. Dalam beberapa kejadian, dia menyebut bahawa agar dia mampu mengekalkan penilaiannya bebas tanpa terikat dengan sebarang teori falsafah moden, sehingga dia "dibekalkan dengan ujikaji" bagi membantu dia menilaikannya, dia menjauhi sebarang kajian berkenaan sistem atom, dan Cartesian, malah Novum Organum itu sendiri, sungguhpun dia mengakui bagi "merujuk sepintas lalu" kepadanya berkenaan beberapa perincian. Tidak ada yang lebih asing kepada sifat mentalnya daripada hipotesis berbelit ("spinning of hypotheses"). Dia mengangap pengambilan pengetahuan merupakan pencapaian pada dirinya sendir, dan akibatnya dia mendapat pandangan meluas berkenaan matlamat pencarian saintifik berbanding apa yang didapati oleh mereka beberapa abad sebelum dirinya. Ini, bagaimanapun tidak bererti dia tidak memperdulikan pengunaan pratikal sains maupun dia membenci pengetahuan yang kemungkinannya digunakan.

Boyle merupakan pengamal alkhemi; dan percaya kemungkinan tranmutasi logam, dia melakukan ujikaji dengan harapan melaksanakannya; dan dia merupakan orang bagi membatalkan statut Henry IV bagi multiplying gold and silver pada tahun 1689. Dengan semua kerja penting yang dicapainya dalam fizik – the enunciation of hukum Boyle, jumpaan bagi peranan udara dalam penghasilan bunyi, dan penyiasatan berkenaan kuasa melampai air membeku, berkenaan graviti khusus ("specific gravity") dan kuasa biasan, pada kristal, berkenaan eletrik, berkenaan warna, berkenaan hidrostatik, dll. – kimia merupakan kajian utama dan kegemarannya. Buku pertamanya berkenaan tajuk itu merupakan The Sceptical Chymist, diterbitkan pada tahun 1661, dalam mana dia mengkritik "ujikaji di mana Spagyric kasar cenderung berusaha untuk membuktikan bahawa garam, belerang dan raksa mereka merupakan "Principles of Things" sebenar". Bagi dirinya kimia merupakan sains komposisi sebatian, bukan semata-mata sampingan kepada seni kimia atau fizik. Dia memajukan pandangan moden bagi unsur sebagai bahan tidak boleh diurai bagi benda; dan pemahaman antar perbezaan antara campuran dan sebatian, dia membuat kemajuan besar dalam teknik mengesan bahan dalamnya, proses yang dikenalinya sebagai "analisa". Lebih lanjut lagi dia mencadangkan bahawa unsur akhirnya terdiri daripada zarah subatomik pelbagai saiz dan jenis, dalam mana, bagaimanapun, ia tidak dapat diselesaikan dalam sebarang cara. Kimia kegunaan ("Applied chemistry") berterima kasih kepadanya bagi kaedah lebih baik dan bagi perkembangan pengetahuan mengenai bahan individual. Dia turut mengkaji kimia pembakaran dan pernafasan, dan melakukan ujikaji dalam physiologi, di mana, bagaimanapu, dia dihalang oleh "perasaan sayang kepada semulajadi" yang menghalang dirinya dari melakukan pembedahan anatomi, terutama pada haiwan hidup, sungguhpun dia tahu ia "amat berguna".

Selain sibuk sebagai ahli falsafah semulajadi, Boyle menghabiskan banyak masa kepada theologi, menunjukkan kecenderungan ke arah pratikal dan tidak menghiraukan polemik kontrovesi. Semasa pemulihan Inggeris dia diterima baik di istana, dan pada tahun 1665 memungkinkan dia menerima kedudukan sebagai provostship bagi Kolej Eton, jika dia menyertai paderi; tetapi dia menolak berasaskan bahawa penulisannya berkenaan keagamaan lebih berkesan sekiranya ia ditulis oleh orang awam dan bukannya dari paderi berbayar Gereja. Sebagai direktor Syarikat India Timur dia menghabiskan sejumlah besar wang bagi pengembangan agama Kristian di Timur, menyumbang dengan mudah kepada masyarakat mubaligh, dan membiayai penterjemahan Bible atau sebahagian darinya kedalam pelbagai bahasa. Dia mengasaskan Syarahan Boyle, bertujuan mempertahankan agama Kristian dari orang yang dianggapnya sebagi kafir ganas "notorious infidels, terutamanya atheist, Deism, Pagan, Yahudi dan Muslim", dengan syarat bahawa pertikaian sesama Kristian tidak disebutkan. Pada tahun 2004, Syarahan Boyle dibangkitkan kembali di London.[4]

Personaliti

Boyle adalah tinggi, kurus dan penampilan pucat. Tubuhnya tidak sasa, dan sepanjang hiyatnya dia menderita kesihatan yang lemah dan semangat rendah. Sungguhpun hasil kerja saintifiknya menjamin reputasi luar biasa di kalangan semasanya, perwatakan peribadi dan kebaikannya, sifat sosialnya yang menarik, sifat lucu dan daya perbualannya, menarikkan dirinya pada khayalak besar sahabat rapat. Dia tidak pernah berkahwin. Penulisannya amat banyak, dan stailenya adalah jelas dan terus pada matlamatnya, sungguhpun tidak dapat disangkal banyak perkataan.[5]

Kerja pentingnya

Muka hadapan The Sceptical Chymist (1661).
Flask aliran-diri Boyle, mesin pergerakan kekalnya, kelihatannya mengisi diri melalui tindakan siphon("pergerakan kekal hidrostatik").[6] Sebenarnya ini adalah mustahil; siphon memerlukan "pengeluaran" lebih rendah berbanding "kemasukan".

