Abdul Rahman Andak: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Afifa92 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Siber79 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8: Baris 8:


Pada tahun 1934 nama pertubuhan ini ditukar kepada [[Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja]]. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' Abdul Rahman bin Andak.
Pada tahun 1934 nama pertubuhan ini ditukar kepada [[Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja]]. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' Abdul Rahman bin Andak.

Beliau meninggal dunia di [[London]] dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di [[Woking]] ][[London]] pada [[10 September]] [[1930]].


[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]
[[Kategori:Ahli politik Malaysia]]

Semakan pada 17:41, 9 Jun 2007

Abdul Rahman bin Andak yang bergelar Datuk Seri Amar Diraja adalah pembesar yang sangat pintar di Johor. Bapa beliau ialah Haji Andak bin Haji Jamak manakala adiknya Tan Sri Taib Andak. Beliau telah mendapat pendidikan British. Oleh itu, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai British dan pedagang asing di Johor.

Tugas utama yang dilakukan oleh Datuk Seri Amar Diraja ini adalah mengawal hubungan yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak British. Tugas yang dilakukan sememangnya amat berat. Beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang. Dengan begitu, British tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik sehingga terdapat pihak British yang amat tidak menyukainya kerana sikapnya yang tegas terhadap mereka.

Dato' Abdul Rahman Andak adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England dalam tahun 1870'an. Abdul Rahman memulakan kerjayanya dalam JCS dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah Inggeris, Abdul Rahman selaku Penasihat Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan British dalam tahun 1885, Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris. Inggeris mendapati selagi ada Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu Sultan Ibrahim telah dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan Dato'Sri Amar DiRaja dan di'amankan' di England dalam tahun 1909. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor dalam tahun 1909 dan menguasai Johor mulai 1914.

Pada tahun 1888 satu pertubuhan yang dinamakan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ditubuhkan oleh Muhammad Ibrahim Munsyi . Tujuannya adalah untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu. Usaha yang utama organisasi ini ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal hingga sekarang adalah seperti : setiausaha, pejabat, dan kerja raya.

Pada tahun 1934 nama pertubuhan ini ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Di-Raja. Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato' Abdul Rahman bin Andak.

Beliau meninggal dunia di London dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Woking ]London pada 10 September 1930.