Awalan perduaan: Perbezaan antara semakan
k r2.7.3) (Bot: Menukar fa:پیشوندهای باینری kepada fa:پیشوندهای دودویی |
k Bot: Memindahkan 28 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q6583973 |
||
Baris 171: | Baris 171: | ||
[[Kategori:Unit maklumat]] |
[[Kategori:Unit maklumat]] |
||
[[Kategori:Pengiraan]] |
[[Kategori:Pengiraan]] |
||
[[ar:سابقة ثنائية]] |
|||
[[be-x-old:Двайковыя прыстаўкі]] |
|||
[[bg:Двоична представка]] |
|||
[[cs:Binární předpona]] |
|||
[[da:Binært præfiks]] |
|||
[[de:Binärpräfix]] |
|||
[[en:Binary prefix]] |
|||
[[es:Prefijo binario]] |
|||
[[eo:Duumaj prefiksoj]] |
|||
[[fa:پیشوندهای دودویی]] |
|||
[[fr:Préfixe binaire]] |
|||
[[gl:Prefixo binario]] |
|||
[[ko:이진 접두어]] |
|||
[[ia:Prefixos pro multiplos binari]] |
|||
[[it:Prefissi per multipli binari]] |
|||
[[hu:Bináris prefixum]] |
|||
[[nl:Veelvouden van bytes]] |
|||
[[ja:2進接頭辞]] |
|||
[[no:Binærprefiks]] |
|||
[[pl:Przedrostek dwójkowy]] |
|||
[[pt:Prefixo binário]] |
|||
[[ro:Prefixe binare]] |
|||
[[ru:Двоичные приставки]] |
|||
[[sk:Binárny prefix]] |
|||
[[sr:Јобибит]] |
|||
[[vi:Tiền tố nhị phân]] |
|||
[[uk:Двійкові префікси]] |
|||
[[zh:二进制乘数词头]] |
Semakan pada 12:16, 2 April 2013
Dalam bidang pengkomputan, awalan perduaan ialah nama atau simbol berkait yang mendahului sesuatu unit ukuran (misalnya bait) untuk menandakan pendaraban kuasa dua. Bagi sesetengah konteks (misalnya saiz ingatan komputer), pengungkapan gandaan unit yang besar dengan menggunakan kuasa dua adalah lebih sesuai dan berguna.
Nama | Simbol | Nilai | Asas 16 | Asas 10 |
---|---|---|---|---|
kilo | k/K | 210 = 1,024 | = 162.5 | > 103 |
mega | M | 220 = 1,048,576 | = 165 | > 106 |
giga | G | 230 = 1,073,741,824 | = 167.5 | > 109 |
tera | T | 240 = 1,099,511,627,776 | = 1610 | > 1012 |
peta | P | 250 = 1,125,899,906,842,624 | = 1612.5 | > 1015 |
eksa | E | 260 = 1,152,921,504,606,846,976 | = 1615 | > 1018 |
zeta | Z | 270 = 1,180,591,620,717,411,303,424 | = 1617.5 | > 1021 |
yota | Y | 280 = 1,208,925,819,614,629,174,706,176 | = 1620 | > 1024 |
Komputer awal mempergunakan salah satu daripada dua kaedah pengalamatan untuk mencapai ingatan sistem (RAM), iaitu perduaan (asas 2) atau perpuluhan (asas 10). Pada awal dekad 1970-an, istilah Kbit, Kbait, Mbit dan Mbait mula dipergunakan sebagai unit perduaan dan kemudian pada dekad 1980-an, istilah kilobait, megabait, dan gigabait menjadi semakin popular bersama-sama dengan singkatannya, KB, MB, dan GB. Sungguhpun demikian, oleh sebab awalan SI memiliki maksud perpuluhan dalam setiap konteks yang lain, penggunaan sebegini telah menimbulkan kekaburan.
Bagaimanapun, industri komputer masih dapat membezakan kedua-dua takrif kerana ingatan sistem (RAM) biasanya menggunakan maksud perduaan, manakala storan cakera menggunakan maksud perpuluhan. Walaupun demikian, terdapat juga kekecualian, misalnya disket dan Cakera Padat. Tidak terdapat unit SI yang menyatakan muatan storan komputer, akan tetapi KB, MB, dan GB yang membawa pengertian perpuluhan seringnya dirujuk sebagai awalan SI.
Untuk mengatasi sebarang kekeliruan, Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (IEC) beransur-ansur memperkenalkan awalan kibi- (Kibibait), mebi-, gibi-, dan lain-lain, dengan simbol Ki, Mi, Gi, dan sebagainya antara [[1999 dan 2005 untuk menentukan angka kandungan perduaan bagi sesuatu kuantiti. Nama piawai yang baharu berasal daripada dua huruf di pangkal awalan SI yang asal, diikuti oleh bi yang merupakan singkatan untuk "binary" (perduaan). Daripada sudut pandangan IEC, piawai yang baharu ini juga dapat menjelaskan bahawa awalan SI kini hanya bermaksud asas 10 dan bukan lagi asas 2.
Bagaimanapun, kelaziman pemberian nama perduaan Suruhanjaya Elektronik Antarabangsa (IEC) tidak menerima sokongan yang hebat daripada sektor swasta. Sesungguhnya, penerimaannya kini semakin bertambah, dengan kelaziman perduaan tersebut disokong kuat oleh banyak badan pemiawaian dan pertubuhan teknik seperti CIPM, IEEE, NIST, dan SAE. Awalan perduaan yang baharu itu juga diterima oleh Jawatankuasa Eropah untuk Pemiawaian Elektroteknik (CENELEC) sebagai dokumen pengharmonian HD 60027-2:2003-03 yang telah dijadikan piawai Eropah.
Lihat juga
Pautan luar
- (Melayu) Ensiklokamus Teknologi Maklumat: Awalan perduaan secara ringkas
- Ringkasan tentang pertubuhan, perisian dan sebagainya yang telah melaksanakan awalan perduaan yang baru
- Laman web A-plea-for-sanity
- KiloBait lwn. kilobit lwn. Kibibait (awalan perduaan)
Penukar
- SI/Binary Penukar Awalan
- Penukar Awalan Perpuluhan kepada Awalan Perduaan, dan Awalan Perduaan kepada Awalan Perpuluhan
- Peralatan untuk menukarkan dari/ke unit perduaan dan piawai (sehingga yobibait)
Nama | Simbol | Asas 2 | Asas 16 | Asas 10 | ||
---|---|---|---|---|---|---|
kibi | Ki | 210 | 162.5 | 400(16) | 1,024 | > 103 |
mebi | Mi | 220 | 165 | 10 0000(16) | 1,048,576 | > 106 |
gibi | Gi | 230 | 167.5 | 4 000 0000(16) | 1,073,741,824 | > 109 |
tebi | Ti | 240 | 1610 | 100 0000 0000(16) | 1,099,511,627,776 | > 1012 |
pebi | Pi | 250 | 1612.5 | 4 0000 0000 0000(16) | 1,125,899,906,842,624 | > 1015 |
eksbi | Ei | 260 | 1615 | 1000 0000 0000 0000(16) | 1,152,921,504,606,846,976 | > 1018 |
zebi | Zi | 270 | 1617.5 | 40 0000 0000 0000 0000(16) | 1,180,591,620,717,411,303,424 | > 1021 |
yobi | Yi | 280 | 1620 | 1 0000 0000 0000 0000 0000(16) | 1,208,925,819,614,629,174,706,176 | > 1024 |