Philip Pullman: Perbezaan antara semakan
Baris 102: | Baris 102: | ||
Sumber: [http://www.fantasticfiction.co.uk/p/philip-pullman/] |
Sumber: [http://www.fantasticfiction.co.uk/p/philip-pullman/] |
||
== |
== Rujukan == |
||
<div class="references" style="-moz-column-count:1; column-count:1;"> |
<div class="references" style="-moz-column-count:1; column-count:1;"> |
||
<references/></div> |
<references/></div> |
Semakan pada 04:29, 30 Mei 2007
Philip Pullman | |
---|---|
Lahir | Norwich, England | 19 Oktober 1946
Pekerjaan | Penulis novel |
Genre | Khayalan |
Laman web | |
Philip-Pullman.com |
Philip Pullman, CBE (lahir 19 Oktober 1946) ialah seorang penulis novel berkebangsaan Inggeris. Beliau ialah penulis laris untuk Bahan-Bahan Tersembunyinya (His Dark Materials), sebuah trilogi novel khayalan, serta sebilangan buku yang lain.
Biografi ringkas
Pullman dilahirkan di Norwich kepada Alfred Outram, juruterbang RAF, dan Audrey Evelyn Merrified. Keluarganya pindah-randah mengikut kerja ayahnya, termasuk ke Rhodesia Selatan (kini Zimbabwe), di mana beliau menghabiskan masanya di sekolah. Ayahnya terkorban dalam sebuah nahas kapal terbang pada tahun 1953 ketika Pullman berumur tujuh tahun. Ibunya berkahwin semula dan melalui perpindahan ke Australia datangnya penemuan Pullman terhadap buku-buku komik (termasuk Superman dan Batman), perantara yang didukungnya secara berterusan. Pada tahun 1957, beliau menyertai Sekolah Ysgol Ardudwy yang terletak di bandar Harlech, Gwynedd dan menghabiskan masanya di Norfolk bersama-sama datuknya, seorang paderi. Pada sekitar masa ini, Pullman menemukan Paradise Lost, sebuah novel oleh John Milton, yang kemudian menjadi pengaruh utama untuk triloginya, Bahan-bahan Tersembunyinya (His Dark Materials).
Pada tahun 1963, Pullman menyertai Kolej Exeter, Oxford dan menerima ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) Kelas Ketiga pada tahun 1968. Dalam sebuah wawancara dengan majalah Pelajar Oxford, beliau mengatakan bahawa beliau "tidak gemar akan kursus bahasa Inggeris" dan menambah: "Saya berpendapat bahawa saya mencapai keputusan yang baik sehingga saya mendapat ijazah kelas ketiga dan kemudian menyedari bahawa prestasi saya tidak baik — tahun itu merupakan tahun yang kolej menghentikan pemberian ijazah kelas keempat, kalau tidak saya akan mendapatkannya juga". [1] Beliau menemukan ilustrasi-ilustrasi William Blake pada sekitar tahun 1970 yang kemduan juga amat mempengaruhinya.
Pullman berkahwin dengan Judith Speller pada tahun 1970 dan mula mengajar kanak-kanak dan menulis drama sekolah. Karya pertama yang diterbitkannya ialah Ribut Berhantu (The Haunted Storm) yang menjadi pemenang bersama "Anugerah Penulis Muda Perpustakaan Inggeris Baru" pada tahun 1972. Bagaimanapun, beliau enggan membincangkannya. Galatea, fiksyen khayalan dewasa, diterbitkan pada tahun 1978 tetapi drama-drama sekolah adalah yang mengilhami novel Count Karlstein, buku kanak-kanaknya yang pertama, yang diterbitkan pada tahun 1978. Pullman menghentikan kerja pengajarannya pada sekitar masa penerbitan Batu Delima di dalam Asap (The Ruby in the Smoke), buku kanak-kanaknya yang kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Latar buku ini yang berdasarkan Zaman Victoria membayangkan minat Pullman terhadap zaman itu.
Pullman menjadi pensyarah sambilan di Kolej Westminster, Oxford antara tahun-tahun 1988-1996, serta meneruskan penulisan cerita kanak-kanaknya. Beliau memulakan penulisan Bahan-bahan Tersembunyinya (His Dark Materials) pada sekitar tahun 1993. "Cahaya-cahaya Utara (diterbitkan sebagai Kompas Keemasan (The Golden Compass) di Amerika Syarikat) diterbitkan pada tahun 1996 dan memenanginya Pingat Carnegie, salah satu anugerah fiksyen kanak-kanak British yang paling berprestij, serta juga Anugerah Fiksyen Kanak-kanak Guardian.
Pullman menulis sepenuh masa sejak dari tahun 1996, tetapi masih meneruskan penyampaian syarahannya dan kekadang juga menulis untuk akhbar The Guardian. Beliau dianugerahkan Golongan Empayar British (CBE) dalam senarai Penerima Anugerah Tahun Baru pada tahun 2004. Pullman juga mula memberikan syarahan tentang bahasa Inggeris dalam sebuah seminar di alma maternya, Kolej Exeter, Oxford, pada tahun 2004. [2][3] Beliau kini mengerjakan Buku Habuk (The Book of Dust), susulan kepada trilogi Bahan-bahan Tersembunyinya.
Bibliografi
Buku-buku tidak bersiri
- 1972 The Haunted Storm
- 1976 Galatea
- 1982 Count Karlstein
- 1987 How to be Cool
- 1989 Spring-Heeled Jack
- 1990 The Broken Bridge
- 1992 The White Mercedes
- 1993 The Wonderful Story of Aladdin and the Enchanted Lamp
- 1995 Clockwork, or, All Wound Up
- 1995 The Firework-Maker's Daughter
- 1998 Mossycoat
- 1998 The Butterfly Tattoo (re-issue of The White Mercedes)
- 1999 I was a Rat! or The Scarlet Slippers
- 2000 Puss in Boots: The Adventures of That Most Enterprising Feline
- 2004 The Scarecrow and his Servant
Geng New-Cut
- 1994 Thunderbolt's Waxwork
- 1995 The Gasfitter's Ball
Sally Lockhart
- 1985 The Ruby in the Smoke
- 1986 The Shadow in the North (first published as The Shadow in the Plate)
- 1990 The Tiger in the Well
- 1994 The Tin Princess
Bahan-bahan Tersembunyinya
- 1995 Northern Lights, retitled The Golden Compass in the US
- 1997 The Subtle Knife
- 2000 The Amber Spyglass
Buku Panduan
- 2003 Lyra's Oxford
- 20?? The Book of Dust (not yet published)
Drama
Buku Bukan Fiksyen
Sumber: [1]
Rujukan
Further reading
- Lenz, Millicent (2005). His Dark Materials Illuminated: Critical Essays on Phillip Pullman's Trilogy. Wayne State University Press. ISBN 0-8143-3207-2.
External links
- Philip Pullman Resources
- Philip-Pullman.com Official site
- Philip Pullman di Pangkalan Data Cereka Spekulatif Internet
- Article: Pullman criticizes modern fiction The Guardian, August 12, 2002, "Fiction becoming trivial and worthless, says top author".
- Essay: Pullman criticizes a proposed "religious hatred" law The Guardian, November 19, 2005, "Identity Crisis".
- "The dark side of Narnia": Essay by Pullman.
- Pullman on religion (video)
- "For the Love of Narnia": Essay in response to Pullman.
- His Dark Materials.org fansite
- His Dark Materials | Bridge to the Stars fansite
- The Fiction of Ceres Wunderkind Fan fiction and articles
- Inside His Dark Materials Free online programmes about His Dark Materials