Ratifikasi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 30 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q193170
Baris 49: Baris 49:


<!-- Interwikis -->
<!-- Interwikis -->

[[id:Ratifikasi]]
[[jv:Ratifikasi]]
[[bg:Ратификация]]
[[cs:Ratifikace]]
[[da:Ratifikation]]
[[de:Ratifikation]]
[[et:Ratifitseerimine]]
[[en:Ratification]]
[[es:Ratificación]]
[[eo:Ratifiko]]
[[fr:Instrument de ratification]]
[[hr:Ratifikacija]]
[[it:Ratifica]]
[[kk:Мақұлдау]]
[[lt:Ratifikacija]]
[[hu:Ratifikáció]]
[[nl:Ratificatie]]
[[ja:批准]]
[[no:Ratifisering]]
[[nn:Ratifisering]]
[[pl:Ratyfikacja]]
[[pt:Ratificação]]
[[ru:Ратификация]]
[[simple:Ratification]]
[[sk:Ratifikácia]]
[[sr:Ратификација]]
[[fi:Ratifiointi]]
[[sv:Ratifikation]]
[[uk:Ратифікація]]
[[zh:批准]]

Semakan pada 07:08, 13 Mac 2013

Ratifikasi ialah kelulusan prinsipal terhadap perbuatan ejennya yang tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk mengikat prinsipalnya. Istilah ini digunakan dalam undang-undang kontrak persendirian, perjanjian antarabangsa, dan perlembagaan persekutuan seperti di Amerika Syarikat dan Kanada.

Undang-undang swasta

Dalam kontrak undang-undang, keperluan ratifikasi boleh timbul melalui dua cara:

  1. Seseorang ejen mencuba mengikat prinsipalnya, walaupun tidak berkuasa untuk berbuat demikian: Satu contoh ialah pekerja yang biasanya tidak bertanggungjawab terhadap pembelian bekalan mengikat kontrak untuk berbuat demikian bagi pihak majikannya. Apabila majikan mendapat tahu kontrak itu, dia berhak meratifikasikan atau menolaknya.
  2. Seseorang prinsipal memberikan ejennya kebenaran untuk mengikat perjanjian, tetapi berhak meluluskannya. Keadaan ini adalah biasa dalam perjanjian tawar-menawar kolektif kesatuan sekerja. Kesatuan sekerja memberikan kebenaran kepada satu atau lebih orang untuk berunding dan memeterai perjanjian dengan pihak pengurusan, tetapi perjanjian itu tidak sah di sisi undang-undang sehingga anggota-anggota kesatuan meratifikasikan perjanjian itu. Jika perjanjian itu ditolak oleh anggota-anggota kesatuan, maka perjanjian itu tidak sah di sisi undang-undang dan perundingan diteruskan.

Ratifikasi perjanjian antarabangsa

Ratifikasi perjanjian antarabangsa dilaksanakan dengan memfailkan alat ratifikasi sebagaimana yang ditetapkan perjanjian. Dalam kebanyakan negara demokratik, badan perundangan memberikan kuasa kepada kerajaan untuk meratifikasikan perjanjian melalui tatacara perundangan standard (iaitu, meluluskan rang undang-undang).

Di United Kingdom, ratifikasi perjanjian merupakan Prerogatif Raja yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan British; bagaimanapun, mengikut kelaziman yang dikenali sebagai Kaedah Ponsonby, perjanjian biasanya dikemukakan kepada parlimen selama 21 hari sebelum diratifikasikan.

Di Amerika Syarikat, kuasa mengikat perjanjian ialah satu usaha terselaras antara cabang Eksekutif dan Senat. Presidennya boleh membentuk dan merundingkan perjanjian, tetapi perjanjian itu perlu mendapat nasihat dan persetujuan melalui dua pertiga daripada undi Senat. Hanya selepas Senat meluluskan perjanjian bahawa Presiden boleh meratifikasikannya. Sebaik sahaja perjanjian diratifikasikan, ia mengikat semua negeri di bawah Klausa Keagungan. Sedangkan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat tidak mengundi sama sekali, keperluan untuk mendapatkan nasihat dan persetujuan Senat bagi meratifikasikan sesuatu perjanjian menyebabkan mendapatkan sokongan politik untuk perjanjian antarabangsa jauh lebih susah di Amerika Syarikat, berbanding dengan republik demokratik yang lain. Tambahan lagi, jika pelaksanaan perjanjian memerlukan peruntukan dana, Dewan Perwakilan boleh menolak, atau sekurang-kurangnya menghalang pelaksanaannya dengan enggan mengundi untuk menyokong peruntukan dana yang diperlukan.

