Bukit Nanas: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2+) (bot menambah: zh:咖啡山
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 3 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q31322
Baris 16: Baris 16:
[[Kategori:Kuala Lumpur]]
[[Kategori:Kuala Lumpur]]
[[Kategori:Tapak alam di Malaysia]]
[[Kategori:Tapak alam di Malaysia]]

[[en:Bukit Nanas]]
[[fr:Bukit Nanas]]
[[zh:咖啡山]]

Semakan pada 22:51, 9 Mac 2013

Bukit Nanas ialah sebuah mercu tanda di Kuala Lumpur yang terkenal sebagai tempat terletaknya satu-satunya hutan hujan tropika dara dalam lingkungan ibu kota. Pihak berkuasa bandaraya berdedikasi untuk memelihara hutan yang terletak di pusat Kuala Lumpur. Dahulunya menjadi tempat tinggal harimau Malaya dan gajah, hutan belantara ini masih didiami oleh monyet, ular sawa, tupai, dan biawak.

Bukit Nanas terletak di Hutan Lipur Bukit Nanas yang terbuka kepada orang awam, dengan tersedianya denai hutan, pusat pelancong, dan muzium perhutanan. Juga pernah disediakan perkhidmatan kereta kabel yang telah dihentikan pada 1980-an.

Pada 1990-an, Menara Kuala Lumpur dibina atas bukit ini, lengkap dengan geladak pemerhatian, dewan jamuan dan restoran berputar.

Di bukit itu juga terdirinya dua buah sekolah zaman British yang usianya menjangkau seabad, iaitu St John's Institution dan Convent Bukit Nanas. St. John's telah digazetkan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan oleh kerajaan persekutuan.

Sebuah mercu tanda keagamaan terkemuka di situ ialah St John's Cathedral, sebuah gereja Katolik Rom yang serupa seni binanya dengan St. John's dan Convent Bukit Nanas.

Tambahan dari itu, Bukit Nanas juga mempunyai sebuah loji pembersihan air mentah yang dikenali sebagai "Loji Pembersihan Air Bukit Nanas". Loji pembersihan air terletak di Jalan Puncak, Off Jalan P.Ramlee. Loji Pembersihan air ini merupakan loji pembersihan air yang terutama di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur yang telah wujud sejak tahun 1959. Loji Pembersihan air ini adalah loji pembersihan air mentah yang masih menggunakan teknologi lama British dalam sistem pembersihan air dan pengagihan air secara komersial. Namun begitu, sistem pengendaliannya yang masih selamat, efisyen dan mudah menjadikan loji pembersihan air ini mendapat pelbagai anugerah keselamatan dan standard di peringkat Malaysia dan antarabangsa.