Berikut merupakan sebahagian hasil kerjanya yang penting:

  • 1660 – New Experiments Physico-Mechanical: Touching the Spring of the Air and their Effects
  • 1661 - The Sceptical Chymist
  • 1663 – Considerations touching the Usefulness of Experimental Natural Philosophy (followed by a second part in 1671)
  • 1664 – Experiments and Considerations Touching Colours, with Observations on a Diamond that Shines in the Dark
  • 1665 – New Experiments and Observations upon Cold
  • 1666 – Hydrostatical Paradoxes
  • 1666 – Origin of Forms and Qualities according to the Corpuscular Philosophy
  • 1669 – a continuation of his work on the spring of air
  • 1670 – demonstrated that a reduction in ambient pressure could lead to bubble formation in living tissue. This description of a viper in a vacuum was the first recorded description of decompression sickness.[7]
  • 1670 – tracts about the Cosmical Qualities of Things, the Temperature of the Subterraneal and Submarine Regions, the Bottom of the Sea, &c. with an Introduction to the History of Particular Qualities
  • 1672 – Origin and Virtues of Gems
  • 1673 – Essays of the Strange Subtilty, Great Efficacy, Determinate Nature of Effluviums
  • 1674 – two volumes of tracts on the Saltiness of the Sea, Suspicions about the Hidden Realities of the Air, Cold, Celestial Magnets, Animadversions on Hobbes's Problemata de Vacuo
  • 1676 – Experiments and Notes about the Mechanical Origin or Production of Particular Qualities, including some notes on electricity and magnetism
  • 1678 – Observations upon an artificial Substance that Shines without any Preceding Illustration
  • 1680 – the Aerial Noctiluca
  • 1682 – New Experiments and Observations upon the Icy Noctiluca
  • 1682 – a further continuation of his work on the air
  • 1684 – Memoirs for the Natural History of the Human Blood
  • 1685 – Short Memoirs for the Natural Experimental History of Mineral Waters
  • 1686 – A Free Enquiry into the Vulgarly Received Notion of Nature
  • 1690 – Medicina Hydrostatica
  • 1691 – Experimentae et Observationes Physicae

Antara penulisan keagamaan dan falsafahnya adalah:

  • 1648/1660 – Seraphic Love, ditulis pada 1648, tetapi tidak diterbitkan sehingga 1660
  • 1663 – Essay mengenai Stail Holy Scriptures
  • 1664 – Excellence of Theology compared with Natural Philosophy
  • 1665 – Occasional Reflections upon Several Subjects, yang diperbodohkan oleh Swift dalam A Meditation Upon a Broom-Stick, dan oleh Butler dalam An Occasional Reflection on Dr Charlton's Feeling a Dog's Pulse di Kolej Gresham
  • 1675 – Some Considerations about the Reconcileableness of Reason and Religion, with a Discourse about the Possibility of the Resurrection
  • 1687 – The Martyrdom of Theodora And Didymus
  • 1690 – The Christian Virtuoso

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Deem, Rich (2005). "The Religious Affiliation of Robert Boyle the father of modern chemistry. From: Famous Scientists Who Believed in God". adherents.com. Dicapai pada 2009-04-17.
  2. ^ a b Acott, Chris (1999). "The diving "Law-ers": A brief resume of their lives". South Pacific Underwater Medicine Society journal. 29 (1). ISSN 0813-1988. OCLC 16986801. Dicapai pada 2009-04-17.
  3. ^ See biographies of Robert Boyle at [1], [2], [3] dan [4] .
  4. ^ "The Boyle Lecture". St. Marylebow Church.
  5. ^ Encyclopædia Britannica (1911)
  6. ^ Arthur W. J. G. Ord-Hume (2006). Perpetual Motion: The History of an Obsession. Adventures Unlimited Press. ISBN 1931882517.
  7. ^ Acott, C. (1999). "A brief history of diving and decompression illness". South Pacific Underwater Medicine Society journal. 29 (2). ISSN 0813-1988. OCLC 16986801. Dicapai pada 2009-04-17.

Bacaan lanjut

  • Stephen Shapin and Simon Schaffer, Leviathan and the Air-Pump.
  • Lawrence Principe, The Aspiring Adept: Robert Boyle and His Alchemical Quest
  • John F Fulton, A Bibliography of the Honourable Robert Boyle, Fellow of the Royal Society. Second edition. Oxford: At the Clarendon Press, 1961.

Hasil kerja Boyle di talian

Pautan luar