Di Amerika Syarikat, Presidennya biasanya mengemukakan perjanjian kepada Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri Senat (SFRC) bersama-sama dengan ketetapan ratifikasi atau ketetapan penerimaan. Jika perjanjian dan ketetapan mendapatkan pertimbangan jawatankuasa yang positif (undi jawatankuasa yang menyokong ratifikasi atau penerimaan), jadi perjanjian itu akan dikemukakan kepada Senat untuk diundi selanjutnya. Perjanjian atau rang undang-undang itu tidak berkuatkuasa sehingga diratifikasikan.

Satu perjanjian berbilang pihak boleh membenarkan penguatkuasaan sebaik sahaja ratifikasi dilakukan tanpa keperluan untuk melibatkan kesemua penandatangan.[1] Sesungguhnya, sewaktu perjanjian itu dikuatkuasakan, ia tidak mengikat para penandatangan yang masih belum meratifikasikannya. Penerimaan mempunyai kesan yang sama dengan ratifikasi di sisi undang-undang. Ia merupakan sinonim kepada ratifikasi yang telah dirundingkan dan ditandatangai oleh negeri-negeri yang lain.[2] Salah satu contoh perjanjian yang tidak diberikan nasihat atau persetujuan Senat Amerika Syarikat terhadap ratifikasi ialah Persetiaan Versailles yang merupakan sebahagian daripada ketetapan Perang Dunia Pertama.

Ratifikasi Perlembagaan Eropah

Proses meratifikasikan Perjanjian untuk membentukkan Perlembagaan Eropah - suatu dokumen perlembagaan cadangan untuk Kesatuan Eropah (EU) - berbeza dari negara ke negara; tujuh buah negara bercadang untuk mengadakan pungutan suara yang mengikat untuk menentukan keputusan, enam belas buah negara memutuskan melalui undi parlimen dan dua buah negara memilih untuk mendapatkan kelulusan Parlimen, berdasarkan keputusan referendum penasihat. Untuk mencapai keberkesanan sepenuhnya, perlembagaan perlu diratifikasikan oleh semua negara ahli Kesatuan Eropah dan juga Parlimen Eropah.

Perlembagaan telah pun diratifikasikkan oleh Parlimen Eropah dan enam belas buah negara ahli (berdasarkan parlimen empat belas negara ahli, dan referendum dua negara ahli yang lain, iaitu Sepanyol dan Luxembourg). Bagaimanapun, referendum Perancis (pada 29 Mei 2005) dan kemudiannya referendum Belanda (pada 1 Jun 2005) menolak perlembagaan itu. Selepas beberapa pengubahsuaian kecil dibuat, seperti menggugurkan label 'perlembagaan' label dan rujukan bendera, teks perlembagaan itu kemudian diterima sebagai Perjanjian Lisbon.

Ratifikasi Perjanjian Lisbon berlaku pada 3 November 2009 dengan penandatanganan Republik Czeh, selepas mahkamah perlembagaan republik itu mendapati bahawa Perjanjian Lisbon adalah serasi dengan perlembagaannya.

Ratifikasi perlembagaan

Persekutuan biasanya memerlukan kedua-dua sokongan kerajaan persekutuan dan setakat sokongan daripada kerajaan-kerajaan negeri sebelum pindaan perlembagaan persekutuan dapat dikuatkuasakan.

Ratifikasi Perlembagaan Amerika Syarikat

Perkara Ketujuh dalam perlembagaan Amerika Syarikat menghuraikan proses bagaimana seluruh dokumen perlembagaan dapat dijadikan berkesan. Ia menetapkan bahawa 9 daripada 13 negeri yang asal perlu meratifikasikan dokumen perlembagaan itu. Sebaik sahaja negeri ke-9 meratifikasikan dokumen itu — New Hampshire, 21 Jun 1788 - suatu jadual waktu ditetapkan untuk memulakan operasi di bawah Perlembagaan tersebut dan pada 4 Mac 1789, kerajaan di bawah Perlembagaan pun memulakan operasinya.

Rujukan

  1. ^ Salah satu contoh erjanjian sedemikian boleh dilihat daripada Konvensyen tentang Gugusan Senjata. Ia akan berkuatkuasa sebaik sahaja ia disahkan oleh sekurang-kurangnya 30 buah negeri. Lihat Perkara 17 dalam Konvensyen tentang Gugusan Senjata.
  2. ^ Koleksi Perjanjian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Panduan Rujukan Perjanjian (1999)

Lihat juga