Rupiah Indonesia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 44 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q41588
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 3 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q41588
Baris 22: Baris 22:
[[Kategori:Mata wang Asia]]
[[Kategori:Mata wang Asia]]
[[Kategori:Ekonomi Indonesia]]
[[Kategori:Ekonomi Indonesia]]

[[cv:Индонези рупийĕ]]
[[tl:Rupiah ng Indonesya]]
[[uk:Індонезійська рупія]]

Semakan pada 22:09, 28 Mac 2013

Unit mata wang Indonesia
Nilai tertinggi rupiah, Rp100000 dan Rp50000

Rupiah (Rp) adalah unit mata wang Indonesia dengan kod mata wang ISO 4217 IDR.

Perkataan "rupiah" berasal daripada perkataan "rupee", unit mata wang India. Indonesia telah menggunakan mata wang guilder Belanda dari 1610 hingga 1817. Setelah 1817, mata wang guilder Hindia Timur Belanda diperkenalkan. Mata wang rupiah pertama kali diperkenalkan semasa Pendudukan Jepun sewaktu Perang Dunia II. Setelah berakhirnya Perang Dunia II, Bank Jawa memperkenalkan mata wang rupiah Jawa sebagai pengganti. Mata wang guilder nica dan beberapa mata wang yang dicetak kumpulan gerila juga berleluasa pada masa itu.

Pada 2 November 1949, empat tahun setelah merdeka, Indonesia menetapkan Rupiah sebagai mata wang kebangsaannya yang baru. Kepulauan Riau dan Irian Barat memiliki variasi rupiah mereka sendiri tetapi penggunaan mereka dibubarkan pada 1964 di Riau dan 1971 di Irian Barat. Krisis ekonomi Asia tahun 1998 menyebabkan nilai rupiah jatuh sebanyak 35% dan membawa kepada kejatuhan pemerintahan Suharto.

Rupiah merupakan mata wang yang boleh ditukar dengan bebas tetapi didagangkan dengan penalti disebabkan kadar inflasi yang tinggi. Sejak November 2004, kadar petukaran rupiah bernilai lebih kurang 11,700 rupiah kepada satu euro.

Pautan luar