Philip Pullman: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 29: Baris 29:
Pullman menjadi [[pensyarah]] sambilan di [[Kolej Westminster, Oxford]] antara tahun-tahun [[1988]]-[[1996]], serta meneruskan penulisan cerita kanak-kanaknya. Beliau memulakan penulisan ''[[Bahan-bahan Tersembunyinya]]'' (''His Dark Materials'') pada sekitar tahun [[1993]]. "Cahaya-cahaya Utara (diterbitkan sebagai ''Kompas Keemasan'' (''The Golden Compass'') di [[Amerika Syarikat]]) diterbitkan pada tahun [[1996]] dan memenanginya [[Pingat Carnegie]], salah satu anugerah fiksyen kanak-kanak British yang paling berprestij, serta juga [[Anugerah Fiksyen Kanak-kanak Guardian]].
Pullman menjadi [[pensyarah]] sambilan di [[Kolej Westminster, Oxford]] antara tahun-tahun [[1988]]-[[1996]], serta meneruskan penulisan cerita kanak-kanaknya. Beliau memulakan penulisan ''[[Bahan-bahan Tersembunyinya]]'' (''His Dark Materials'') pada sekitar tahun [[1993]]. "Cahaya-cahaya Utara (diterbitkan sebagai ''Kompas Keemasan'' (''The Golden Compass'') di [[Amerika Syarikat]]) diterbitkan pada tahun [[1996]] dan memenanginya [[Pingat Carnegie]], salah satu anugerah fiksyen kanak-kanak British yang paling berprestij, serta juga [[Anugerah Fiksyen Kanak-kanak Guardian]].


Pullman menulis sepenuh masa sejak dari tahun [[1996]], tetapi masih meneruskan penyampaian syarahannya dan kekadang juga menulis untuk [[akhbar]] ''[[The Guardian]]''. Beliau dianugerahkan [[Golongan Empayar British]] (CBE) dalam senarai Penerima Anugerah Tahun Baru pada tahun [[2004]]. Pullman juga mula memberikan [[syarahan]] tentang [[bahasa Inggeris]] dalam sebuah [[seminar]] di [[alma mater]]nya, [[Kolej Exeter, Oxford]], pada tahun [[2004]]. <ref>[http://www.uce.ac.uk/web2/releases04/3476.html Laman web ''UCE'']</ref><ref>[http://www.exeter.ox.ac.uk/admissions/undergrad/life/ Lama web ''Exeter'']</ref> Beliau kini mengerjakan ''Buku Habuk'' (''The Book of Dust''), susulan kepada trilogi ''Bahan-bahan Tersembunyinya''.
Pullman has been writing full-time since 1996, but continues to deliver talks and writes occasionally for [[The Guardian]]. He was awarded a [[Order of the British Empire|CBE]] in the New Year's Honours list in 2004. Pullman also began lecturing at a seminar in English at his alma mater, [[Exeter College, Oxford]], in 2004.


<ref>[http://www.uce.ac.uk/web2/releases04/3476.html Laman web ''UCE'']</ref><ref>[http://www.exeter.ox.ac.uk/admissions/undergrad/life/ Lama web ''Exeter'']</ref> Beliau kini mengerjakan ''Buku Habuk'' (''The Book of Dust''), sebuah susulan kepada trilogi ''Bahan-bahan Tersembunyinya''.
<!---
<!---
== ''His Dark Materials'' ==
== ''His Dark Materials'' ==

Semakan pada 04:26, 30 Mei 2007

Philip Pullman
Philip Pullman menandatangani senaskhah Oxford Lyra
Philip Pullman menandatangani senaskhah Oxford Lyra
Lahir (1946-10-19) 19 Oktober 1946 (umur 77)
Norwich, England
PekerjaanPenulis novel
GenreKhayalan
Laman web
Philip-Pullman.com

Philip Pullman, CBE (lahir 19 Oktober 1946) ialah seorang penulis novel berkebangsaan Inggeris. Beliau ialah penulis laris untuk Bahan-Bahan Tersembunyinya (His Dark Materials), sebuah trilogi novel khayalan, serta sebilangan buku yang lain.


