Reshmonu: Perbezaan antara semakan
k menghapuskan Kategori:Penyanyi bahasa-Melayu; menambah Kategori:Penyanyi berbahasa Melayu (HotCat) |
|||
Baris 55: | Baris 55: | ||
[[Kategori:India Malaysia]] |
[[Kategori:India Malaysia]] |
||
[[Kategori:Orang Malayali]] |
[[Kategori:Orang Malayali]] |
||
[[Kategori:Penyanyi |
[[Kategori:Penyanyi berbahasa Melayu]] |
||
[[en:Reshmonu]] |
[[en:Reshmonu]] |
Semakan pada 01:57, 31 Mac 2013
Reshmonu | |
---|---|
Nama lahir | Hiresh a/l Haridas |
Berasal dari | Melaka, Malaysia |
Genre | R&B, Soul, Hip-hop |
Pekerjaan | Penyanyi |
Tahun aktif | 2003— |
Syarikat rakaman | Universal Music |
Laman sesawang | http://www.reshmonu.com |
Hiresh Haridas (lebih dikenali sebagai Reshmonu, lahir 26 Mei 1976) ialah seorang penyanyi dan komposer dari Malaysia yang lebih menumpu kepada lagu berbahasa Inggeris. Beliau dikenali dengan lagu-lagu seperti Walk Away, Cintakan Pergi, Hey Waley dan Superfine, serta juga penampilan gaya rambutnya yang unik. Artis berbangsa India suku Malayalam ini juga menjadi seorang bapa pada tahun 2005.
Biografi
Reshomnu mula-mula menghasilkan album sulungnya, Monumental pada tahun 2003 di bawah label Sony BMG. Semua lagu dalam album ini berbahasa Inggeris dan menampilkan single sulungnya Walk Away dan It's You That Matters. Album ini mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dan hasilnya disambut baik oleh pengulas muzik lalu menyebabkan artis ini meraih tujuh pencalonan di AIM pada tahun 2004, tiga daripadanya dalam genggaman beliau (Persembahan Vokal Lelaki Terbaik, Artis Inggeris Baru Terbaik, Rakaman Album Terbaik).[1]
Lagu It's You That Matters pernah dialih bahasa ke bahasa Mandarin oleh Evonne Hsu, dengan tajuk [我要輕輕為你唱首歌] Error: {{Lang}}: teg bahasa tidak diiktiraf: zh-t (bantuan) (pinyin: wǒ yào qīng qīng wèi nǐ chàng shǒu gē), "Kuhendak Bisikkan Lagu Kepadamu").
Pada tahun 2005, Reshmonu mengeluarkan semula album sulungnya itu dengan besertakan beberapa perubahan dan pempakejan yang baru. Kali ini, Monumental: the Journey Continues menampilkan beberapa lagu baru seperti Cintakan Pergi (versi bahasa Melayu bagi Walk Away) dan Hey Waley.
Pada tahun 2006, Reshmonu beralih ke naungan Universal Music untuk menghasilkan album barunya, Superfine. Album ini dilancarkan di sebuah parti pada 31 Januari 2007. antara single-single yang pernah keluar dari album ini ke corong radio termasuk Superfine dan The Way That Makes You Move.
Pada pertengahan tahun 2007, Reshmonu menyertai Ikon Malaysia.
Album
Nota dan rujukan
- ^ http://portalilmu.kempen.gov.my/index.php?ch=24&pg=187&ac=5417&lang=eng Reshmonu tops AIM's list, The Star, 31 Mac 2004
Pautan luar
- Laman rasmi (Inggeris)
- Laman MySpace Reshmonu (Inggeris)
- Laman Friendster Reshmonu (Inggeris)