Biografi ringkas

Pullman dilahirkan di Norwich kepada Alfred Outram, juruterbang RAF, dan Audrey Evelyn Merrified. Keluarganya pindah-randah mengikut kerja ayahnya, termasuk ke Rhodesia Selatan (kini Zimbabwe), di mana beliau menghabiskan masanya di sekolah. Ayahnya terkorban dalam sebuah nahas kapal terbang pada tahun 1953 ketika Pullman berumur tujuh tahun. Ibunya berkahwin semula dan melalui perpindahan ke Australia datangnya penemuan Pullman terhadap buku-buku komik (termasuk Superman dan Batman), perantara yang didukungnya secara berterusan. Pada tahun 1957, beliau menyertai Sekolah Ysgol Ardudwy yang terletak di bandar Harlech, Gwynedd dan menghabiskan masanya di Norfolk bersama-sama datuknya, seorang paderi. Pada sekitar masa ini, Pullman menemukan Paradise Lost, sebuah novel oleh John Milton, yang kemudian menjadi pengaruh utama untuk triloginya, Bahan-bahan Tersembunyinya (His Dark Materials).

Pada tahun 1963, Pullman menyertai Kolej Exeter, Oxford dan menerima ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) Kelas Ketiga pada tahun 1968. Dalam sebuah wawancara dengan majalah Pelajar Oxford, beliau mengatakan bahawa beliau "tidak gemar akan kursus bahasa Inggeris" dan menambah: "Saya berpendapat bahawa saya mencapai keputusan yang baik sehingga saya mendapat ijazah kelas ketiga dan kemudian menyedari bahawa prestasi saya tidak baik — tahun itu merupakan tahun yang kolej menghentikan pemberian ijazah kelas keempat, kalau tidak saya akan mendapatkannya juga". [1] Beliau menemukan ilustrasi-ilustrasi William Blake pada sekitar tahun 1970 yang kemduan juga amat mempengaruhinya.

Pullman berkahwin dengan Judith Speller pada tahun 1970 dan mula mengajar kanak-kanak dan menulis drama sekolah. Karya pertama yang diterbitkannya ialah Ribut Berhantu (The Haunted Storm) yang menjadi pemenang bersama "Anugerah Penulis Muda Perpustakaan Inggeris Baru" pada tahun 1972. Bagaimanapun, beliau enggan membincangkannya. Galatea, fiksyen khayalan dewasa, diterbitkan pada tahun 1978 tetapi drama-drama sekolah adalah yang mengilhami novel Count Karlstein, buku kanak-kanaknya yang pertama, yang diterbitkan pada tahun 1978. Pullman menghentikan kerja pengajarannya pada sekitar masa penerbitan Batu Delima di dalam Asap (The Ruby in the Smoke), buku kanak-kanaknya yang kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Latar buku ini yang berdasarkan Zaman Victoria membayangkan minat Pullman terhadap zaman itu.

Pullman menjadi pensyarah sambilan di Kolej Westminster, Oxford antara tahun-tahun 1988-1996, serta meneruskan penulisan cerita kanak-kanaknya. Beliau memulakan penulisan Bahan-bahan Tersembunyinya (His Dark Materials) pada sekitar tahun 1993. "Cahaya-cahaya Utara (diterbitkan sebagai Kompas Keemasan (The Golden Compass) di Amerika Syarikat) diterbitkan pada tahun 1996 dan memenanginya Pingat Carnegie, salah satu anugerah fiksyen kanak-kanak British yang paling berprestij, serta juga Anugerah Fiksyen Kanak-kanak Guardian.

Pullman menulis sepenuh masa sejak dari tahun 1996, tetapi masih meneruskan penyampaian syarahannya dan kekadang juga menulis untuk akhbar The Guardian. Beliau dianugerahkan Golongan Empayar British (CBE) dalam senarai Penerima Anugerah Tahun Baru pada tahun 2004. Pullman juga mula memberikan syarahan tentang bahasa Inggeris dalam sebuah seminar di alma maternya, Kolej Exeter, Oxford, pada tahun 2004. [2][3] Beliau kini mengerjakan Buku Habuk (The Book of Dust), susulan kepada trilogi Bahan-bahan Tersembunyinya.

Bibliography

Non-series books

The New-Cut Gang

Sally Lockhart

His Dark Materials

Companion Books

Plays

Non-fiction

Source: [1]

References

Further reading

  • Lenz, Millicent (2005). His Dark Materials Illuminated: Critical Essays on Phillip Pullman's Trilogy. Wayne State University Press. ISBN 0-8143-3207-2.

External links